Saturday, March 28, 2009

Support Earth Hour 2009

Switch off the lights in your home only for ONE HOUR starting 8.30pm (20.30) today (Saturday, March 28th, 2009).

Stop global warming. Give the earth a little space to breath. It's the ONLY earth we have. Would we hesitate?

Friday, March 27, 2009

Smoke and Kill Me


I was on a public vehicle when one of the passengers starts to light up his cigar.

I started to cover my nose with my hijab. I thought I can take it, but the smell was so strong and I realized there were four guys on the vehicle and none of them is not smoking!

There is still half an hour journey back to my place and the smoke kept coming to my face from every corner of the pete-pete...
I felt like I'm gonna throw up!

For that 30 minutes, this is what's playing in my mind:

How impolite and inconsiderate!

How disrespectful!

How selfish! They only think of themselves...

Wait...they don't even care about their lives because if they really do, they won't even started anyway.

So basically they never think!

This is what I think.

Maybe the UN or Obama(if he wants to prove himself) can build a country( maybe the largest and most multi-raced country ever) for these people so that they can smoke peacefully, where they will never find a smoking-prohibiting sign anywhere in that country and they can kill each other slowly.
The nation may have the worst atmosphere, prone to air pollution and haze, with the highest lung cancer case, with all the babies born in imperfect shape or at least handicapped.
Maybe then they can all starts to die and they come to extinction and we will never have to worry about cigarette's smoke anymore.

If you are one of them(who smoke and didnt feel guilty and feel there's nothing wrong with that), I'm sorry but I can't help but feel disrespect of you, the way you did to your family and friends. More over to God!

IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

Tuesday, March 10, 2009

Kembali


Terlanjur lagi hati
Mengacuh serakah dan api
Langsung lupa pada mati
Kosong dan tak bererti

Syurga sekarang dunia
Sirna rindu buat akhirat
Tahu tapi
aku buta bisu dan tuli

Akulah itu yang dicerca
dalam lembar usang tak dibuka
Sakitnya hati ini
Tapi air mataku kering
mahal

"Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya," - Qaaf : 16


Terbit seembun gerun
Sesal berkepal
Dosa sesemesta terasa beratnya
Menggeleng kepala
Bunyi sangkakala
Sengat kalajengking berbisa
Jahim yang menyala
Jelas di urat, telinga dan mata

"Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikitpun meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan Hanya orang-orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihatNya dan mereka mendirikan sembahyang. dan barangsiapa yang mensucikan dirinya, Sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. dan kepada Allahlah kembali(mu)." - Faathir : 18

Ya Allah!
Jagalah aku
Genggamlah hatiku
Aku kembali...

IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

Sunday, March 8, 2009

Mengubur Bahasa Sendiri



Beberapa petikan wawancara Harakah dengan Prof. Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas dari Jabatan Kejuruteraan Bio Perubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya yang mengajar subjek kejuruteraan dalam bahasa Melayu di universiti.

Apa pandangan Prof terhadap dasar PPSMI yang dilaksanakan oleh kerajaan?

PROF DR IR WAN ABU BAKAR: Bahasa Melayu patut diberikan peluang untuk berkembang sebagai ilmu terutama ilmu sains dan teknologi. Seandainya kita tidak menggunakan lagi bahasa Melayu untuk menguasai atau belajar, maka ilmu bahasa Melayu itu akan terbantut perkembangannya. Saya rasa suatu hari nanti bahasa Melayu akan ketinggalan dibandingkan dengan perkembangan ilmu. Ini sekali gus akan membunuh bahasa Melayu itu sendiri. PPSMI ada orang anggap ia penting tetapi budak-budak yang diberi peluang untuk menerima ilmu ini dengan baik sepatutnya dilakukan dalam bahasa yang mereka fahami.



Asasnya Kementerian Pelajaran meneruskan PPSMI ini kerana bahasa Inggeris amat
sesuai untuk bidang sains dan matematik khsusnya dalam era teknologi masa kini. Pendapat Prof?

Semua bahasa sesuai untuk bidang matematik dan sains, malah kalau kita lihat kekuatan bahasa Inggeris sendiri bukan pada sains dan teknologi. Tetapi kekuatannya adalah pada sasteranya. Itulah kekuatan sebenarnya bahasa Inggeris. Sains dan teknologi tidak pentingkan sangat bahasa apa yang digunakan. Sebaik-baiknya dalam bahasa yang kita fahami. Bahasa Melayu juga sesuai seperti bahasa Inggeris. Kedua-duanya sesuai. Sama sahaja tidak ada lebihnya. Dengan syarat kita terus bangunkan bahasa Melayu dengan perkembangan ilmu seperti yang kita lakukan sebelum ini. Kita buat istilah, buat sainstifik dalam bahasa Melayu. Asalkan kita boleh mengajar dalam bahasa Melayu dan tidak akan timbul masalah.

