Thursday, December 30, 2010

Hikmah Piala AFF 2010

Tahniah pasukan bola sepak Malaysia kerana menang piala AFF Suzuki! (dan kami dapat cuti! hehe)

Safee Sali, Top Scorer AFF Cup 2010

My choice for best player: Khairul Fahmi

Malaysia memang hebat, terutama Safee dan Fahmi! Buat pertama kalinya saya yang hanya pandang sebelah mata terhadap arena bola sepak Malaysia (shame on me), saya tertanya-tanya, "Siapakah jejaka itu?" ;p They are good! Bukan sebab diorang pemain Malaysia atau sebab mereka menang piala AFF kali ni, kalau kalah pun I think they are almost the same skill level as the Europe and Latin soccer player. Selamatkan bola penalti??! That's a WOW man! Chelsea main (waktu semua star player injured) pun tak sebest Final leg I dan II Piala AFF. So keep it up Malaysia!

M. Nasuha berjaya merampas spotlight dari penyerang ternama Gonzales

Pemain Indonesia pun ape kurangnya. Nasuha dan Firman berjaya menggugat gawang Malaysia beberapa kali sampai akhirnya menembus juga pertahanan 'kebal' Fahmi. Bambang yang masuk padang beberapa minit setelah separuh masa kedua bermula turut memberi kelebihan buat Indonesia. Mereka layak mendapatkan kemenangan di Gelora Bung Karno tapi mungkin nasib lebih berpihak kepada Malaysia bila membelasah mereka 3-0 di Stadium Bukit Jalil. (bunyi dah macam pengulas sukan la pulak. hentam sajalah.)

Apapun kita sebagai penyokong cukup terhibur dengan permainan kedua pasukan. Semua drama, caci maki, rusuhan dan tunjuk perasaan akhirnya berakhir dengan keputusan yang penuh hikmah. Ketika Malaysia menang di Kuala Lumpur, Indonesia menyalahkan laser yang tak pasti ulah siapa. Buat beberapa hari airmata pun tumpah, berbalas sumpah seranah, batu menyergah dinding rumah. Doa berbalas doa sampai tibalah 29 Disember 2010, semua mata terbuka. Buat Malaysia, kita kagum dengan sikap matang Indonesia yang tidak membalas ketidakmatangan penyokong Malaysia pada leg I dan tetap unggul di tempat sendiri. Rakyat Indonesia pula sedikit sebanyak akur dengan kesungguhan pemain Malaysia. 2-1 buat Indonesia adalah tanda kemenangan, dan agregat 4-2 diharapkan dapat memberi kehormatan buat pemain Malaysia yang saya rasa sudah berusaha sebaik mungkin demi membanggakan negara mereka.

Allah ada perancangan-Nya. Cukup kita berusaha dan bersyukur dengan nikmat-Nya.

-IMAN NAILAH 2010-

No comments: