Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya dah lama musykil dengan isu ni. Kenapa sebenarnye harga minyak naik? Alasan pemimpin adalah kerana nak alirkan penggunaan wang negara utk subsidi minyak kepada pembangunan negara dan pembinaan trek kenderaan awam mcm projek keretapi terbaru tu. Subsidi tetap ada, tapi hanya untuk pemilik kenderaan dan akan diberi secara cash melalui akaun masing-masing. Berkesan atau tak, kite tengok jela nanti.
Tapi ape kaitannya dengan kejatuhan matawang USD?
Ada yg mengatakan bcuz of traders dah tak nak beli matawang US Dolar tapi beralih kepada bahan asas dunia mcm minyak petrol, gas mentah dll. Jadi harga minyak melambung naik. Kerana mahalnya jadi di Msia pun naik samela...
Ni pun dapat dari satu sumber. Tak pasti sejauh mana kesahihannya.
Apapun, yg untung tetap orang yang pandai mengambil kesempatan dari setiap peluang yg ada dan yg miskin dan terus melarat adalah rakyat yg tak berkuasa dan tak memahami pangkal mekanisme naiknya harga minyak ni. Yg mereka faham cuma bila harga minyak naik, tambang kenderaan awam naik, harga barang pun naik. Jadi mereka marah...tapi tak berusaha kepada mengubah apa yg mampu mereka ubah.
Semangat memprotes kpd pemerintah itu bagus, tapi harus disertai dengan pengetahuan yg cukup mendalam tentang hal yg diprotes. Kalau protes hanya utk perut, bila perut dh penuh(disuap), senyapla.
Atau kalau perut pun dah biase dgn lapar tu...senyap balik. Nanti bile dapat berita minyak naik lagi, bising semula. Tindakan bising ni mcm dah lut dan takde kesan lagi kepada pihak yg bertanggungjawab sbb dah hilang rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Yang penting perut aku penuh. Dua-dua pihak same je.
minyak petrol - barang utk golongan elit sahaja?
So kalau nak ubah keadaan ni, mulalah dari pembentukan diri. Diri kita sendiri kena proaktif, bila bertembung dgn satu masalah, kaji sampai hujung pangkal supaya kita tak mcm tin kosong. Bising je lebih tapi dlm takde isi.
So seek to understand first, then to be understood. Bila dh faham masalah, barulah kita mampu cari penyelesaian yg paling efektif. Belajar dr masa lalu dan sentiasa pandang ke depan. kalau dulu kita berdemo smpai berjuta org takde kesan, kenapa kita rasa kali ni akan ada kesan?
Cari penyelesaian for win-win situation. Kita senang, pihak berwajib pun senang. Dlm kondisi kita yg tak berkuasa langsung utk tentukan harga minyak tu naik atau turun, buat masa sekarang kita cuba cr jalan spy kita x overspend walaupun harga minyak dah naik. Caranya? Berjimat! Puasa, elakkan berlebih2an, belanja apa yg perlu - first thing first.
Kalau dah cukup berjimat smpai dah takleh nak jimat lagi, banyakkan infaq. Kita akan rasa terbeban, lagi-lagi duit makin sikit. Tp percayalah kata Rasulullah: Dgn bersedeqah hartamu takkan berkurang malah berlipat ganda. Tak percaya, buat dulu dgn ikhlas. Infaq yg dilakukan pada waktu kita kesempitan lebuh bermakna dari waktu duit MARA baru masuk, contohnya.
Kesimpulannya take this situation as a test to see how good we are in managing our money. Sharpen the saw! Siapa tau, di masa depan kita akan hadapi masa-masa yg berkali ganda lebih susah...wallahua'lam.
Berdiam diri juga bukan satu option. Synergyze with others in making one step further. Caranya? Tunggulah pilihanraya berikutnya. Jangan lupa mengkaji yer...jangan merujuk kpd isu ni je.
Isu minyak ni akan reda juga...tak seminggu dua minggu lagi, tunggulah sebulan dua lagi. Janganlah semangat kita sama mcm api yang disimbah di minyak yg mahal, hilang minyak, hilanglah apinya. Jadi, beremosi dan berjuanglah kerana Allah... Bentuklah diri yang peduli kerana Islam, kerana melihatkan kezaliman dan ketidakadilan, kesusahan saudara-saudara miskin, kepayahan ibu bapa kita berjuang memberi kita kehidupan yang serba cukup.
Kalau perasan kat atas saya ada boldkan beberapa ayat. Semuanya sebenarnya adalah 6 dari 7 Habits of Highly Effective Mukmin yg saya dptkan dari Permai 08 yg lalu. Semuanya terlintas masa saya tulis artikel ni, bukan sengaja nak dikaitkan. Satu lagi adalah begin with the end in mind yang saya rasa kalau saya fikir dalam-dalam lagi boleh je dimasukkan. Very applicable, not only in words but also very effectively in our daily lives actions. Maka amalkanlah apa yg telah kita pelajari!
IMAN NAILAH 2008
noradrenaline2001@yahoo.com
11 comments:
salam perjuangan...
ya, ana setuju...
memang kita harus berjimat cermat, tapi kita juga harus ingat dengan tema mereka:
kepimpinan melalui teladan
pemimpim pun perlu tunjuk teladan, baru rakyat ikut...
p/s:ogos nanti katanya akan naik lagi...
saya setuju je.
pasnih meh kita sama sama infaq minyak. barulah minyak banyak dan bila dah banyak turunlah harganya.
aik...ni pakat2 stuju ni mcm nak terima lamaran la pulak...hehe
gurau je
infaq minyak? melawak ke ada praktikalnye saudara umar?
> emann...
haha, lamaran ape plak ni cik iman ooi...
erm, tak tau la...cam kurang praktikal je...
maybe che umar leh explain lbh details cadangan 2...
kelmarin heboh kt SP ade oramg curi minyak petrol yg diisi penuh dalam sebuah kereta pada malam hari...
esoknye, tuan rumah nak g kerja minyak takde...
kesian2...
ha?! camtu pun boleh ye skrg ni? mcm2! Dunia materialistik... semua boleh jadi. Wallahu'alam.
hehe.. walopun iman dah guna 7 habits dlm post ni, tetap x brapa paham 7 habits tuh... nampak gaya kena berguru ngan iman dulu kot.. hehe...
minyak oh minyak..
isu ni xkan selesai; cuma ada waktu pasang surutnye..
isu yg tak pernah dapat sy fahami.hehe..kurang ilmu la.baca news pon xfaham :B
Dalam news terlalu byk version... Sbb tu x paham. Lagipun ni isu ekonomi...kite yg medic ni mmg susah nak faham, tp bukan mustahil... Satu bonus kalau kite menguasai sesuatu yg bukan dlm bidang kita, betul x?
Selain itu, rasanya kita patut juga fikirkan tentang alternatif lain selain minyak, sbb yg pasti, satu hari nanti minyak ini akan habis juga akhirnya.
Dan harga minyak, once naik , agak susah untuk turun, dan akan naik lagi dan lagi sehingga bekalan minyak semakin habis.
Mengapa tidak, dlm sibuk kita (rakyat dan pihak berkuasa) runsingkan ttg harga minyak, kita sama2 runsingkan ttg bekalan minyak yg makin habis.Dan fikirkan cara dan sumber tenaga lain yg boleh menggantikan minyak. Itu, yg rasanya kita gagal untuk berfikir dan bertindak.
Saya tau! Kite cuba recycle bahan hasil bakar minyak. Ape ye residue die? ape2 la, tapi kalo sape dpt buat saya akan vote die jadi Pemenang Noble Prize 2008!
Post a Comment