Sunday, May 11, 2008

NIAT

Bismillahirrahmanirrahim...


"Innama al'amaalu binniati, Wa innama likullimri immanawa. "
Potongan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Segala amal itu bergantung kepada niatnya, dan setiap orang hanya mendapati sesuai dengan niatnya."

Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim ini menyedarkan kita, amalan zahir yang sesempurna manapun takkan bererti tanpa niat. Amalan yang nampak seperti ibadah, tanpa niat, tiada maknanya. Memang, solat, puasa, dan lain-lain ibadah kita biasa lakukan dengan niat. Dari kecil dah diajar lafaz niat solat dan sebagainya, tapi kite selalu tak mendalami niat tu dalam hati menyebabkan ibadah tu tak sesuci yang sepatutnya. Solat jadi tak khusyuk, puasa jadi meletihkan, infaq jadi bebanan. Sebab tu jugak kita tak boleh salahkan satu jaminan Allah yang berbunyi :

" Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."

Bila mana kita solat, tapi still buat maksiat, mendekati syubhat(antara halal dan haram) dan melakukan hal2 lagha(sia-sia). Kuncinya ialah niat, dan khusyuknya ada di dalam. Kuncinya dah hilang, macam mane nak masuk? So, tak terasalah kemanisan beribadah, tak berkesanlah pada hati.



Selain tu, niat jugak berpengaruh besar kepada kehidupan kita sehari2.

Manusia biasanya mengharapkan sesuatu atas setiap perkara yang mereka lakukan

Hadith Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebajikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka barang siapa berniat mengerjakan kebajikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatkannya sebagai suatu kebajikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebajikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan kejahatan, tetapi ia tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebajikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan,"

(H.R Bukhari dan Muslim)

Sungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kita semua, sedangkan niat buat baik pun dikira, dan niat jahat yang tak dilakukan pun diganjar pahala. Beza dengan manusia, kalau dapat tau orang nak meniru pun dah kutuk bukan main, tapi kalau diri sendiri buat, jadi tak salah pulak...

Niatlah dengan ikhlas sebelum memulakan hari yang baru, semuanya biarlah kerana Allah. Bangun tidur, mandi, gosok gigi, biar pakai baju pun kita niat dan baca bismillah. Kesannya, kita lebih banyak ingat pada Allah, insyaAllah Allah permudahkan urusan kita, dan dapat pula ganjaran pahala. Bukan susah nak kumpul pahala, senang lagi nak dapat dosa. Janganlah kita jadi orang yang bila buat pahala, sangatlah berkira, tapi tak sedar pun bila buat dosa.

Gunakanlah sisa masa kehidupan kita yang masih ada ni dengan melakukan lebih banyak amal kebajikan. Moga-moga dengan niat kebajikan kita, terselamat kita dari api neraka.

So now, ask urself...apa niat anda?

Semoga ini jadi peringatan buat diri. Wallahua'lam.


~IMAN NAILAH 2008~
noradrenaline2001@yahoo.com

5 comments:

asan said...

niat kerana Allah InsyaAllah...

Musafir said...

ramai orang salah faham dengan maksud berniat. selalu mereka beranggapan niat itu perlu dilafazkan atau setidaknya, disedari ketika melakukannya. sedangkan hadith ini menjelaskan "setiap perbuatan didahului dengan niat", bermakna dengan atau tanpa anda sedari, setiap gerak geri kita dipastikan ada niat bersamanya. masalahnya ramai orang jarang 'berbicara' dengan hatinya tentang khabar niat, kerana kita tahu, niat itu tempatnya di hati, bukan di lidah.

Anonymous said...

sesuai sgt post bende ni tym2 ni...ada niat2 terpesong yng perlu diluruskan...

Unknown said...

salam perjuangan...

Beza dengan manusia, kalau dapat tau orang nak meniru pun dah kutuk bukan main, tapi kalau diri sendiri buat, jadi tak salah pulak...

post yang sesuai untuk exam oriented

Anonymous said...

Bgusla iman ko nye tajuk ni.takut plak aku.yang susah adalah niat ikhlas kerana ALLAH. silap sketje bleh jadi riya' sampai nanti jadi syirik khafi.abes suma sia2.takut2. mudah2an kta xtermasuk dlm golongan riya'.amin. takut2.