Sepuluh akhir Ramadhan adalah di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Tidak perlu ada kesangsian tentang wujudnya Lailatul Qadar karena firman Allah:
“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apabila yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lalilatulqadar. Lalilatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar.” –Al-Qard : 1-5
Diriwayatkan oleh Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut tentang empat orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah swt lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Lalu Jibrl datang memberitahu kepada Rasulullah bahwa Allah swt menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al-Qadr dan Jibril berkata kepada Rasulullah anugerah Allah ini adalah lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan dan ini menjadikan Rasulullah saw dan para sahabat amat gembira.
Kata Aisyah r.a: “Nabi saw apabila masuk 10 terakhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah.” ~Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”
Diriwayatkan sebuah hadith oleh Abu Hurairah r.a bermaksud: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan solat dan berbagai jenis ibadah yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.”
Diterangkan dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a: “Biasanya Rasulullah saw berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadahpada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding masa yang lain.”
Dalam hadith yang lain Aisyah r.a juga meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.”
Ada hadith yang mengatakan bahawa Lalilatulqadar pernah ditemui dalam zaman Rasulullah saw pada malam 21 Ramadhan dan ada juga pada malam 23 Ramadhan dan 27 Ramadhan, namun bila sebenarnya malam Lailatulqadar adalah rahsia Allah. Hikmah di sebalik rahsia tersebut adalah agar kita mencari dan menghayati 10 malam terakhir Ramadhan dengan amal ibadah yang sesungguhnya.
~Kejarlah yang pasti~-IMAN NAILAH 2009-
No comments:
Post a Comment