Thursday, May 29, 2008

PERMAI '08 : Permai di Hati

Sesampainya di Vila Taman Eden di Jalan Kaliurang, Yogyakarta, kami dapat merasa kedinginan bayu malam itu. Jam dah menunjukkan pukul 9.30 malam. Kalau ikutkan Slot I dah berlangsung setengah jalan. “Takpelah, asal dapat ikut bakinya…dari tak dapat langsung…”, kata hati cuba memujuk kekecewaan.

Sempat lagi bergambar walaupun dah terlambat mengikuti Slot I


Para AJK Program menyambut kami dengan mesra walaupun malam dah agak larut. Mereka memaklumkan bahawa Slot I baru saja bermula. Hati kami kembali antusias. Cepat-cepat kami menghantar bagasi-bagasi ke depan bilik yang telah ditetapkan untuk kami (masing-masing mendapat kamar berlainan supaya saling bercampur dengan wakil dari tempat lain). Timbul juga kebimbangan dalam hati kalau-kalau Ustaz Hasrizal kepenatan setelah melalui perjalanan dari Malaysia ke sini yang mana akan memberi kesan kepada kualiti penyampaiannya malam ini. Tak kurang bimbang juga bila melihatkan kondisi tubuh yang agak capek ni nak menerima segala input yang bakal disuapkan.


Akhirnya kami sampai ke ruang ceramah yang terletak di aras paling bawah bangunan tersebut. Kelihatan sosok itu sedang berbicara di hadapan lebih kurang 100 orang mahasiswa yang begitu fokus dengan perbicaraannya. Sambil mengambil tempat duduk, mindaku cuba menelan realiti yang berlaku di depanku. "Ustaz Hasrizal tengah bercakap depan mata ni...macam mimpi pulak...selalu tengok dalam internet je..." hatiku bercakap sendiri.

“Saya merasakan semacam satu amanah yang besar yang harus saya pikul bila melihat anda bersusah payah datang ke mari, dan ada yang sampai naik flight semata-mata nak ke program ini…” Ustaz Hasrizal meluahkan perasaannya. Terharu bila mendengar kata-kata itu terpacul dari mulut ustaz. Tiba-tiba saja jiwa ini membara dengan suatu semangat baru. Malam itu ustaz isikan dengan pengenalan kepada modul yang akan dibawakan sepanjang program Permai ’08 ini iaitu “7 Habits of Highly Effective Mukmin” yang mana diadaptasi dari buku motovasi tulisan Franklin Covey iaitu “7 Habits of Highly Effective People”.

Sepanjang Slot I beliau menekankan tentang pentingnya ‘Paradigm Shift’ iaitu ‘Perubahan Cara Melihat”. Penekanan ini datang bila melihatkan keadaan umat Islam sekarang yang tidak lagi sesuai dengan apa yang digambarkan dalam Al-Quran. Kalau sifat-sifat orang Yahudi yang dijelaskan dalam Al-Quran (Al-Hajj) sangat bertepatan dengan sifat mereka sekarang, di manakah salahnya? Apakah Al-Quran yang tersalah menyifatkan atau Muslim itu sendiri yang tersalah menyifatkan dirinya? Jawapannya ada pada diri kita masing-masing.

Apakah kita bangga menjadi muslim di zaman ini? Memetik kata-kata Yusuf Islam “Saya bernasib baik kerana bertemu Islam sebelum bertemu seorang Muslim”, terasa hilang kesucian kalimah ‘Muslim’ itu. Tercemar kerana manusia-manusia yang telah digambarkan Rasulullah sebagai buih-buih di lautan, banyak tapi tak berguna dan tak signifikan sebagai seorang Muslim. Ustaz sendiri dari pemerhatiannya terhadap anak-anak muda Islam kini mendapati bahawa mereka mempejuangkan sesuatu yang tepat, tapi tak jelas. Buktinya, bila ditanyakan kepada mereka, kenapa berkecimpung dalam bidang dakwah? Jawapannya, demi mencapai keredhaan Allah. Tepat! Tapi apakah kita jelas jalan dan tujuannya? Pastikah kita sudah berada di jalan yang betul dan telah sampai di matlamat yang dituju?

