Wednesday, June 4, 2008

Doktor vs Isteri


“Amik ape? Medic??” terkejut Razi bila mengetahui jurusan yang diambil bakal isteri temannya itu.

”Aah, medic...nape?” Saiful memandangnya pelik.

”Ko tak rase inferior ke? Kita ni dahla amik course Syariah je. Alih-alih jadi cikgu je tau… ” kata Razi yakin.

Saiful menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Antara kita sendiri pun pasti punya jawapan untuk membalas soalan Razi yang tak berapa sesuai tu.

”Laa...kalau dah cinta apa masalahnya?” jawab si remaja yang sedang asyik bercinta.

”Harta dan pangkat tak penting laa...” jawab seorang peminat filem Hindustan pula.

Takpun paling cantik macam yang dijawab saudara Saiful:

”Bak kata Nabi, kahwinilah wanita kerana agamanya.”. Terdiam Razi sekejap.




”Ye ye...aku tau. Tapi Nabi pun cakap, kalau nak kahwin, biar sekufu. Sama darjat, sama pemikiran, sama tingkat ilmu. Senang nak masuk dengan keluarga masing-masing, senang nak berbincang, dan paling penting takdelah ko yang kena masak untuk die nanti...” berhujah Razi dengan kening-keningnya terangkat.

”Tapi seriuslah Saiful, aku agak peliklaa...nape ramai sangat perempuan jadi doktor ek? Aku taulah penting kalau nak rawat patient perempuan kan. Tapi masalahnya bile diorang kahwin, sibuk kat hospital. Family camne?”

Berkerut dahi Saiful. Dalam dilema agaknya. Dilema lelaki atau wanita?

Lelaki dan wanita dianugerahkan kelebihan masing-masing oleh Allah, sesuai dengan tanggungjawab yang bakal dipikul di dunia. Lelaki gagah dan tenang, sentiasa diletak di posisi pemimpin serta melakukan kerja-kerja di luar rumah. Wanita pula lembut dan sensitif, menjadi ibu yang penyayang dan menguruskan rumah tangga. Tapi bila ummah menuntut wanita mencebur diri di medan perubatan, apakah keseimbangan ini akan tergugah?

”Sebenarnya, tanggungjawab wanita bukan duduk kat rumah. Bagi makan kat anak-anak pun bukan. Masak pun bukan kewajiban isteri semata-mata”. Tenang saja wajah Saiful berbicara.

”Memberi nafkah, makan pakai keluarga adalah tanggungjawab suami. Nak kata masak tu tanggungjawab suami pun bukanlah, tapi sama-sama. Kalau isteri nak keluar untuk berbakti kepada ummah, kenapa halang?”

”So ko tak kisahlah kalau kau yang kena basuh baju, sidai baju, gosok baju, lipat baju, pegi pasar, masak, basuh pinggan, err...basuh berak anak...” Razi terus menyenaraikan segala kerja rumahtangga yang diingatinya.



”Sape kate aku tak kisah?” Saiful memotong Razi yang hanyut di alam domestiknya.

”Sebab tulah kami, insyaAllah akan cuba bahagi-bahagikan kerja rumah sama-sama. Ok, kau bayangkan ye, pagi-pagi suami dan isteri keluar pegi kerja. Contoh suami ni kerja arkitek kat office berair-cond, isteri pulak jadi cikgu kat sekolah menengah. Isteri balik pukul 4 petang, terus basuh baju, masak, kemas rumah, mandikan anak, malam lipat baju dan gosok baju anak. Tengok-tengok jam dan pukul 10 malam. Si suami balik dalam pukul 6 petang, duduk sofa, baca surat khabar, minum petang, pegi surau, balik, tidur. Rasa-rasa sape lagi penat?” kali ni giliran Saiful mengangkat keningnya.

”Alaa...mane ko tau suami tu tak penat, kat office die fikir pasal projek, pasal klien, macam-macam tau...” Razi seakan membela dirinya sendiri.

”Hmm...terpulanglah. Kalau nak kira energy yang digunakan accurately macam tak logik la pulak. Tapi bagi aku, tak adillah untuk isteri tu. So aku rasa, tak salah kalau suami berkongsi kerja rumah dengan isteri.”

Razi diam mengangguk.

”Tapi aku ada syarat jugak...”

”Amende?” laju mata Razi mendapatkan wajah Saiful.

