Tuesday, June 16, 2009

Monyet yang Memakai Mesensefalonnya


Pada suatu hari, ada seorang pemburu sedang asyik menujukan senapang patahnya ke arah seekor burung yang cantik. Burung cantik itu sedang leka bertenggek di atas dahan pohon. Dengan begitu teruja, pemburu itu pun melepaskan tembakan. Rupa-rupanya bidikannya tidak tepat. Burung itu terkejut dan terus terbang melarikan diri. Peluru dari senapang pemburu mengenai seekor monyet yang sedang menyusukan anaknya di atas pokok. Terlepaslah si anak monyet dari pegangan ibunya dan jatuh ke tanah. Sang ibu monyet yang sedang berdarah merangkak-rangkak mendapatkan anaknya yang masih bayi. Ia terus menyusukan anaknya sampai ia menghembus nafasnya yang terakhir.

Komen:

Menurut Freud (pakar psikologi), mamalia mempunyai otak tingkat kedua setelah manusia iaitu mesensefalon yang mampu merasa kasih dan sayang biarpun tak mampu berfikir. Berbeza dengan tingkat paling rendah yang dimiliki haiwan seperti buaya: batang otak yang hanya mempunyai daya "fight or flight"; hanya tahu makan, tidur dan mengawan. Monyet ini membuktikan teori ini benar bagi pihak mamalia, tapi tak begitu tepat bila melihat ada manusia yang sanggup membunuh manusia lain untuk makan. Kerjanya pembunuh upahan, atau memang seorang 'cannibal' yang kononnya tak mampu hidup tanpa daging manusia. Satu lagi contoh cliché adalah ibu yang membunuh anaknya. Sedih kan ia dah jadi suatu cliché, dah terlalu umum. Mungkin mereka hanya punya batang otak. Kasihan kan.
IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

No comments: