Monday, May 3, 2010

Sebuah Tayar Demi Keadilan


MAKASSAR, 3 Mei 2010-
Kesesakan lalu lintas bermula di Jalan Urip Sumoharjo ke arah Kampus Unhas tambah meresahkan.
Laluan pejalan kaki di hadapan Universitas Muslim Indonesia mula dipenuhi kenderaan,memperlihatkan suasana yang tidak enak dipandang. Bunyi hon dan teriakan bersahutan di bawah panas tengahari.
Penduduk Makassar sudah terlalu lali dengan kejadian seperti ini.

Dari kejauhan terlihat kepulan asap hitam dengan kumpulan mahasiswa berpeleseran di tengah jalan. Seperti yang diduga, inilah insan-insan yang menjadi harapan ibu dan ayah, diberi wang dan buku supaya rajin ke kampus dan kuliah. Oh rupa-rupanya mereka lebih suka berada di luar kampus dan memperjuangkan keadilan! Bagi mereka duduk menghadap buku tidak dapat merubah dunia. Mereka harus turun sendiri mengibar sepanduk dan melantunkan kata-kata penuh berkobar: "Kembalikan hak kami!!!"




Terbakarlah tayar-tayar di tengah hingar. Rosaklah jalan raya yang tambah menguras wang rakyat. Tercemarlah paru-paru anak bangsa. Hilanglah nilai kesopanan pengguna lalu-lintas. Ya, tersebarlah sudah perjuanganmu wahai pewaris nusa; Dengan umpat caci setiap pengguna jalan raya yang kepanasan, dengan jiwa ibu bapa yang robek dek pengorbanan mereka yang dikorbankan, dan dengan terinspirasi adik-adikmu agar terus melanjutkan perjuangan.

Perjuangan mereka masih menjadi misteri nusantara. Terlalu banyak pertanyaan:
1. Apa yang diperjuangkan?
2. Adakah ini saja caranya?
3. Selama ini tidak pernah ada perubahan, kenapa mereka tetap tegar memperjuangkan dengan cara yang sama?
4. Adakah mereka tidak mampu berfikir bahawa tidak ada yang menyokong perbuatan mereka? Rakyat saja mengutuk, apa lagi pemerintah.
5. Adakah mereka tidak mampu berfikir bahawa apa yang mereka lakukan lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan?
6. ADAKAH MEREKA TIDAK MAMPU BERFIKIR??!

IMAN NAILAH melaporkan dari Makassar, Sulawesi Selatan.

6 comments:

the dr said...

salah makan kot.makan benda2 mengarut sampai mempengaruhi perkembangan otak.ntahla.opinion aku saja tu.

emann said...

Boleh jadi.
Tapi serius, rasa nak tanya sendiri dekat mereka2 ni, kenapa???
Mungkin aku tak cuba memahami diorang, sampai salah faham??
Boleh jadi.

Anonymous said...

mmg la tak fhm, sbb kita tak miskin mcm diorng, kita tak tertindas macam diorng, kita mkn minum cukup,

kita tak rasa sbb bukan negara kita, kita tak rasa sbb kita tak amik kisah pun perjuangan

org buat demonstrasi sbg protes kemarahan pada kerajaan yg eksploitasi rakyat. demonstrasi sejak dr zaman napoleon, british, nazi german dah wujud. mmg itu cara utk jatuhkan kerajaan yg korupt

tak digertak dgn api, manakan dpt takutkan pemerintah.

nak berpolitik cara baik, jgn hrplah, golongan kaya dan berduit kuasai segalanya. yg miskin ni tiada apa. sbb tu orng bijak pandai indonesdia byk lari ke luar negara.

harga sebuah tayar terbakar, kerosakan jalan raya tu amat kecil berbanding harta yg disonglap oleh org2 tertentu.

emann said...

@anonymous:

Memang saya tak faham.
Betul saya tak faham penderitaan mereka, saya tak merasakan marah dan kecewa yang mereka pendam selama ini. Saya mungkin tak dapat faham perasaan mereka yang sebenar.

Tapi saya mahu benar2 faham kenapa mereka berjuang dengan cara itu? Kenapa tidak guna cara demokrasi? Kenapa tidak buat petition? Kenapa tdak tulis surat ke surat khabar? Kenapa tidak buat broshur atau artikel dan sebarkan kepada semua orang?

