Tuesday, January 13, 2009

Krisis Gaza Kian Tegang


Ayat 82 Surah Al-Ma’idah : ”Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.”

27 Disember menyaksikan perang di Gaza bermula. Darah panas Israel yang membuak-buak tak tertahan lagi dengan terjahan roket dari tentera Hamas singgah di tanah mereka. Selama lebih satu dekad, perang yang turun naik kini memuncak dengan tindakan nekad Israel menyatakan perang mati-matian terhadap Palestin. Mereka menyusun beberapa fasa bermula dengan fasa pertama: Serangan Udara. Selama 6 hari, Israel melancarkan bom dan tembakan secara rawak dari udara menggunakan helikopter. Pada 3 Januari 2009, fasa kedua : Serangan Darat dilancarkan. Kereta-kereta kebal dan tentera Israel berbondong-bondong melangkah masuk ke tanah Gaza dan menanam peluru ke dada wanita dan kanak-kanak Palestin. Seperti yang dijangkakan, bukan hanya Hamas yang menjadi mangsa serangan Israel, tetapi rumah-rumah penduduk, ambulans, masjid malah universiti dijadikan sasaran peluru dan bom mereka. Pada 6 Januari, perang ini mengejutkan dunia apabila sebuah sekolah di bawah seliaan Badan Bersatu (United Nations) di Jabalya menjadi tempat berlabuh bom Israel. Akibatnya, 43 orang dengan sebahagian besar terdiri dari murid-murid sekolah tersebut meninggal dunia, 100 lagi cedera. Seluruh dunia mengecam tindakan Israel yang dianggap tidak berhati perut itu dan menggesanya menghentikan serangan terhadap orang awam. Israel memberikan alasan bahawa serangan itu ditujukan kepada dua orang tentera Hamas yang dikatakan didapati berada berdekatan sekolah tersebut.

Tidak sampai dua minggu, lebih 700 nyawa telah terkorban dan kurang 10 daripadanya adalah rakyat Israel. Perang masih berlanjut, walaupun pelbagai usaha untuk menghentikan atau sekurang-kurangnya mengurangkan kesengsaraan rakyatnya telah diusahakan oleh pihak-pihak ketiga. Sekatan bekalan makanan, ubat-ubatan dan segala keperluan asas melalui udara, laut dan darat menjadi strategi penting Israel dalam melemahkan lawan mereka. Dalam masa 5 hari sahaja, rakyat Palestin sudah merasai penderitaan yang dimaksudkan. Pada 7 Januari, Israel bersetuju menjalankan genjatan senjata selama 3 jam yang dinamakan ’Humanity Corridor’ sebagai tanda kemanusiaan terhadap rakyat Palestin supaya mereka dapat mendapatkan keperluan asas hidup dalam waktu singkat tersebut. Tak seideal namanya, ruang kemanusiaan kelihatan terlalu minimal untuk sekadar ’hidup’. Dari memandangnya sebagai mendapat 3 jam yang tenang, ia seperti mengambil 21 jam dari 24 jam. Bagaimana sebuah lori minyak boleh menyelesaikan perjalanan yang seharusnya mengambil masa 7 jam dalam hanya 3 jam? Ia seperti memberikan satu ’tupperware’ penuh udara, ia tidak akan cukup untuk anda bernafas. Atau seperti memberikan kad ATM untuk akaun bank yang tiada simpanannya, tampak pemurah, tapi tiada gunanya. ’Humanity Corridor’ ini hanya bertahan selama beberapa hari.

Tunjuk perasaan berlangsung di seluruh dunia dengan bermacam suara. Dari majoriti yang menentang peperangan dan kekejaman yang berlaku, banyak yang simpati dan menyeru penghentian serangan terhadap Palestin, tidak kurang yang menyokong tindakan terkutuk Israel. Pertubuhan Badan-badan Bersatu yang merasa bertanggungjawab menghentikan perang ini mengadakan banyak pertemuan dan rundingan dengan pihak Israel dan Hamas, namun tidak banyak yang mereka sumbangkan. Usaha perdamaian melalui orang tengah Perancis dan Mesir juga tidak berhasil malah perang menjadi semakin tegang. Kedua-dua pihak tidak menunjukkan sebarang tanda untuk mengurangkan tekanan terhadap pihak musuh.

