Sunday, December 13, 2009

Antara Laxadine Syrup dan Supposutoria

Suatu malam di Hospital Labuang Baji, seorang pelajar perubatan berjalan malas ke wad Baji Kamase 2, melihat ke dalamnya, suasana sepi. Hanya kedengaran suara pesakit mengerang kecil, ada yang sesak nafas tak dapat tidur. Semuanya permandangan biasa bagi si pelajar, apa lagi mata sudah mengantuk, tugas ini ingin cepat-cepat diselesaikan.

Dia datang kepada seorang pesakit dengan suspect penyakit Limfoma Maligna untuk melakukan follow-up tanda-tanda vitalnya. Seperti biasa dia meminta izin kepada pesakit dan isterinya yang setia menjaga di sisi untuk melakukan pemeriksaan. Pasien yang sedang menahan kesakitan mengangguk pasrah kerana sejak kemarin lagi beliau diperiksa setiap satu jam. Setelah selesai memeriksa tekanan darah, nadi, pernafasan dan suhu pesakit, tiba-tiba isteri pesakit bertanya:

Isteri pesakit : Doktor, tadi saya disuruh beli ubat ni… (sambil menunjukkan preskripsi ubat bertulis Laxadine syrup).

Pelajar perubatan : Ooo, ni pencahar makcik, untuk lancarkan buang air. Kan pakcik (pesakit) tak buang air besar sejak 2 hari lepas, kena minum ubat ni supaya senang keluar.

Isteri pesakit : Ya doktor. Tapi tadi saya pergi farmasi, harganya Rp25,000(=RM10). Boleh tak saya beli bentuk pil yang masuk dalam punggung?

Pelajar perubatan : Ooh, yang supposutoria? Kan doktor dah preskripsikan ubat minum. Sama je kandungannya.

Isteri pesakit : Kalau sama, saya beli yang supposutoria jela doktor ye…

Pelajar perubatan : Pakcik tak boleh minum ke? Sakit ye kalau menelan?

Isteri pesakit : Eh, boleh je doktor.

Pelajar perubatan: Ha kalau macam tu lebih baik beli yang syrup. Lagi untung, boleh pakai lama. Kalau supposutoria sekali pakai je.

Isteri pesakit : Takpela satu kali pun takpe, daripada takde. Kalau bentuk pil tu Rp9,000(=Rp3) je. Kalau yang syrup Rp25,000, saya tak cukup duit.

Pelajar perubatan : (terdiam)

Isteri pesakit : Takpelah doktor, saya pun ingat nak keluar dah esok. Duit cukup-cukup untuk balik je. Saya kena balik sambung keje untuk cari duit, dah takde orang lain dah.

Pelajar perubatan: Anak makcik?

Isteri pesakit: Anak makcik pun sakit jugak. Sejak kemalangan aritu, dah tak boleh buat keje sangat dah.

Pelajar perubatan: Emm… makcik tunggulah dulu sehari dua lagi ye. Lagipun pakcik kan nak dibiopsi, nak pastikan penyakit die. Lepas tu kena berubat makcik, tak boleh biar je…

Isteri pesakit: Takpe doktor. Pakcik pun dah elok sikit semenjak masuk sini. Saya ingat nak balik keje untuk kumpul duit dulu. Nanti kalau dah ade duit saya datang lagi… kalau umur pakcik panjang…(diam sebentar). InsyaAllah…

Pelajar perubatan:InsyaAllah…

Isteri pesakit: Jadi saya beli yang bentuk pil je doktor ye? Kena tukar preskripsi ke doktor?

Pelajar perubatan: Takpe, esok saya bagitau doktor supaya tukar ye. Lagipun dah malam, farmasi mesti dah tutup. Makcik sabar ye…

Pelajar perubatan itu berfikir panjang setelah keluar dari wad tersebut. “Duit makcik tu tak sampai Rp25,000. Astaghfirullah… sudah susah, diberi lagi dugaan sakit yang berat. Sesungguhnya Allah tahu mana hambanya yang kuat bersabar. Dan wallahu’alam, aku rasa aku tak sekuat itu…”.