Sejauhmana berkesannya pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris? Sedangkan kalau kita lihat negara seperti Jepun, Jerman, Perancis yang menggunakan bahasa mereka akhirnya boleh maju juga...

Saya hidup di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Memang anak-anak saya tidak ada masalah untuk bercakap bahasa Inggeris seperti mana mereka bercakap bahasa Melayu. Tetapi kalau kita pergi keluar Lembah Klang dan bandar-bandar besar, budak-budak kita memang akan merasa terasing jika kita ajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Sudahlah ilmu itu bukan ilmu yang senang, asing dan bukan sebahagian daripada budaya mereka.



Ulasan lanjut Profesor Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas berkenaan isu ini boleh dibaca pada Harakah Bil 1420 (Edisi Jumaat) bertarikh 6 - 8 Mac. Saya secara peribadi bersetuju dengan jawapan Profesor Wan pada soalan yang terakhir. Kiranya kita tidak mementingkan diri tentu kita dapat membayangkan anak-anak orang asli, anak-anak India di Estet, anak-anak Penan dan anak-anak Tionghua di pedalaman. Selalunya 'pejuang PPSMI' bercakap bagi pihak dirinya sendiri tanpa memikirkan manfaat untuk umat, bangsa dan nusa secara keseluruhan.

Dipetik dari: http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/ayuh.html

Friday, March 6, 2009

Jantung Yai


“Assalamualaikum wbt. SMS dari abg Usop (abang sulung abah), tadi bapak pergi routine check-up kat hospital. Buat CT-scan dada, doktor kate ada dua pembuluh darah kat jantung dah melebar dan boleh pecah anytime. Sama-samalah kita doakan semoga bapak dilindungi Allah.”

Kaget mendapat sms dari abah di waktu sedang
ward-round dengan doktor specialist di Rumah Sakit Umum Salewangang, Maros. Fikiran hilang fokus, apa yang dibicarakan doktor jadi seperti kekicau burung yang sayup-sayup kedengaran. Hatiku pedih, seperti luluh meleleh dari tubuh. Mataku mulai kabur, berat dengan airmata yang tak tertahan.

Terbayang wajah Yai (baca ya-yi = datuk dalam bahasa Jawa) yang mesra. Terakhir aku bertemu Yai tujuh minggu lalu, beliau kelihatan sihat sekali. Makannya penuh selera, bercerita ceria, senyumnya tak pernah lewa.
18 tahun dulu, Yai mendukung tubuh mungilku ke atas skuter hijau miliknya. Aku lengkap berpakaian baju kurung hijau dengan tudung tersarung di kepalaku. Aku berdiri di antara kepala skuter dan tempat duduk, kuat berpegang pada handle motor. Tak sampai 5 minit, kami sampai ke Tadika Islam Kampung Baru. Aku mencium tangan Yai dan masuk menyertai teman-temanku. Begitulah setiap hari aku dihantar dijemput Yai.

Sekarang senyum itu masih hijau dalam memori. Manakan tidak, ia tidak pernah berhenti.


Gagal Jantung


”Jantung yai memang dah lemah, sekarang asyik pengsan-pengsan. Selalu dia tidur je. Pegi toilet pun kena pakai kerusi roda.”, ayahku bercerita di hujung telefon. Setahuku dulu tekanan darah Yai memang rendah, sampai abah pernah konsul kepadaku tentang itu. Jawabku (dengan ilmu teoriku yang sangat minimum) menyarankan supaya Yai diberi minum air garam untuk menaikkan tekanan darahnya.

Setiap kali bertemu Yai, tak pernah aku lihat dia dalam keuzuran atau lemah biar jantungnya semakin lelah bekerja. Tiap kali ditanya pertanyaan ”Yai sihat?”, jawapannya pasti ”Alhamdulillah!” dengan penuh semangat dan ceria. Yai tak pernah mau menyusahkan orang lain.


Lemah jantung? Maksudnya sudah gagal jantung kerana definisi dari penyakit ini adalah kelainan dari struktur atau fungsi dari jantung yang mengganggu kemampuannya membekalkan aliran darah yang adekuat untuk memenuhi keperluan tubuh. Penyebabnya bervariasi dan antara gejala pentingnya adalah bengkak-bengkak (dari kaki, tangan, perut dan wajah), sesak nafas, dan setahuku biasanya mereka akan mengalami tekanan darah tinggi dan bukan sebaliknya.


