Monday, June 22, 2009

Masalah Selain Cinta


Tak habis2 lagu cinta.

Punyalah banyak topik nak bincangkan…cinta jugak dia nak jadikan lagu.

Teman tapi mesra, aku mau mendekatimu, apakah dia pujaan hatiku, ku yakin kaulah yang satu...

Cintaku bukan cinta biasa, aku akan tetap setia, kau saja dalam hatiku, aku mencintaimu apa adanya…

Aku cinta padamu, aku rindukanmu, aku mahu bersamamu, akan kugenggam tanganmu selalu, kuperlukan belaianmu…

Cinta itu indah, warna-warna cinta, bagai dalam syurga dunia,

Aku bosan denganmu, kita tak serasi lagi, cintaku rapuh, maafkan aku tak lagi mencintaimu...

Ayuh selingkuh, ada yang lebih ku cinta, kutunggu jandamu, selingkuh itu asyik juga ya...

Kenapa kita berpisah, aku tak dapat melupakanmu, sampai hati kau lukakan hatiku, hati ini menangis…

Memang banyak rupanya kita boleh cakap kalau pasal cinta. Sampai kiamat pun tak selesai. Tapi adakah tentang itu je kita nak bincangkan sampai kiamat nanti?

Punyalah banyak masalah. Kalau nak buat lagu pasal masalah, rasanya satu hari boleh cipta 20 buah lagu.

Masalah bangun pagi.
Masalah krisis air.
Masalah rokok.
Masalah pencemaran udara.
Masalah pemanasan global.
Masalah kebersihan alam sekitar.
Masalah macet.
Masalah tak tepat waktu.
Masalah rasuah.
Masalah kerosakan akhlak.
Masalah wabak H1N1.
Masalah di Palestin.
Masalah virus di komputer.
Masalah kemiskinan.
Masalah Manohara.

Sejengkel-jengkel aku dengan kes manohara, boleh tahan lagi kot kalau korang buat lagu tentang Manohara. At least, korang kaji dan fikir-fikirkan masalah ni. Bukan sekadar bergosip tanpa asas.

Wahai insan khalifah di dunia, tolonglah berfikir! Silakan guna minda anda yang sangat berkuasa untuk jadikan dunia ini lebih baik. Bangunlah setiap hari mencari suatu masalah dan cuba lakukan sesuatu untuk selesaikan. Sangat simple, for example:

Masalah utama : Pencemaran alam.

Huraian masalah : Terlalu banyak sampah di Makassar.

Penyebab : Orang buang sampah merata-rata.

Penyelesaian : Jangan buang sampah merata-rata.

What can I do : Lepas ni saya MESTI buang sampah di tempat sampah.

Mungkin kamu saja takkan dapat menyelesaikan masalah tersebut, tapi kalau semua orang berfikir seperti kamu, mungkin jumlah sampah dapat dikurangi sebanyak 10%.

Cukuplah, sudah-sudahlah berfikir tentang masalah cinta. Cinta yang teguh tak mengurangi jumlah rakyat yang menganggur, air mata kecewa akibat cinta takkan menemukan penawar penyakit infeksi H1N1.

Cinta memang indah, tapi indah bukan cuma datang dari cinta (manusia).

IMAN NAILAH 2009

noradrenaline2001@yahoo.com

11 comments:

the dr said...

yang tulis lagu camtu sebenarnya bukan based on cinta tapi nafsu. cuba tgk lepas kawen bleh buat camtu lagi x?bleh romantik ngn bini lagi x? kalo x maknenye semua tu omong kosong je.nafsu semata. kalo nak pasal cinta jangan berlandaskan nafsu kena btol2 cinta baru btol.

emann said...

Haa...oleh sebab itu aku nak dgr lagu ko...ilman kate ko dah cipta! hehe
nak tambah satu lagu non-nafsu n non-cintan2 kat pasaran. cewah...berangan je...

the gardener said...

lol... semua benda yg berkaitan dgn kehendak ialah nafsu. bukannya cinta je. tak logik kalau kata nak buat lagu non-nafsu.

misc. said...

kawin dgn shah rukh khan la kot, baru dpt sebelum dn selepas kawin romantis sentiasa..

emann said...

to the gardener: betul betul betul..saya tersalah guna perkataan. Mungkin tak jumpe perkataan yg tepat. Maksud yg sy nak sampaikan: nafsu yang tak mengarah kepada keredhaan Allah, yg mendekati zina, yg lagha dan berbentuk maksiat. Cinta yg saya maksudkan pun cinta duniawi antara bukan muhrim yang berlandaskan hawa nafsu. Bukan cinta kepada ibu bapa, teman dan keluarga, tetangga, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam persekitaran. Begitulah lebih kurang...

emann said...

to misc. : hehe tgk jugakla definisi romantik masing2. ade org rase tolong angkatkan kain kat luar pun dah romantik...
shah rukh khan punye romantik tak sume org boleh layan..hehe

Anonymous said...

emm..tula,keaadaan skrg ni klu wat lagu tentang pencemaran,krisis kemiskinan and etc agak susah nak laku,klu wat lagu tentang cinta baru ramai yang nak beli n dengar..its all about money..itu pun nafsu jgk,selain nafsu cinta..

the dr said...

haha tu kan ko yg cipta. dah ade iman melodi dia tapi ada problem sket ar. aku rekod benda tu kat hset napi je.kalo ko jumpa napi pinjam la hset dia dengar.kurang jelas sket ar.nak rekod kat tempat lain budak umah aku suma xde sound recorder yg proper, yang ok.satu lagi penyanyi yang ada suara kalo dapat mendemokan lagu tu kepad ko lagi best sebab penyanyi asal bersuara hampeh.haha.nantila iman kita pikirkan camne cara nak record lagu tu dgn baik. satu lagi aku cadangkan kepada yang kasi komen tntang lagu cinta ni kalo nak denga lagu nn cinta dengala lagu nasyid atau lagu2 underground seperti band2 skinhead dan sebagainya.

emann said...

to anonymous: betullah dah akhir zaman, yg bagus dan benar dah tak tertegak lagi...astaghfirullah

to the dr: napi kat interna kan? hmm...lame lagila baru nak jumpe nampaknye, tapi takpe. Tak rush pun kan... nnt aku dgr dulu, tgk suara camne sesuai, byk je suara2 merdu kat makassar ni :)
ala apis, jgn merendah diri sangat.. hehe

the dr said...

bukan merendah diri iman tapi kebenaran.kalo suara aku sedap dah lame aku riak dah.hahah

lalok said...

kerepek..