“Satu : Hak-hak suami tidak terabai. Betapa hebat pun dia di luar rumah, di rumah, she’s still my wife.”

“Dua : Tugas dia as a doctor should never evade her from being a great mother to my children.” Terukir senyum di bibir Saiful.

“…dan yang terakhir dan yang paling utama, she can always strive in her career as long as it’s for the love of Allah.”

Razi mengangguk perlahan. “Kalau ada sorang macam tu, aku pun nak jugak…”, bisik Razi dalam hati.

"Dan (dihalalkan bagimu menikahi) perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan di antara perempeuan-perempuan yang beriman dan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu, apabila kamu membayar maskawin mereka untuk menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan bukan untuk menjadikan perempuan piaraan." - Al-Ma'idah:5

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." - Ar-Rum:21


IMAN NAILAH 2008
noradrenaline2001@yahoo.com

9 comments:

Unknown said...

salam perjuangan...

wah sejak balik permai 08 terus buat entry psl nikah ye...;)

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

nk komen utk perenggan pertama sahaja

ustaz dan isteri(doktor) telah lama dipraktikkan di mesir..ana sangat setuju bila para doktor dan akhawat khususnya berkahwin dengan para ustaz..


ini juga sebagai kredit kepada akhi badrul aini yang sedang mengambil jurusan bahasa arab..akhi badrul sepatutnya membaca artikel ini dan mempraktikkannya..

wassalam..

umaq_eiman said...

kenapa Syariah nih low class student kew??

langsung tak setuju ngan Razi...

Anonymous said...

Ish3...ni xde kena mengena dgn permai. Actly artikel ni dh dibuat b4 permai lagi utk buletin as-syifa.saje kongsikan kat blog bagi yg xdpt bc buletin tu. To dr nik - bile tgk kehidupan doktor yg sgt sibuk, bgs juga kalau female doctors kawin dgn non-doctor spy anak2 x terabai. Bukan maksudnya female doctor akan abaikan anak2, tp pembahagian masa lebih mudah bile kerjaya pasangan berbeza dan tak menuntut mereka bertugas pd waktu yg sama. to umaq-eiman - razi tu cuma watak rekaan, walaupun x dinafikan ada je berfikiran mcm tu. Sy sendiri neutral terhadap perkara ni. Yg penting iman d dada penentu taraf manusia, bukan ijazah di tgn. Harap mane2 pihak xterasa hati... =)

Unknown said...

salam perjuangan...

to dr abduh: aik? kt sini pun ana kena... :P

to emann:

oh ye ke? bagus gak, bleh kongsi dengan kami tentang isi kandungan buletin asy syifa' pd masa akan datang...

sorry2, suu' dzonn...

Anonymous said...

aiseh~~ sungguh baik saudari iman ni yer~~ kalau halaa, yg buletin exclusive buletin, yg blog exclusive blog.. hehe... yg x dpt kesempatan baca bulletin, insyaAllah, selang 2,3 bulan post la kat blog... x bleh menurunkan kehangatan bulletin gak.. hehe...

Anonymous said...

akak perli ke... yg saya punye jela saya publish kat blog... boleh kan? hakcipta masih terpelihara... :)

asan said...

Just terfikir..Kenapa org selalu ingat kerja doktor yg paling susah di dunia? Dah menjadi typical dan cliche.

Wanita yg jadi on-site engineer pun susah , selalu kena on-call. Wanita yg kerja seorang di rstoran pun susah, selalu kena layan customer. Malah lebih berat lagi rasanya...Kerja Dato' Dr Zeti akhtar Zeti pun kerjanya lagi susah, kena peka 24 jam ttg ekonomi semasa.

Kenapa ade persepsi yg mengatakan kerja doktor itu sangt sush dan tiada masa? Susah itu sgt subjektif dan skop definisnya luas

Kalaulah kita dpt samakan taraf kesusahan doktor itu dan standardisze kan level kesusahannya dgn pekerjaan lain, masalh nak kawin dgn doktor akan tiada...sekadar pendapat

asan said...

eh komen kat atas bukan meragui kesusahan dan kepayahan doktor yek..sori tau..sekadar terfikir je..kita pun rasa mmg susah doktor ni..dlm mmasa yg sama, terasa susah tu benda yg subjektif, yg masih bergantung kepada individu tu sendiri bagaimana dia mengatasinya.

sekadar terfikir jela...nak sama2 kita fikir dan kongsi pendapat. :)