Kompensasi


Suatu fitrah dalam setiap benda hidup adanya proses kompensasi dan adaptasi dengan setiap perubahan. Manusia yang tidak pintar biasanya akan berkompensasi dengan belajar lebih kuat dari orang yang pintar, pohon yang kekurangan air akan berkompensasi dengan membentuk akar yang lebih panjang untuk menyerap air dari tanah yang lebih jauh, dan jantung yang lemah akan berkompensasi dengan memompa lebih kuat supaya darah sampai ke setiap bahagian tubuh.
Rupanya sebelum tekanan darah Yai jadi rendah, ia sempat tinggi sebelumnya sehinggakan beliau diberikan ubat tekanan darah tinggi dari doktor yang merawatnya. Selama ini Yai minum ubat tersebut terus-menerus tanpa menyedari bahawa tekanan darahnya mulai turun secara perlahan-lahan sehingga Yai mudah sekali pengsan setiap habis minum ubat. Rupa-rupanya jantungnya sudah tak mampu lagi berkompensasi.

Klasifikasi gagal jantung menurut
New York Heart Association Functional Classification:

• Class I: no limitation is experienced in any activities; there are no symptoms from ordinary activities.
• Class II: slight, mild limitation of activity; the patient is comfortable at rest or with mild exertion.

• Class III: marked limitation of any activity; the patient is comfortable only at rest.
• Class IV: any physical activity brings on discomfort and symptoms occur at rest.

Mendengar dari keadaan Yai sekarang, mungkin gagal jantungnya sudah mencapai kelas III. Doktor yang merawat melihat adanya penanganan untuk Yai iaitu pembedahan janutng, namun melihatkan dari umur Yai yang mencapai 87 tahun ini, beliau melihat lebih banyak kekurangan dari pilihan tersebut. Kurangnya kemampuan untuk proses penyembuhan, risiko untuk gagal yang tinggi dan biaya yang mahal adalah faktor-faktor yang ditimbang oleh doktor untuk tidak menyarankan pilihan tersebut.


Pilihan Terakhir


Mempelajari sendiri tentang gagal jantung di bahagian
Internal Medicine sekarang, aku faham dengan perjalanan penyakit tersebut dan sedar ke arah mana sedang ditujui Yai. Cuma emosi yang berfluktuasi membuat aku tidak rasional buat seketika.

“Abah jaga Yai baik-baik tau. Jangan bagi Yai meninggal sebelum Iman balik tau…”


Aku merengek seperti anak kecil. Tapi siapalah yang bisa aku tipu? Seraksasa bintang pun akan berkecai dengan izin-Nya, apatah lagi nyawa seorang hamba.
Kami pasrah dan yakin inilah yang telah direncanakan Allah untuk Yai. Apapun terjadi nanti, walaupun aku tak dapat melihatnya buat kali terakhir, aku persiapkan diriku untuk itu. Buat masa sekarang, aku doakan Yai tenang dan kuat menghadapi penyakitnya. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan menyediakan sebuah mahligai syurga untuknya.


“Yai, kenal tak siapa yang datang tu?” tanya Nyai (baca nya-yi = nenek) di suatu hari pada awal bulan Januari tahun ini sewaktu aku pulang menziarahi mereka. Kami tersenyum-senyum menunggu jawapan Yai yang semakin mudah lupa.

“Tahulah…anak si Aim(Rahim)!” jawabnya penuh yakin. Kami berderai ketawa. Moga saat berharga itu terus mekar di jiwaku biar dia tiada lagi di sisi kami.

IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

Saturday, February 14, 2009

Nak Beri Hati Ini Kepada Siapa?

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

-Dipetik dari iluvislam.com

Wednesday, February 4, 2009

Selamat Hari Tua!

“Selamat hari tua!”

Ucapan ni dah selalu kita dengar sebagai versi lucu dan gurauan dari ucapan “Selamat Hari Lahir” yang dah biasa kita dengar. Ada yang mengambilnya dengan senyum manis mengingatkan masih ada yang ingat ulang tahun tuanya setahun lagi. Tak kurang yang tarik muka masam, menambah lagi kerutan kat muka tu. Sekali lagi kita mendengar ucapan-ucapan yang sewaktu dengannya, terbatuk-batuk meniup lebih banyak lilin di atas kek yang semakin kecil, dan menghitung-hitung hadiah-hadiah dari orang tersayang.