Setelah merungkaikan permasalahan yang membuatkan kami tersedar akan kebingungan Muslim dalam perjuangannya, Ustaz mula mengungkap peran ‘7 habits’ yang bakal dijelaskan pada slot-slot akan datang melalui kepentingan akhlak dalam kehidupan seorang muslim. Habits yang boleh disamaertikan sebagai akhlak bermaksud sesuatu yang dilakukan tanpa memerlukan justifikasi akal. Sebagai contoh, kita melihat ada orang miskin yang cacat kakinya di tepi jalan, kita lantas merasa kasihan terhadap orang itu. Kita buka dompet dan melihat berapa yang ada. “Ada RM50, eh banyak sangat. Paling kecil pun RM10 je. Nanti nak balik takde duit kecil pulak. Selak-selak lagi rupenya ada lagi RM5. Kita pun ambillah RM5 tu dan menghulurkan kepada orang cacat tu. Maka yang baru saja berlaku belum boleh kita klasifikasikan sebagai akhlak kerana kita perlu berfikir sebelum melakukan tindakan tersebut.

Seterusnya ustaz masuk ke point cara melihat atau paradigma. Kita sedia maklum ada banyak deria yang boleh kita gunakan untuk melihat. Pernah dengar lagu ini:

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
(Kalau hati itu bersih)

Ustaz memberikam contoh mudah yang sudah biasa kita dengar tapi jarang kita hayati. Kita gunakan deria-deria di atas untuk satu situasi yang sama. Katakanlah baru sampai sebuah kotak parsel yang berisi kuih-kuih raya dari Malaysia.

Kalau dengan pandangan MATA, kita akan lihat KUIH-KUIH RAYA YANG ENAK. Kalau dengan pandangan AKAL, kita akan lihat KUIH TAT NENAS YANG ELOK BUATANNYA. KITA FIKIR NI MESTI KUIH BELI NI SEBAB ADA LABEL HARGA KAT LUAR.
Kalau dengan pandangan NAFSU, KITA TERUS BEDAL, PASTU BARU TANYA, “SAPE PUNYE KUIH NI?”.
Kalau pandangan HATI, kita akan RASA TERHARU DAN SAYU MENGINGATKAN MAK DI KAMPUNG DAN SERTA-MERTA MENGALIRLAH AIRMATA TANPA KITA PAKSA-PAKSA.

Nampak tak? Jadi rasanya kitapun boleh nampak kesimpulannya. Gunakanlah mata hati anda.

Alhamdulillah, malam itu saja kami dah dapat banyak input bermanfaat yang disampaikan dengan bersahaja tetapi dengan cara yang cukup kena dengan jiwa remaja kami. Ustaz sering menyelangi slide-slidenya dengan tayangan video yang berkaitan dengan bahan yang disampaikan. Maka yang tinggi ambang rasa menariknya macam aku ni tetap mudah memberi tumpuan kerana keperlbagaian media yang dimanipulasi oleh ustaz. Mengantuk? Memang takdelah…makin tak sabar nak ikut slot-slot berikutnya esok!

IMAN NAILAH 2008
noradrenaline2001@yahoo.com

~akan datang : pengalaman di hari-hari berikutnya di Permai '08~


4 comments:

Unknown said...

salam perjuangan...

subhanallah, syukran atas perkongsian...terasa bagai turut serta ke permai 08...

teruskan menulis...

p/s: 1 para cm komen kt blog ust hasrizal je...

syurga tinggi _(o'.'o)_ said...

btul2.. slalu bce kat tenet je..
besnye dpt dngar live..


=D

Anonymous said...

hehe~~ best2... jgn lupa kongsi lg apa2 yg best~~ kesian ktorg yg x pegi nih~~

thanks for the slippers neway~~ nice one!

Nurul Iman Abdul Rahim said...

Alhamdulillah...syukur sgt diberi 'hint' oleh Allah utk pergi. Sbnrnye kalau nk ikutkan xdela smgt sgt nk pegi, but somehow last minute tiba2 rase nak pegi, then bile minta izin from my parents, they suddenly just approved! And Allah really had made our effort easier than it shud b. Nntla...sy tulis pasal usaha penuh cabaran utk dtg ke Permai 08. Fuuh...(membayangkan saja dh terasa betapa Allahlah yg memudahkan usaha kami...)