Malam yang biasa-biasa itu mengetuk hati pintu si bakal doktor yang selama ini selalu menganggap enteng kisah hidup para pesakit. Hatinya yang membeku dek dinginnya angin malam dicairkan oleh wajah hangat si ibu tua.


-IMAN NAILAH 2009-
Catatan: Dialog disesuaikan ke Bahasa Malaysia untuk memudahkan pembaca.

13 comments:

the dr said...
This comment has been removed by the author.
the dr said...

tu ar kadang kita rasa kita dah susah xcukup duit nak beli ni beli tu.duit bulanan yang mak bapak bagi ratus2 even ada yang ribu sebulan pun rasa xcukup lagi.tapi diluar sana lagi banyak orang yang xcukup serba serbi tapi xmengeluh pun.dioang tetap gak fight untuk survive.benda2 camni kekadang yang bukak mata hati kita.kalo boleh kita bantu mana yang termampu.xbanyak sikit pun jadila.yang penting dapat meringankan beban mereka dan yang paling penting ikhlas.good post iman.

emann said...

aku rasa kalau aku x dtg indonesia, mgkin aku akan jd doktor yg pentingkan duit, kurg simpati pd pts. Tp bila berhadapan dgn condition di indonesia, apa lg kt mksr yg agak jauh dr pembangunan spt jakarta, hati kite lebih sensitif terhadap kemaslahatan pesakit dan keluarga diorg.
thx apis :) ko bile nk update? sibuk koas interna ni...(sori kalo salah..)

syurga tinggi _(o'.'o)_ said...

salam emann,
lymphoma maligna ni ape sebab nye ek?
sgt curious nak tahu.
maybe kita boleh elakkan sblom terjadi etc.

housemate ak bru je mnggal rabu lepas sbb lymphoma n sepsis.
alhamdulillah kat sini insurance settlekan sumer,kawan2, uni sumer bg support sepenuhnya.pasal € xde masalah,tp bile bace entry ko ni, sgt la bersyukur dgn apa y ada skang.moga dipermudahkanNya urusan family pakcik n makcik y ko cerita ni. ameen

emann said...

@jana: Innalillah...tu ke yg Jana cerita perkembangan die almost everyday dulu? takziah ye...

Hmm...limfoma ni cancer pada kelenjar limfa, saluran yang berfungsi sbg longkang (drainage) dalam badan. Semua bahan2 yg x berguna, terutama kuman2 yg masuk ke tubuh akan dibuang ke situ. Bila ada sel2 kanser kt situ, die akan sumbat longkang ni dan ggu fungsi drainage tadi. Dan sebab die merangkumi seluruh tubuh, jadi sel2 kanser ni boleh merebak ke seluruh tubuh dan sgt ganas.

Alhamdulillah, kt Msia subsidi kite sgt byk smpi kdg2 kite take for granted. Semua kesenangan tu Allah yg bg, jd kalau Allah tiba2 tarik jgn salahkn sape2, mungkin kite sendiri lupa bersyukur.

Thx Jana for ur share n doa :) btw, miss u...

emann said...

@apis: minta maaf, last baca blog ko yg tajuk clinical = kuli. Sori2.. aku yg x update... :(
actly aku ade comment panjang kt post tu, tp internet buat hal pulak...
tetap semangat~ :)

ta'an said...

alhamdulillah... jadi medik student nih, byk pahalanya. baru jadik medik student, belom lagi jd doctor.

hari2, kita gi hosp, niat nk blaja n nak lawat patient, dh dapat pahala. ader patient yg suka sgt kita lawat. jgn tanya bende2 yg medik je. 'pakcik dh kencing? dh berak? dh kentut?' dtg, senyum, tanya kaba,' pakcik hari ni macam mana. apa kabar?' pon dh buat diorg happy.

