Sunday, May 22, 2011

Manusia untuk Manusia

Aku meraba-raba tanpa tongkat dan kaca mata
Di arus insan bersaing dengan masa
Tiada ruang untuk kesilapan mahupun airmata
Lelah dan marah hanya dalam rasa
Aku memakai topeng muka
Mahu dan mampu, senyum dan suka

Tiada erti lapar dahaga
Biologi diri teraniaya
Luka manusia yang bermakna
Bila diri bukanlah manusia?

keluh diri kadang bersuara
malah memakan hati, yang rela jadi terpaksa
benih tak berbunga
terlupa akan janji dikata harus dikota
asal tebalnya kitab buat beramal
bukan kot putih atau label di dada

Ada apa pada nama
Ada apa pada takhta
Bila tiada RASA?

Inilah kita, berjuang demi nyawa
bukan tidak berharga, bukan dilupa
tapi akan lebih bermakna
bila pengorbanan jadi sedetik lebih ceria
untuk makhluk bernama manusia.


No comments: