Friday, June 26, 2009

Kalian Bertengkar, Mereka Tepuk Tangan

Orang Luar : Hahaha...

Orang-orang : Kenapa?

Orang Luar : Tak sangka ada orang bodoh macam diorang ni!

Orang-orang : Suke sebab orang lain bodoh?

Orang Luar : When people around you look stupid, you’ll look brilliant.

Orang-orang : Siapa diorang?

Orang Luar : Adik-beradik dua orang tu laa…

Merekalah si kakak; Indonesia dan si adik; Malaysia. Mereka selalu bertengkar dan cemburu terhadap diri masing-masing, tapi kenyataannya mereka tak dapat berpisah. Mereka perlukan satu sama lain.

Sejak zaman perjuangan mendapatkan kemerdekaan lagi, adik-beradik ni dah mula bertelagah. Si kakak kata, jangan pergi, yang adik nak bawa haluan sendiri. Si pengadu domba mula memasang jarum dan jerat, akhirnya si adik pergi membawa diri. Kakak marah, tapi apa boleh buat. Dasar adik keras kepala.

Hidup diteruskan. Mereka berhubung lagi masa ke masa, kadang saling tolong-menolong, bertukar cerita dan bersatu pendapat, tapi seperti ada kerenggangan bila mengingat sejarah masa lalu.

Kakak yang awalnya senang dan teguh, tiba-tiba krisis ekonomi melanda dan efeknya cukup besar buat si kakak. Si adik juga terkena tempiasnya, tapi tidak tau kenapa dia bangkit kembali, dan malah lebih berjaya dari kakaknya. Adik makin lupa diri, malah terkadang menganggap kakaknya lebih rendah dari dirinya.

Akhir-akhir ini bara lama menyala kembali. Hal-hal kecil saja dapat menimbulkan rasa marah si kakak yang sensitif. Maklumlah, orang agak berumur memang begitu. Si adik pula acuh tak acuh, menganggap kakaknya cuma membesar-besarkan kerana cemburu dengan dirinya.

Pulau Ambalat, Lagu Rasa Sayang, Manohara, sedikit demi sedikit semakin memanaskan dada si kakak. Sudahlah dia lupa diri, nak ambil pula yang dia tinggalkan dulu. Padahal bagi si adik, itukan memang miliknya dari dulu. Lagipun, kakak dah ada banyak pulau, kenapa kisah sangat pasal yang satu (Ambalat) ni?

”Manohara..”, kata si adik, ”alah, itukan masalah rumah tangga orang. Tak payahlah kita masuk campur…”.

“Eh, masalahnya raja kamu tu mendera rakyat kami!” sangkal si kakak.

Akui saja. Kalau ada rakyat kita dibunuh di negara orang lain oleh rakyat negara tu, kita juga akan berang. Tapi itu kes bunuh, memanglah patut. Cuma dalam kes ni, si adik kenalah faham, kakak awak ni sensitif. Si kakak pun, janganlah sebab nyamuk seekor, langsung kelambu dibakar. Cuba bawa bincang.

Kalian adik-beradik, macam mana benci dan banyaknya dendam, air dicincang tak akan putus. Sedar tak yang semua ni hanyalah propaganda luar yang mau kalian bercerai-berai supaya tak lagi bekerjasama, sebagai satu rumpun Melayu dan sebagai saudara seIslam. Sebab mereka tau kalianlah yang paling kuat. Malaysia merupakan salah satu negara Islam termaju dan Indonesia pula negara dengan penganut agama Islam yang paling ramai di dunia.

Hilangkan salah faham dan iri hati. Jatuhkan ego dan rasa lebih baik. Kalian asalnya sama. Harusnya kalian lebih memahami kerana asal yang sama, sifat yang mirip, dan pegangan yang satu.

Mari raikan PERSAMAAN untuk PENYATUAN.
Jadikan PERBEZAAN serta PERBEDAAN suatu KEKUATAN.

Catatan penulis : Saya menggunakan perkataan ’kalian’ dan bukannya ’kita’ walaupun saya sebahagian dari ’kalian’, sebagai cara menunjukkan sifat neutral dan tidak berat kepada mana-mana pihak. Sebagai warganegara Malaysia yang menuntut ilmu di Indonesia, saya merasa terpanggil untuk menyeru penyatuan dua negara yang saya cintai.

IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

7 comments:

aPai said...

hahaha...menarik.mmg 'mereka' tgk adek kakak gaduh smbl makan popcorn.tp ak x setuju 'kalian' sama dengan 'kita'...mn sm dowh..beza gle

makassar bisa tonji said...

'kalian' dan 'kita' tu sama mungkin dalam erti kata sama budaya,adat,agama...kan serumpun..cuma yg mungkin berbeza cara berfikir,mungkin si adik lebih kedepan dan si kakak masih sering bermain dengan emosi..klu main ngan emosi,pancing sikit je ngan isu,dah bleh meledak..so si kakak kenalah cepat2 matang..lebih cepat lebih baik..

the dr said...

nice post......

emann said...

to aPai: 'kita' termasuk mereka walau mcm mane pun kan... walaupun kite takde kaitan dgn tengku fahri, bile org kutuk die kita tetap panas telinga. Dan bila ada org msia kutuk org indon, still ade rasa tak patut kat situ...

to makassar bisa tonji: "kakak kenalah cepat2 matang" hehe mcm pelik je ;)

to the dr: tatau nape try nak upload gambar manohara tanak masuk2...die marah kot...haha

Anonymous said...

ehee... i'm with u~

Anonymous said...

US VS UK!
We Are Only The Pawns...

emann said...

to kak halaa: kita bukan kalian, bukan juga mereka, kita adalah kita, kerna kamu di sisiku...~ hee

to Anonymous: I thought they have the pawns? plz explain... :)