Tuesday, August 11, 2009

D.E.P.R.E.S.I


Apa ertinya bila anda hilang nikmat dalam hidup?

Anda tak berghairah untuk melakukan apa-apa. Anda cuba lakukan sesuatu dengan semangat, anda pupuk rasa positif dalam diri anda, anda lakukan dengan bersungguh-sungguh, kemudian bila ia selesai, anda lesu dan tak bermaya. Tiada kepuasan.

Itulah yang saya rasakan sekarang. Saya tertekan kerana apa yang saya rasa saya suka , sebagai contoh menulis. Saya rasa malas untuk melakukannya dan bila saya sedang lakukannya, saya tidak optimal, dan apabila saya selesai melakukannya saya masih merasa ada sesuatu yang kurang. (Sebelum saya menulis artikel ini, saya dah menghabiskan masa berbelas-belas jam pada artikel lain dan hasilnya? Tiada yang memuaskan hati saya.)

Apa masalah saya sebenarnya?

Saya mencari di mana salahnya. Kenapa saya terlalu mudah bosan? Sekarang, clinical di bahagian Radiologi baru masuk hari kedua. Semalam, hari saya cukup membosankan. Pagi-pagi lagi, kami disediakan dengan penjelasan awal tentang bahagian tersebut. Biasanya saya enjoy dengan pengenalan awal macam ni sebab dia sesi kenal-kenalan, santai. Kemudian ada kuliah tentang subdvisi Thoraks. Lumayan, saya dengar dengan baik, apa yang doktor tanya saya respon dan cuba menjawab. Ni pun okay juga sebab doktor tak meleret-leret, banyak bagi cases, so kami pun terlatihlah. Kemudian Dr.Paralam pula beri bimbingan tentang radiologi jantung. Beliau best orangnya, bagus dalam mengajar dan interactive. Sesi ni pun saya bagi tumpuan dan saya rasa banyak ilmu saya dapat. Tapi tak tau kenapa, lepas tu saya rasa kosong. Saya rasa bosan sangat. Saya fikir, “Ha? Satu minggu kuliah je terus macam ni?”

Saya pun pelik dengan diri saya. Macamlah tak biasa kuliah dulu sampai 2 minggu straight. Maybe dah tak biasa kot. Saya pun mengomel sendiri. Petang tu kami pegi tengok-tengok doktor baca foto thoraks. Masa tu rasa quite okay jugak. Ni kot yang saya cari. Ni kot yang boleh buat saya rasa quite enjoy kat radiologi ni. Lepas tu pukul 4 petang, kami pun balik ke rumah. Kat rumah, perasaan stress timbul. Kenapa stress pula ni? Nak ape lagi Iman oii…?

Referat ke? Janganlah stress dulu, kan biasa hari ke2-3 baru start buat. Kenapa kat radiologi ni nak menggelabah pula? Takpelah, bagus jugak stress, jadi motivasi untuk buat referat cepat-cepat. Saya pun buka laptop, buka slide, buka internet untuk cari bahan referat. Baca-baca sikit, dah bosan dan tak bersemangat. Kenapa lagi ni?

Malam tu saya tidur awal. Nak bagi tenang sikit, set mind positif, sediakan diri yang bersemangat untuk esok.

Pagi yang indah, Alhamdulillah. Saya pun bersiap ke hospital, memasang niat untuk belajar kerana Allah, nak semangat untuk dapat ilmu. Sepanjang jalan saya bercakap dengan diri sendiri, “ Radiologi best! Radiologi best!”

Sampai kat bahagian radiologi, saya pasang senyuman manis supaya semua senang hati, saya pun senang hati. Saya berbual-bual dengan teman-teman, berbincang dan cuba membaca foto-foto radiologi. Alhamdulillah, sepanjang hari ini kelihatan lebih baik dari semalam. Saya belajar dengan aktif, cuba melihat proses pembuatan foto colon-in-loop, radioterapi, MRI dan macam-macam lagi. Hari ini pun ada tiga bimbingan doctor. Best dan menarik. Tapi bila saatnya nak pulang ke rumah… perasaan itu muncul lagi.

Ya Allah, kenapa perasaan aku macam ni? Aku ada buat salah dengan orang ke? Ada orang yang tak senang dengan aku ke? Saya penat rasa macam ni.

Mungkin saya perlu recharge battery.

Physical, mental and soul.

