Tuesday, March 1, 2011

Nilai Al-Qur'an

Sudah terlalu banyak manusia tidak takut dengan ayat Allah malah mempersenda dan memilih-milih seperti sedang berbelanja di pasar. Inilah peringatan Allah dalam Surah Al-Qalam terhadap mereka:

بسم الله الرحمن الرحيم


68:35
Apakah patut Kami menjadikan orang Islam (yang taat) sama seperti orang yang berdosa?


68:36
Apa sudah jadi kepada (akal) kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?


68:37
Atau adalah kamu mempunyai sebuah Kitab (daripada Allah) yang kamu membacanya?


68:38
Bahawa dalam kitab itu, kamu boleh memilih apa yang kamu suka?


68:39
Atau adakah kamu memperoleh janji yang diperkuatkan dengan sumpah daripada Kami, yang berlaku hingga hari kiamat jika kamu benar-benar dapat mencapai apa yang kamu putuskan?


Nasib mereka kemudiannya dijelaskan dalam ayat 44 surah yang sama:

68:44
Maka serahkan kepada Aku sahaja (wahai Muhammad) orang yang mendustakan perkataan ini (Al-Qur'an), kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.


Jelaslah sudah, setiap yang diberi ilmu haruslah beramal dengannya. Oleh itu bila mereka berlaku sebaliknya, Allah membalas dengan menjerumuskan mereka lebih dalam ke jurang kesesatan. na'uzubillah. Janganlah sesekali bermain-main dengan Al-Qur'an, kerana ialah satu-satu pegangan kita selain Sunnah Rasulullah. Hilang tempat berpaut, lemaslah ke laut dalam.

68:52
Al-Qur'an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat manusia.

Wallahu'alam.


-IMAN NAILAH 2011-

No comments: