Saturday, April 24, 2010

Doktor Diktator


"Kenapa doktor zaman sekarang perlu menjelaskan semua informasi kepada pesakit?"

Pertanyaan doktor forensik tersebut membuat aku ternganga. Kalau zaman dulu tak payah ke?

Hubungan doktor-pesakit telah berevolusi seiring masa. Seabad lalu pesakit menganggap doktor sebagai tuhan. Tak lama setelah itu method Paternalistic diterapkan; seperti hubungan ayah dan anak di mana si anak harus menuruti segala perintah sang ayah dengan kepercayaan bahawa keputusan ayah sentiasa terbaik.

Beberapa dekad terakhir, informasi adalah segalanya. Kenapa?

1. Pesakit semakin cerdas, mereka mahu membuat pertimbangan dan keputusan sendiri.
2. Pesakit tidak percaya lagi kepada doktor.
3. Doktor tidak berkompeten lagi untuk membuat keputusan terbaik.
4. Tumbuhnya undang-undang yang tidak berpihak kepada sistem kesihatan.

Semua di atas adalah sebab, namun menurut doktor forensik tersebut, penyebab utama adalah dari doktor itu sendiri.

Doktor sekarang tidak sama lagi dengan doktor sejati di zaman dulu. Kenapa?

1. Dulu, sangat sukar untuk menjadi seorang doktor. Maka setiap mahasiswa yang memilih perubatan sebagai profesi akan berfikir masak-masak dan benar-benar bersungguh untuk menjadi doktor yang baik.
2. Dulu, doktor sedar fungsi mereka adalah mengubati dan merawat. Sekarang niat kebanyakan doktor selalu melencong ke arah material.
3. Dulu, mereka yang masuk ke jurusan perubatan benar-benar layak dan terpilih untuk belajar ilmu perubatan. Sekarang siapa saja boleh menjadi doktor.

Kita beri satu contoh. Seorang pesakit kanser payudara dianjurkan untuk menjalani operasi untuk membuang benjolan pada dadanya. Seorang doktor harus menjelaskan pilihan-pilihan operasi yang ada, kelebihan dan kekurangan setiap satunya dan outcome dari setiap pilihan.
Dengan memberikan penjelasan, pesakit dapat menilai adakah doktor tersebut benar-benar tahu tentang penyakit tersebut, doktor dapat berkomunikasi dengan pesakit dan mengetahui keadaan dan kemahuan pesakit dan menyesuaikan dengan pilihan operasinya nanti.

Kita melihat hubungan demokrasi doktor-pesakit ini memang yang terbaik untuk masa ini, namun kenapa dulu paternalistik sempat diterima dengan baik? Malah sekarang cara ini masih digunakan sesetengah doktor. Ini kerana seorang doktor bertanggungjawab memilih yang terbaik buat pesakitnya tanpa melihat status sosial, kemampuan dan kecenderungan finansial doktor sendiri.

Sekarang doktor cenderung melayan pesakit seperti klien atau pelanggan produk. Sesungguhnya hubungan peniaga-klien dengan doktor-pesakit merupakan dua hubungan yang berbeza.

Peniaga boleh memberikan mutu service bersesuaian dengan bayaran yang diberikan klien. Doktor tidak. Apakah pesakit kaya atau miskin, perkhidmatan harus sama rata.
Peniaga boleh menutup kedainya bila masa saja dia mahu dan menolak memberikan khidmatnya. Doktor tidak. Tak kira waktu dan keadaan, bila seorang pesakit memerlukan bantuan, dia harus menghulurkan segala kemampuannya.

Boleh dikatakan bahawa method paternalistic masih applicable jika seorang doktor itu benar-benar menjalankan amanah yang telah diberikan dengan jujur. Doktor boleh saja jadi diktator, selagi mana dia adalah doktor yang baik dan mempunyai ilmu. Semahir apapun seorang doktor berbicara, kalau tidak ada ilmu di dada, untuk apa komunikasi?

*Agak runsing dengan penyalahgunaan amanah yang semakin berleluasa di pelusuk dunia. Kes Hospital Internasional di Jakarta, korupsi Bank Century, krisis Wall Street, protes 'Baju Merah' di Bangkok Thailand adalah beberapa saja dari kesekian kejadian.

-IMAN NAILAH 2010-

11 comments:

Anonymous said...

salam, iman..lama tak singgah sini huhu.. thank u iman for the sharing.
i just wanna share one part of your article that drag my attention...

aah, memang merunsingkan penyalahgunaan amanah oleh para doktor ni.. baru semalam kawan sy bercerita, pasal seorang doktor kat one of the big departments here,seorang doktor ni gatal nak buat EKG pada pasien perempuan bukan sebab semata2 utk pemeriksaan...tapi sebab lain..paham2 la,lelaki la tu.. and, doktor ni jugak bgitau cerita2 yang sangat menggeramkan dan menyeramkan bagi kita kaum perempuan, sampai kawan saya tu cakap depan2 doktor laki ni, "ya Allah, janganlah bagi saya dapat appendicitis ke, trauma ke apa2 sakit ke dekat indonesia ni!".. saya nak tulis cerita tu kat sini pun tak sanggup.. How on earth they could do that to the innocent patients (female)..in fact they the doers are muslims!