Kini ia mencecah hari ke-17, 919 rakyat Palestin terkorban, 40% darinya terdiri dari wanita dan kanak-kanak. Lebih 4000 lagi cedera. Tenaga medik sudah tidak menang lagi tangan dengan jumlah ini, bekalan ubat-ubatan semakin berkurang, dan hospital-hospital tidak mampu lagi menampung pesakit yang mengalir tanpa henti. Lebih buruk, sebuah hospital utama di Gaza terpaksa ditutup akibat runtuh. Kekurangan bekalan air, elektrik dan makanan semakin menyiksa rakyat Gaza. Israel mengakui mereka semakin menghampiri matlamat mereka, namun tekanan Israel terhadap Gaza semakin Israel terus membedil rakyat Palestin dengan pengemboman Zeitoun melalui udara mengakibatkan 30 orang maut. Beberapa buah rumah penduduk hancur dengan penghuninya meninggal akibat hentaman bom, perdarahan yang tak berhenti dan ditimpa runtuhan bangunan. Hati hancur mendengarkan kisah seorang remaja lelaki 16 tahun yang menyaksikan sendiri ibu dan 4 orang adik-beradiknya tewas di depan matanya. Bedilan ketiga yang singgah di rumahnya menyebabkan adiknya berdarah banyak tak berhenti. Kemudian letupan seterusnya meledakkan ibu dan adik-adiknya yang lain. Dia menceritakan kisahnya tanpa dapat mampu menahan air mata. Dia cuma seorang dari ribuan lagi yang mengalami nasib yang sama. Israel apabila ditanyakan tentang serangan-serangan ini, mereka mengangkat bahu kelihatan keliru. Sekali lagi, mereka menegaskan yang mereka tidak tahu apa-apa berkait serangan terbabit. Sepertilah kita semua bodoh.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya berkata mereka akan tetap tegar melancarkan roket ke Selatan Israel walaupun Presiden Bush sempat menggesa mereka menghentikan pelancaran roket sebagai satu jalan penyelesaian dalam menghentikan peperangan ini.

Surah Al-Ma’idah, ayat 42: Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram[418]. Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan), maka putuskanlah (perkara itu) diantara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu berpaling dari mereka maka mereka tidak akan memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) diantara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.

Saya tak mengerti apa sebenarnya yang dirisaukan oleh pihak Israel kerana di atas kertas lagi, mereka sudah menang. Mereka menguasai ekonomi dunia, mereka memiliki teknologi ketenteraan yang paling canggih, mereka mempunyai pengaruh besar dalam PBB dan memiliki sekutu-sekutu besar seperti Amerika Syarikat dan British yang akan menyokong san melindungi tindakan mereka. Jelas, kehancuran umat Islam adalah matlamat mereka. Bukan Palestin, tapi umat Islam. Kita. Dan kita merasa simpati dan sayu melihat saudara-saudara kita di Gaza. Memang rasanya tidak sama seperti ibu kota negara kita sendiri yang diserang, di mana kita merasa tidak aman, kita merasa seperti rumah kita yang hancur, kita akan menentang pihak musuh bermati-matian. Semangat nasionalisme mengalahkan semangat persaudaraan sesama Muslim, doa kita untuk mereka tak sepanjang doa untuk diri kita sendiri, tangisan kita tidak sesendu tangisan ibu Palestin yang kehilangan anak kecilnya, hangatnya tahi ayam lebih menyengat dari panas marahnya kita.

Sekarang kita kisah, kita baca, lihat dan bercerita. Sekarang kita marah, kita boikot. Sekarang kita simpati, kita sumbang. Jangan hanya emosi yang mengetuk kita. Kita punya ilmu dan paling penting kita punya kebebasan untuk bertindak. Bangkitlah! Bersatulah! Istiqamahlah dalam pejuangan ini! Ini seruan Allah kepada kita untuk bangun dan lakukan sesuatu. Biar sedikit, tapi bermakna.

Lawati laman web www.aljazeere.net/english untuk maklumat terkini tentang krisis di Gaza atau untuk pelanggan Astro, tekan 513 untuk siaran Al-Jazeera.

IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

3 comments:

the dr said...

'bangun dan lakukan sesuatu. Biar sedikit, tapi bermakna.'

mulai dari diri sendiri biar sepele xpe jangan2 itulah yang buat kita dapat redha dari ALLAH dan itulah yang boleh menjatuhkan israel tu.mudah2an suma orang adela kesedaran. jahat2 pun tapi adela sesuatu yang kita sumbang utk islam dan saudara muslim kita.

Anonymous said...

i have to agree with ust hasrizal (saifulislam.com) regarding the matter, that an ummah transformation is needed,a 'pure' muslim against 'pure' christians and jews.Victory for HAMAS!

Anonymous said...

to the dr: "jahat2 pun"...hehe well, that means ewe still care and want to b a better person.

to 11: pure muslim, that what we lack nowadays...