Saturday, February 14, 2009

Nak Beri Hati Ini Kepada Siapa?

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

-Dipetik dari iluvislam.com

Wednesday, February 4, 2009

Selamat Hari Tua!

“Selamat hari tua!”

Ucapan ni dah selalu kita dengar sebagai versi lucu dan gurauan dari ucapan “Selamat Hari Lahir” yang dah biasa kita dengar. Ada yang mengambilnya dengan senyum manis mengingatkan masih ada yang ingat ulang tahun tuanya setahun lagi. Tak kurang yang tarik muka masam, menambah lagi kerutan kat muka tu. Sekali lagi kita mendengar ucapan-ucapan yang sewaktu dengannya, terbatuk-batuk meniup lebih banyak lilin di atas kek yang semakin kecil, dan menghitung-hitung hadiah-hadiah dari orang tersayang.

Sambutan hari lahir walaupun kelihatannya sama di seluruh dunia, ternyata ada berbeza di sudut-sudut tertentu. Di Makassar (mungkin juga di Indonesia), bagi mereka mengerjakan yang menyambut hari lahir adalah kebiasaan. Disuruh mengerjakan yang berat-berat sendirian, ditinggalkan saat semua berpergian atau disiram campuran air, tepung dan telur adalah antara yang harus diterima setiap ‘birthday boy’ atau ‘birthday girl’. Tujuannya agar mereka terkesan dan ingat betul upacara meraikan hari ulang tahun mereka. Nak lupa pun tak dapat nak lupa. Ada juga budaya menagih belanja makan dari si ’birthday boy’ atau ’birthday girl’. Kalau macam ni, kena kumpul duit sepanjang tahun, baru boleh sambut hari jadi berikutnya. Memang ada sudut positifnya, namun semuanya membebankan bagi yang diraikan. Ia mungkin salah, tapi mempersoalkan apa yang telah sebati dalam diri mereka adalah seperti mempertikaikan pakaian mereka sehari-hari.


Persoalan lain pula muncul, apakah caraku benar? Saban tahun aku (sejujurnya) mengharapkan keluarga dan teman terdekat mengucapkan tiga kata azimat itu. Biarlah tidak ada hadiah atau kek bertulis namaku, sekadar ucapan dan sms tanda ingatan bagiku sudah cukup. Alhamdulillah, masih ramai yang ingat tahun ini. Terima kasih! Namun lafaz itu tak kunjung datang dari seorang teman baik. Aku kecewa tapi berbaik sangka, mungkin dia terlupa. Atau mungkin dia punya sebab-sebab tertentu dan aku mesti mengerti. Akhirnya dia memberikan jawapannya. Jawapan yang harus aku kongsikan bersama yang lain. Biasa tak bererti betul, selalu tak bermaksud perlu.


Cuba tanya diri kita, meraikan hari lahir itu untuk apa sebenarnya? Merasa bahagia sudah semakin tua? Senang hati berjaya melalui setahun lagi dalam hidup? Dan untuk apa diucapkan ”Selamat Hari Lahir” atau ”Selamat Hari Jadi” itu? Tahniah kerana telah lahir? Tahniah kerana umurmu semakin pendek? Saya tahu jawapan-jawapan yang saya beri tidak rasional. Mari kita cari jawapan logikal dari pertanyaan ini. Kita meraikan untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita untuk mencapai usia baru. Tapi rasa syukur itu tak terlihatkan dari kebanyakan ”birthday party” yang diadakan. Dan saya sedar, tak ada elemen syukur dari rasa harap untuk mendapat ucapan ”Happy Birthday” itu. Yang ada hanyalah rasa ego dan pentingkan diri yang mengundang rasa riak dan takabbur. Hadiah-hadiah yang datang membuat diri merasa istimewa, hilang langsung dari tujuan muhasabah diri dan mengingat Yang Maha Pencipta.

Astaghfirullah, 22 tahun saya hidup dalam kesesatan pemikiran itu. Saya menikmati dan langsung tak merasa bersalah setiap kali ulang tahunku diraikan. Apakah saya pernah merasa betul-betul bersyukur kepada Allah, lebih dari saya merasa bahagia menerima perhatian dari manusia? Astaghfirullahal’azim. Saya masih ingat tulisan dari kertas yang mengiringi hadiah hari lahir dari temanku Maimanah waktu hari lahirku ke-21:

”Tak ramai manusia yang sedar bahawa setiap kali datangnya ’tarikh’ itu, maka sedemikian hampirlah mereka kepada satu lagi ’ tarikh’ keramat yang sedang menanti. Tak ramai orang rasa takut dan risau setiap kali ’tarikh’ ini datang kembali. Tak ramai orang memandang ’tarikh’ ini sebagai kesempatan terakhir baginya...”