The subject is not the country.. anywhere can happen as long as there are no iman (for muslims) and no feelings of responsibility as a doctor. Here comes to your statement 'Doktor sekarang tidak sama lagi dengan doktor sejati di zaman dulu', answer at point no 2..not just for material or money, but...

hm,just to throw in my two cents worth..


-nurira =)

emann said...

wslm fie :)

hmm, byk sgt mcm tu. Malah, kite pun pnah alami benda ni tym matrix dulu. Time tu kite sakit kepala, tp die cek tempat lain (xyah ckp la kat mane ye). Nasib baik tym tu kite xpahan sgt, kalo x dh lame kena saman doktor tu.

That's why kite kena jadi doktor yg baik, so that patient dtg ke kita, and x pegi ke doktor2 yg suke amik kesempatan. In a way we are saving these people.

Actly that purpose lebih sgt menyeramkan dr money, which is so devastating. we cant trust anyone anymore~

thx for ur comment fie :)
bile free ni nak jumpe lagi?

Anonymous said...

kite anytime free hehe insyaAllah..awk la bz skit dah tingkat 6 :)
boleh je nk jumpe...bestnya kalau bleh buat makan2 ramai2 =) dont u miss that moment..? sekarnag semua dah sibuk..

emann said...

yup2...tp skrg tgh kt forensik. x busy sgt. awk kt jiwa kan? mgu berapa dh ni? msk 3 kot? same intan kan...
boleh2, maybe dlm 2 weks tym kite jumpela kt mtos ke?
ni roomate awak sibuk ye? kem slm die ye, rindu die jugak...

Anonymous said...

aah next week mnggu 3. ok2 nnti kte roger balik eh.suke2 :)
housemate kte eh? aah dia sibuk la jugak ehe. tp da abis anak da dia..tgh liburan~ :) nnt kte jupe seramai yg boleh hehe

emann said...

the more the merrier!
:D

asan said...

mudah2an ramai lagi doktor berjiwa Islam lahir. dpt elakkan benda2 negatif tu

sgt scary sbnrnya hal ni. ..lagi2 bila fikir ttg maslah lain sperti kecuaian doktor dlm diagnosis. Kisah, bayi trpksa potong sbb sangka doktor, terseliuh biasa saja, rupa2nya pth tgn dll. alih2 kena potong terus.

tugas doktor amanah yg berat.

-teringat ttg kisah doktor peribadi MJ yg dituduh pybb kematian MJ, disebabkan bagi ubat2 yg mcm2.

abu farhat said...

Saya setuju dgn eman kecuali alasan no.3 kenapa dr sekarang berbeza dgn dr dulu.

3. Dulu hanya yang benar benar layak saja yang dapat masuk fakulti perubatan.

Layak berdsrkan apa? SPM? matriks?

Saya dah melihat sendiri betapa history of education bukanlah faktor yang menentukan kebolehan seseorang dalam menjdi doktor yang baik atau tidak...

Wallahua'lam =)

Anonymous said...

jadi doktor ni, kalau dulu..minat yg mendalam yg buatkan seorng doktor tu berjaya. org yg sanggup berkorban masa dan tenaga .

skrg, ada sesetgh org yg jadi doktor sbb ade biasiswa/kemudahan utk jadi doktor, ataupun ikut kwn jadi doktor kita pun nak jadi. dn kdg2 sbb gelaran doktor mcm kool je kan..ada nama...

kalau agk2 , separuh jalan rasa give up je, atau asik merungut letih je, fikirlah kita doktor yg mana kan.


mungkin sbb tu hasil berbeza2.. Wallahu'alam.

emann said...

@Abu Farhat:

Terima kasih sudi membaca dan beri komen.
Hmm, statement ni merujuk kepada byk univ dan kolej swasta yg buka medic course dgn kelayakan yang lebih rendah, tak kurang juga mcm saya (eh, bukan x bersyukur), tp sy mmg rasa pencapaian sy x layak utk amik medik. SPM mmg hancur, nasib baik redeem balik tym matrix. Mmg kite x boleh tentukan kelayakan akademik seseorg krn ianya subjektif, tp realitinya penilaian international bersifat lebih objektif. Dengan dasar ini, mungkin doktor sekarang lebih berbeza dari dulu.
Tapi saya tak nafikan pencapaian akademik bukan penentu, tapi ia banyak mempengaruhi.

@anonymous:

Mmg, sbb prospek kerjaya doktor tu sendiri. Overrated job la boleh dikatakan.
Contoh saya sendiri mmg xpernah membayangkan apa lg bercita2 utk jadi doktor. Tapi semua Allah yang tulis, dan Alhamdulillah setakat ni semua berjalan lancar. Kita tak boleh beri alasan sbb x suka, x boleh beri yg terbaik. Semua ditentukn Allah ada sebabnya dan Dia tau itu yg terbaik utk kita.
Apalagi doktor ni amanah, sekali kita dah amik jalan ni, kita kena berpegang teguh dan xleh buat main2.
Thx for ur opinion :)

Anonymous said...

Alhamdulillah after few years of hardship everything turns out well.