Monday, August 17, 2009
Peluang
Tingkat satu bakal aku tinggalkan dua minggu lagi… (insyaAllah).
Cukupkah ilmu yang aku kutip selama setahun ini?
Setiap kali selesai satu bahagian, aku akan bertanya, layakkah aku lulus di bahagian tersebut? Apalagi bila A yang tertulis dalam ‘report card’ kuning itu, aku merasa malu dengan diri sendiri. Sesungguhnya aku benar-benar tidak layak.
Sistem pendidikan di Fakultas Kedokteran Hasanuddin sudah setara dengan sistem di kebanyakan institusi pendidikan perubatan ternama lain di seluruh dunia. Lima tahun dibahagi menjadi dua fasa, tiga tahun di fasa teori dan selebihnya di fasa klinik. Tempoh ini, bila dibandingkan dengan tempoh pengajian para perintis bidang perubatan, sangatlah singkat. Menurut sejarah, doktor-doktor seawal abad ke-18 menutut ilmu perubatan selama sekurang-kurangnya 10 tahun untuk benar-benar layak merawat pesakit.
Tiga tahun berkuliah, tak banyak yang aku kutip. Semuanya berlalu seperti debu yang berterbangan. Samar-samar dan tak kecapaian. Aku sempat menyalahkan jurusan perubatan yang tak pernah aku minati. Aku menyesali kebodohan dan kelalaianku itu.
Allah masih sayang padaku. Dia memberikan peluang kedua dengan mengizinkan aku menjejaki satu dunia baru: alam clinical. Buat pertama kali, tak ada satu hari pun aku bangun dan merasa malas untuk belajar. Semangatku berkobar-kobar tiap kali ke hospital. Aku berusaha lebih banyak dari yang pernah aku usahakan di waktu perkuliahan dulu dan expectation pun melambung tinggi. A adalah matlamatku. Dulu waktu masih kuliah, aku tak terlalu peduli tentang hasil ujian kerana aku tau usahaku tak seberapa. Sekarang, semuanya berubah 180°, aku mahu excel!
Allah Maha Adil, sekarang aku mengerti bagaimana rasanya bila kita betul-betul berusaha tapi hasilnya tak setimpal yang diharapkan. Pilu dan sakit hati bertambah bila orang lain yang kita rasa tak maksimal, tapi dengan mudahnya menggenggam nilai A. Kerana aku yang dulu adalah yang dengan mudahnya lulus tanpa belajar, dan orang lain yang setengah mati malah terpaksa pasrah dengan nilai E.
Dua bahagian yang aku sangat-sangat gemari membalasku dengan sekadar B. Rasanya seperti surat cintamu yang kau tulis dengan penuh perasaan yang tulus dan sejati, dikarang dengan sebaik-baik kalimat selama berhari-hari, akhirnya dibalas dengan kata ala kadar seperti, “Terima kasihlah, tapi saya tak berminat.”
Retak pecahlah hati yang kaca, tumpahlah sudah air mata. Setelah melalui peritnya perasaan itu di tiga bahagian, kemudian barulah mata hatiku terbuka. Akhirnya aku sedar, ini semua ketentuan-Nya dan itulah yang terbaik untukku. Memang, untuk berbicara itu mudah tapi untuk benar-benar meyakini dalam hati, rupanya perlu ujian seberat ini. Ikhlas mula meresap, syukur mula merimbun.
Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah!
Sesungguhnya cukup beruntung dapat menjadi diriku dan mendapatkan semua yang telah aku dapatkan. Betapa tak terkira mereka yang diuji lebih-lebih berat dari seluruh hidupku ini. Astaghfirullahal’azim…
Dengan setahun lagi berbaki, mampukah aku mencipta seorang doktor yang dapat berbakti kepada orang tua dan keluarga, berbudi kepada manusia, semata-mata demi keredhaan-Nya?
Dan tak cukup diberikan peluang kedua itu, peluang kebelasan kalinya Allah berikan untukku mengecap nikmat Ramadhan tahun ini, jika panjang umur. Ia bakal bertandang ke rumah hujung minggu ini. Seperti memasuki bahagian baru, aku harus berkobar-kobar melalui 'bahagian' ini. Di sini, letakkanlah matlamat setinggi langit kerana tak seperti manusia, Allah tidak pernah mengecewakan. Terpulang kepada kita, mau atau tidak mau.
Iman, jangan jadikan peluang ini seperti fasa teorimu yang kau lewatkan tanpa hasil. Jangan sampai bila ia selesai, kau menoleh ke belakang dan menyesal kerana tak mengutip peluang pahala yang begitu berharga.
Bayangkan satu bulan saja dapat menebus hutang-hutangmu selama puluhan tahun ini. Satu bulan saja dapat menyucikan hatimu yang hitam pekat. Satu bulan saja dapat menjadikan rumahmu di neraka dipindah ke syurga.
Peluang ini mungkin yang terakhir buatmu. Rebutlah!
”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.”
Ertinya : Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai.
( Doa para salafusoleh sebelum memasuki bulan Ramadhan.)
Selamat mensyukuri dan menggali Ramadhan! Teruskan perjungan jihad menuntut ilmu di mana saja anda berada!
P/S: Buat umi abah dan adik2 tersayang – Izzah di Pennstate(jangan sedih tau), Adib di Seremban, Iffah yang bakal menghadapi UPSR dan PSRA(all the best ya!), dan Afiq comel, selamat menyambut Ramadhan! Buat Nyai di Kampung Baru KL dan nenek di Kuala Linggi Melaka, semoga sihat selalu. Maafkan dosa-dosa Iman selama ini. Semoga Allah terus memberkati kita semua. Amiin.
IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sperti yg dijanjikan..
mahu tggalkan komen kt post ni~
based on attchmnt sy kt hosp ampang..
stiap HO akan ada CME session..
[CME = continuous mdical education]
where they will sit with specialists, senior MOs, kalo nasib baik hospital dirctor...
session ni objktifnya supaya para doktor always rfresh with wat they hve learnt time pre-grad years..
at same time keep up-to-date with ltest mdical dscovery...
nak jd doktor...
doktor keep on learning all da way sampai pencen...
and there is no such thing as an all-round doctors...
kita bukan superior sgt..
but dun give up :D
wishing kak iman all da best & slamat jadi doktor!!
really?? nice!
hopefully kat my hospital where i do my ho pun ada jugak mcm tu...
thx for the doa...semangat2 jadi doktor!!!
*euphoria*
Post a Comment