Oh, memang physical lemah sebab takde selera makan. Sejak sakit minggu lepas, nafsu makan turun mendadak. Senaraikanlah apa saja yang sedap-sedap, tetap rasa plain je. Takde pun terliur, walaupun ada orang try nak goda dengan triple choc fudge, double cheese burger, nasi uduk BTP, spaghetti meat balls, maupun JCo. Apa-apa jela, saya minta maaf, taste bud saya dah jadi tebal dan saliva saya dah kering. Hari ni pun saya cuma minum Nescafe mocha tanpa rasa nikmat, minum dalam masa tak sampai satu minit. Perut lapar, tapi bila bayang makanan perut rasa penuh.

Kawan-kawan semua marah. Dahlah memang kedengking, malas makan, nanti malnutrisi sape yang susah. Memang betul apa diorang cakap, tapi tak tau nak buat macam mana. Bila fikir yang sedap sikit macam KFC ke, terfikir duit pulak melayang. Banyak sangat considerationnya.

Mental…hmm, am I mentally exhausted or mentally ill? Rasanya cek MMPI(tes psikologi) hari tu normal je. Takkan dalam sebulan dah boleh berubah personality dan mental state kot? Bila tengok balik ke belakang, rasa macam tak pernah rasa macam ni. Pernah rasa stress, tapi bukan bosan dan kosong sampai menjadikan diri stress. Dulu kalau bosan, tengok movie kat laptop atau blogging atau main fs/fb dah cukup untuk mengubati. Sekarang lepas tengok dua tiga CD, makin rasa bosan dan menambah sakit kepala.

Mungkin perlu banyakkan lagi ibadah. Memang, kebetulan tengah ‘cuti’ memang hati lebih senang rasa kosong. Dari tadi pagi, kewalahan juga saya berzikir untuk mencari ketenangan. Saya salahkan diri saya. Mungkin faktor ikhlas dan khusyuk tu takde. Mungkin banyak sangat dosa yang belum ditebus dengan taubat dan amalan kebaikan.

Tapi saya seperti tahu apa faktor di sebalik tekanan perasaan ni. Saya sedang menghidap suatu penyakit kronik yang cuma satu ubatnya.

Chronic Home-sick.

Ia dah berlanjut sejak tiga bulan lalu dan saya simpan sampai bernanah dalam hati.

Salah haribulan boleh jadi sirosis hepatis~ atrofi hepar (hati mengecut).

Saya rasa sangat nak balik, and then dikejutkan dengan berita kematian yai (datuk), mungkin saya terbeban dengan itu. Beban demi beban, akhirnya saya ‘malas’ untuk pulang kerana takut dengan kenyataan bahawa yai sudah pergi. Bila saya pulang dia sudah tiada lagi. Bila saya pulang saya takut saya akan jumpa nyai buat kali terakhir dan Allah akan ambil dia pula selepas itu.

Ini memang tak rasional, kerana rasional saya sudah ditekan dengan rasa stress dan rindu yang bertumpuk-tumpuk.

Saya gunakan alasan malas nak mengurus dokumen pulang, nak kejar habis koas, nak jimat duit sebagai alasan tak mau pulang. Padahal saya mau sekali pulang. Saya mau bertemu ummi dan abah, adik-adik, nyai yang semakin sakit…semuanya. Tapi saya hanyalah seorang yang bodoh membiarkan semua rasa tenggelam dalam kesibukan yang akhirnya tidak lagi sibuk dan membuat saya hilang tujuan untuk hidup. Kerana saya lari dari tujuan utama untuk hidup(selain Allah) iaitu keluargaku.


~IMAN NAILAH 2009~

Makassar, Sulawesi Selatan.

4 comments:

JwiSa~ said...

Faham2..aku mengalami exactly ape yg ko rasa ni di bagian yang sama. Sebab tu aku ckp hari tu..
"mmg stress utk orang-orang macam kite ni.."

Sampai sekarang aku pun xtau kenapa jadi mcmni. Tapi tetaplah berusaha untuk menjadikan setiap hari lebih baik dari sebelumnya. Allah menguji.Positifkan minda.Tapi jangan terlalu paksakan diri~

Tetap dan tetap isi hatimu dengan mengingatiNya.InsyaAllah.

emann said...

orang mcm kita ni?
kite ni orang mcm mane yer?
hehe

alhamdulillah dah lepas fasa depresi tu...
syukur sgt!
tiket balik 2okt ni betul2 membantu! (^_^)

JwiSa~ said...

orang macam kita ni --> dah biasa sibuk~
mungkin ade jugak pengaruhnye kot ?!@#$% :)

Anonymous said...

jalani je..kadang2 penting jugak orang yang cuek dengan situasi..hehe