Kenapa tidak kaji masalah yang terjadi dan usulkan penyelesaian? Kenapa tidak buat group seperti 'Ganyang Malaysia' dan takutkan pemerintah dengan suara marah dan berkobar mereka? Sememangnya api tayar itu benar2 mampu menjentik rasa gerun di hati pemerintah dan mengetuk hati orang2 korup itu?

Kalau selama ini tak ada perubahan, kenapa mesti memilih jalan yang sama, yang lebih byk keburukannya, dan tidak memberi hasil yang diinginkan?

Demonstrasi yang berjaya menjatuhkan pemerintah bukan demo dengan tayar terbakar, tapi dengan bangkitnya seluruh rakyat memperjuangkan satu suara. Tapi kalau rakyat pun tak menyokong apa yang mereka lakukan, bererti rakyat belum faham dengan perjuangan mereka. Saya rasa mereka terlupa satu tahap sebelum memasuki tahap DEMONSTRASI; memahamkan dan menyatukan rakyat.

Mungkin mereka lakukan demo kecil ini sebagai proses jangka pendek dalam mencapai matlamat perjuangan mereka.
Seharusnya kita tidak berputus asa. Bukankah pesimis itu lebih banyak menutup peluang kita?

Banyak saja negara yang berjaya menjatuhkan kerajaan korupnya dengan jalur politik dan damai. Jalur tunjuk perasaan, ya, memang ada tapi lihat saja apa terjadi dengan Thailand sekarang. Ratusan nyawa tergadai, namun sehingga kini konflik ini belum reda. Itupun memerlukan ratusan ribu orang melaungkan semboyan yang sama.

Anonymous, menurut sy anda tak salah. Betul, malah anda membuka fikiran saya. Cuma saya masih belum boleh menerima alasan2 itulah kenapa mereka melakukan perjuangan yang sedemikian rupa.

Anonymous said...

well, here's the thing.. do you expect a bunch of uneducated people (which caused by corrupted government that failed to provide better education) to involve in politic? or maybe to do simple petition or even to write? or to think rationally?
I don't think so..

Analogy mudah, baby nak sesuatu , dia nangis meraung. tak MAMPU nak berckp dgn sopan dan baik. Kanak2 nak sesuatu merajuk tarik2 baju mak, tunduk tanda tak puas hati sbb tak MAMPU untuk beli sendiri tak berDUIT.

Orang2 muda tu jiwa penuh dgn keMAHUan , tapi tak MAMPU dan berKUASA utk mengubah melalui penulisan akhbar, petition or so whatever. Tapi diorng boleh menarik kesedaran dan perhatian akhbar dgn melakukan demonstrasi.
Dengan harapan, ade satu dua bijak pandai yg akan mendengar rintihan mereka dan seterusnya menyatukan mereka.

Please name a country that it's people have successfully liberate themselves without demonstration.

Lihat Malaysia sendiri, aman damai, takde demonstrasi, pemerintah korupsi rileks di atas takhta sampai skrg. Rakyat diam je, bila kerajaan gunakan kuasa utk jatuhkan perak. Kerajaan tak takut, sbb diorng control media dan berjaya memecah belahkan rakyat dgn duit.


Kes polis jahat dan rasuah turut berleluasa. Sampaikan orang takut untuk jalan2 di shah alam. Mat rempit pun jahat , polis pun lebih kurang.

emann said...

Itulah sy cuba sampaikan. Mereka berperilaku seperti kanak2 dan bayi, padahal mereke BUKAN.

Sy meminta mereka berfikir kembali. Sy tak kate diorg uneducated...tidak...malah sy menganggap mereka educated krn mereka adalah mahasiswa, semua sudah melalui zaman persekolahan, paling tidak tau dasar2 ilmu dan logik.

Tujuan saya bukan memburukkan dan tambah memburuk keadaan, tp mengkritik sebagai provokasi agar mereka berfikir. Mereka mampu berfikir, cuma mungkin malas atau terlalu larut dengan kebiasaan sehingga tidak sedar kebiasaan itu bukanlah jalan terbaik.

Ttg di Malaysia pun sy xdela kate ideal. Malah lebih banyak yg tersembunyi. Cuma yg terang2 dh jelas tu kite tegurlah. Yang tersorok kenalah korek dulu tgk baik2.

wallahu'alam.