“Dah-dahla tu…” perlahan suara Suhaili berbicara, di wajahnya tampak tak selasa.
Hajar dan Miza menoleh serentak ke arah Suhaili. Keduanya menunjukkan riak terkejut dengan apa yang baru dikatakan Suhaili.
Wajah Suhaili yang masih tunduk di sisi mereka mengelus perlahan. “Aku taknak bersubahat…” ada kekesalan di suaranya.
“Bersubahat ape?” berkerut muka Miza memandang sahabat mereka itu.
“Korang mengumpat…cakap pasal orang yang kita kenal pulak tu.”, walau resah, Suhaili tegas.
Serba salah, Hajar dan Miza berpandangan. “Kitorang cuma cakap pasal apa yang dah terjadi….” Hajar memberi alasan.
Suhaili lantas mengangkat mukanya. “Exactly! Cerita tentang orang lain di belakang mereka. Bila korang mengumpat somebody, korang sebenarnye tengah sedekahkan pahala korang kepada orang tu…”
“Tapi…” Hajar kehilangan kata-kata.
“Apa tujuan korang cerita tadi sebenarnya?” Suhaili seperti seorang peguam menyoal siasat tertuduh di kandang pesalah.
“Nak luah perasaan je…takkan tu pun tak boleh. Simpan lama-lama boleh meletup tau!” cepat Miza membalas.
“Boleh je…tapi jangan disebut-sebut nama orang berkenaan…” rendah nada Suhaili, cuba menenangkan keadaan. Miza terdiam memandang lantai. Hajar pula berfikir sesuatu.
“Elly, aku rasa setiap hari pun kita buat benda mengumpat ni…susahlah nak elak…”.
“Memang susah, tapi wajib elakkan. Tau kan kalau kita mengata kawan kita, kita macam…”
“…makan daging saudara kita…”, Miza menyambung kata-kata Suhaili. Matanya terus merenung lantai yang kosong. Suhaili mengangguk perlahan. “…yang dah mati…”* dia menghabiskan ayat itu.
“Aku pun perempuan jugak. Dulu aku pun selalu je bercakap tak henti-henti. Apa benda je terlintas aku akan cakap. Teruk sangat…” Suhaili menceritakan sepenuh hati.
“Sampai satu kali tu, Allah nak tunjuk, orang yang aku mengata tu terdengar apa yang aku cakap. She was my close friend. We never talk again ever since.”, wajahnya terlihat kekesalan mendalam. Miza dan Hajar mendengar penuh khusyuk.
“Aku menyesal sangat. Tau tak betapa besarnya dosa mengumpat ni sampaikan kalau kita mohon ampun kat Allah pun Dia tak dapat maafkan.” Kelihatan mata Suhaili bergenang.
Hajar terkejut. Bulat matanya memandang Suhaili. “Biar betul?” bisik hati Miza.
“…sampailah orang yang kita umpat tu maafkan kita.” sambung Suhaili.
Miza dan Hajar mengangguk-angguk.
Suhaili bingkas mengangkat wajahnya. “Kita percaya tak Allah sedang perhatikan kita? Kalau kita percaya, kita takkan berani buka mulut. Every words dari mulut kita, kita akan fikir dulu sebelum sebut. Inilah namanya taqwa, berhati-hati dalam setiap perkara yang kita buat. Okay?”
“InsyaAllah…” terbit senyum di bibir Hajar dan Miza.
Beberapa dalil tentang ghibah atau mengumpat:
Menurut satu pendapat, perumpamaan orang yang mengumpat adalah seperti orang yang meluruskan senjata manjanik (alat pelempar yang diberi peluru panah api). Kebaikannya ia lempar ke arah timur dan barat. Dia mengumpat orang khurasan, Hijas, dan Turki. Kebaikannya ia pisah kemudian dia luruskan sehingga tidak ada sedikitpun yang tersisa di pangkuannya. Manurut yang lain, catatan buku perbuatan seorang hamba akan didatangkan di hari kiyamat. Dia tidak melihat kebaikannya, seraya berkata, “Di mana salatku, puasaku, dan taatku?”. Dijawab, “Semua perbuatan baikmu telah hilang karena engkau mengumpat orang lain”. Sedangkan yang lain berpendapat, barang siapa diumpat orang lain maka Allah Ta’ala akan mengampuni separuh dosa-dosanya”.
Menurut Yahya bin Mu’adz, orang mukmin mempunyai bagian darimu dalam tiga hal. Pertama jika engkau tidak memberikan pertolongan, maka jangan memberikan bahaya. Kedua, jika engkau tidak merahasiakan, maka janganlah mengumpat. Ketiga, jika engkau tidak memuji, maka jangan mencela”.
Hasan Al-Bashri pernah diberi kabar bahwa fulan telah mengumpatnya. Maka setelah itu Hasan mengirimkan kuih yang tertutup kepadanya. Hasan mengatakan kepadanya, “Telah sampai kabar kepadaku bahwa engkau menghadiahkan kebaikan kepadaku, oleh kerana itu saya memberikan imbalan kepadamu”.
*Al-Hujurat :12
IMAN NAILAH 2008
noradrenaline2001@yahoo.com