kalau ade patient yg bosan, kita tgk dia x de pelawat sgt n kita pon agak bz, tanya la dia. nak majalah apa2 ker? sy boleh bg pinjam. pon diorg dh sgt2 happy.

yg mcm iman jumpa nih, nih peluang terbaik utk kita sedekah. tak banyak, sikit pon jadi la. belikan apa2 yg patut.

alhamdulillah, tuh setakat nih yg mampu aku buat. n really hope i'l still be doing it in the future.

grabs the chance to serve the people, iman. there's must b a reason why Allah choose us to do medicine. =)

the dr said...

haha iman aku punya blog sedikit sepi sebab otak tgh xjaln sgt la. ade idea tapi aku xreti nak xpresskan dalam kata2 atau tulisan.tapi btol la aku bersyukur la dapat blajar kat sini sebab banyak peluang nak buat amal dan membantu orang sebab ramai orang yang memerlukan.kat msia belum tentu kita dapat peluang nak bantu orang susah cam kat sini sebab rata2 dah senang.so selagi ade peluang boleh tolong orang amiklah peluang tolong orang.mane tau nanti bila kita pulak yang memerlukan pertolongan maka nanti ALLAH plak yang akan tolong kita balik.benda2 ni wajib kita yakin.

musha said...

bila balik ke sini, mmg byk la cabaran because kita grad from indonesia. tapi biar je. pengalaman yg kita dapat from sana tu mmg tak dapat dibandingkan dgn mana2 pun.

emann said...

@ta'an: thx sbb buka mata aku. selalu fikir pegi hospital nk dptkan ilmu, bukan pahala ziarah org sakit. kalo menyelam, minum jela airnye kan?

aku rase asing sgt dgn hospital kt msia. rase gugup nk communicate, sbb x tau mind setting patient di msia mcm mane...same je ke ngan indonesia?

apepun, semuanya ade hikmahnya.. yakin je aku msti boleh lalui semuanya!
taan, kt dept mane skrg? how's radiology?

ta'an said...

aku rasa tak beza langsung kot mesia ngan indon. agaknyala. sbb org nusantara gak. lainla kalo blaja kat russia ke, london ke... huhu

dun worry. patient org mesia baik2 gak cam kat indon. cina ke, india ke.. kalo kita layan baik, diorg pon ok.

aku igt, ada sorg uncle cina baik sgt. dia dtg sbb melena (dia mmg ada CA history). padahal nampak dia tak larat. tapi tiap kali aku lawat dia, mesti dia suruh aku blatih cek dia walaupon muke dia penat gile.bila aku cakap xpe, dia soh gak. dia nak tolong. dia tau aku blaja lagi, n dia nk aku jd doctor yg bagus. nak tanak tiap2 ari la aku cek dia full examination. huhu. pastuh tibe2 one day dpt tau dia ninggal. aku nangis. sedih sgt. =(

so, dun worry. mesti ko boleh adapt punya.

ermm.. aku tgh stadi week skang. next wik exam. pastu time cuti aku wat posting forensik kat penang sminggu. nak jln2 sbenanya... =P

Unknown said...

Salam perjuangan...

entri ini mengingatkan saya kepada entri kak kawtsar

Sungguh banyak ilmu dan pengalaman berharga yang antum dapat di sana...

Selamat Berjuang!

Anonymous said...

ass,
terkadang kita mengobati pasien haya setengah2, bahkan terkadang kita meakukannya hanya karena sekedar tuntutan tugas semata,...makasih banyak de' sudah mengingatkan kembali...bahwa kita mendapat amanah dariNYa,bahwa kita adalah perpanjangan tangan untuk rahmatNya...terus berkarya ya...ikhlaskan niat slalu..Insya Allah barakahNya menyertai setiap langkah....