Amalan menyambut hari lahir ini sebenarnya telah lama kita kutip dari budaya barat. Pendapat para ulama’ tentang hal ini bervariasi, ada yang menyatakan meraikan hari lahir itu tak salah cuma perlu berpada agar tak lari dari tujuan sebenar, ada yang tak menggalakkan kerana ia seperti meniru budaya orang kafir. Bukti dalam Al-Quraan dan Sunnah menunjukkan bahawa menyambut hari lahir merupakan suatu bid’ah atau suatu pembaharuan dalam agama, yang tidak ada asas dalam syariah sebenar:

”Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.” [As-Syuura 42:21]

”Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sedikitpun dari siksaan Allah. Dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain, dan Allah adalah pelindung orang-orang yang bertakwa.” [Al-Jaasiyah 45:18-19]

”Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya).” [al-A’raaf 7:3]

Selain merupakan bid’ah dan tidak mempunyai asas syar’ie, sambutan hari lahir ini turut meniru orang Yahudi dan Nasrani dalam perkara yang sama. Rasulullah s.a.w pernah melarang kita dari mengikut cara dan budaya mereka: “Kamu akan mengikut cara mereka yang sebelum kamu dalam setiap langkah, sehinggakan bila mereka masuk ke dalam lubang cacing, kamu akan ikut masuk juga.” Mereka bertanya, ”Ya Rasulullah, (adakah anda maksudkan) orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, ”Siapa lagi?” (Riwayat al-Bukhaari and Muslim). Rasulullah s.a.w juga bersabda, “Barangsiapa meniru suatu kaum maka ia adalah salah seorang dari mereka.” ~Fatwa Islamiyyah, 1/115

Pada awalnya, pahit untuk saya menerima kebenaran ini tapi setelah difikir-fikir kembali, saya memandang ini bukanlah suatu halangan total untuk berkongsi kasih sayang dan tanda ingatan. Ini tak bermaksud kalau hari lahir ibu atau ayah jangan “wish”, malah ini adalah jalan untuk memberi lebih dari itu. Penghargaan, do’a dan hadiah boleh dan seharusnya diberikan bila-bila masa, tidak tertumpu kepada hari-hari tertentu sahaja. Kalau inilah yang kita amalkan, tidak akan ada lagi pertanyaan seperti, “Ni mimpi ape pulak peluk-peluk ummi ni?” atau “Eh, hari ni birthday kita ke?”.

A friend once said:
Detik, jam, hari, bulan, tahun berganti
Dan bumi pun terus berputar...
selama itu banyak manusia2 baru yang lahir ke dunia,
banyak pula yang pergi meninggalkan kita.
Yang paling beruntung di antara mereka adalah yang paling memanfaatkan waktu mereka yg terbatas di dunia ini dengan beramal dan bersyukur, berkongsi kebahagiaan serta kepedulian dengan sesama, tak henti berjuang demi keyakinan. Mereka kelak akan meninggalkan dunia tanpa penyesalan...
Always give your best, Cherish your day!

Rujukan: http://www.beautifulislam.net/halalharam/birthdays.htm
http://www.turntoislam.com/forum/showthread.php?t=2386
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-
Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503547996


P/S: Sekiranya ada rujukan yang diyakini bersumberkan dari sumber yang tidak sahih, silakan ditegur ye.

IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

Take The Treasures


This world is a field to work for the hereafter. Rasulullah (Sallallaahu Ãlayhi Wasallam)'s Ummah has been sent in this world for a very great object.
The example of this world is like a king who sends a few people into his treasure room saying that shortly he will send them out, so at that time whatever they will be possessing will be their property.
Inside the treasure room, on one side there are heaps of gold and silver, on another side are lying pearls and jewels, then at another place in the room, delicious food and soft beds are arranged.
Now some people think that the king may send them out any minute. They quickly gather the gold, silver, pearls and gems. They feel they will go out from there and organize the food and beds for themselves afterwards.
There is another group of people who think that they have just arrived. They feel, 'Let us enjoy the food, then lay down to rest. After that we will take from the treasures. There is ample time.' So they eat, sleep and pass their valuable time without taking from the treasures.
Suddenly the king sends everyone out. Now those who had collected the valuables can enjoy their lives eating and sleeping while those that wasted their time and did not accumulate anything will begin to regret.


~excerpts from http://www.beautifulislam.net/halalharam/birthdays.htm