Sambutan hari lahir walaupun kelihatannya sama di seluruh dunia, ternyata ada berbeza di sudut-sudut tertentu. Di Makassar (mungkin juga di Indonesia), bagi mereka mengerjakan yang menyambut hari lahir adalah kebiasaan. Disuruh mengerjakan yang berat-berat sendirian, ditinggalkan saat semua berpergian atau disiram campuran air, tepung dan telur adalah antara yang harus diterima setiap ‘birthday boy’ atau ‘birthday girl’. Tujuannya agar mereka terkesan dan ingat betul upacara meraikan hari ulang tahun mereka. Nak lupa pun tak dapat nak lupa. Ada juga budaya menagih belanja makan dari si ’birthday boy’ atau ’birthday girl’. Kalau macam ni, kena kumpul duit sepanjang tahun, baru boleh sambut hari jadi berikutnya. Memang ada sudut positifnya, namun semuanya membebankan bagi yang diraikan. Ia mungkin salah, tapi mempersoalkan apa yang telah sebati dalam diri mereka adalah seperti mempertikaikan pakaian mereka sehari-hari.


Persoalan lain pula muncul, apakah caraku benar? Saban tahun aku (sejujurnya) mengharapkan keluarga dan teman terdekat mengucapkan tiga kata azimat itu. Biarlah tidak ada hadiah atau kek bertulis namaku, sekadar ucapan dan sms tanda ingatan bagiku sudah cukup. Alhamdulillah, masih ramai yang ingat tahun ini. Terima kasih! Namun lafaz itu tak kunjung datang dari seorang teman baik. Aku kecewa tapi berbaik sangka, mungkin dia terlupa. Atau mungkin dia punya sebab-sebab tertentu dan aku mesti mengerti. Akhirnya dia memberikan jawapannya. Jawapan yang harus aku kongsikan bersama yang lain. Biasa tak bererti betul, selalu tak bermaksud perlu.


Cuba tanya diri kita, meraikan hari lahir itu untuk apa sebenarnya? Merasa bahagia sudah semakin tua? Senang hati berjaya melalui setahun lagi dalam hidup? Dan untuk apa diucapkan ”Selamat Hari Lahir” atau ”Selamat Hari Jadi” itu? Tahniah kerana telah lahir? Tahniah kerana umurmu semakin pendek? Saya tahu jawapan-jawapan yang saya beri tidak rasional. Mari kita cari jawapan logikal dari pertanyaan ini. Kita meraikan untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita untuk mencapai usia baru. Tapi rasa syukur itu tak terlihatkan dari kebanyakan ”birthday party” yang diadakan. Dan saya sedar, tak ada elemen syukur dari rasa harap untuk mendapat ucapan ”Happy Birthday” itu. Yang ada hanyalah rasa ego dan pentingkan diri yang mengundang rasa riak dan takabbur. Hadiah-hadiah yang datang membuat diri merasa istimewa, hilang langsung dari tujuan muhasabah diri dan mengingat Yang Maha Pencipta.

Astaghfirullah, 22 tahun saya hidup dalam kesesatan pemikiran itu. Saya menikmati dan langsung tak merasa bersalah setiap kali ulang tahunku diraikan. Apakah saya pernah merasa betul-betul bersyukur kepada Allah, lebih dari saya merasa bahagia menerima perhatian dari manusia? Astaghfirullahal’azim. Saya masih ingat tulisan dari kertas yang mengiringi hadiah hari lahir dari temanku Maimanah waktu hari lahirku ke-21:

”Tak ramai manusia yang sedar bahawa setiap kali datangnya ’tarikh’ itu, maka sedemikian hampirlah mereka kepada satu lagi ’ tarikh’ keramat yang sedang menanti. Tak ramai orang rasa takut dan risau setiap kali ’tarikh’ ini datang kembali. Tak ramai orang memandang ’tarikh’ ini sebagai kesempatan terakhir baginya...”


Amalan menyambut hari lahir ini sebenarnya telah lama kita kutip dari budaya barat. Pendapat para ulama’ tentang hal ini bervariasi, ada yang menyatakan meraikan hari lahir itu tak salah cuma perlu berpada agar tak lari dari tujuan sebenar, ada yang tak menggalakkan kerana ia seperti meniru budaya orang kafir. Bukti dalam Al-Quraan dan Sunnah menunjukkan bahawa menyambut hari lahir merupakan suatu bid’ah atau suatu pembaharuan dalam agama, yang tidak ada asas dalam syariah sebenar:

”Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.” [As-Syuura 42:21]

”Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sedikitpun dari siksaan Allah. Dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain, dan Allah adalah pelindung orang-orang yang bertakwa.” [Al-Jaasiyah 45:18-19]

”Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya).” [al-A’raaf 7:3]

Selain merupakan bid’ah dan tidak mempunyai asas syar’ie, sambutan hari lahir ini turut meniru orang Yahudi dan Nasrani dalam perkara yang sama. Rasulullah s.a.w pernah melarang kita dari mengikut cara dan budaya mereka: “Kamu akan mengikut cara mereka yang sebelum kamu dalam setiap langkah, sehinggakan bila mereka masuk ke dalam lubang cacing, kamu akan ikut masuk juga.” Mereka bertanya, ”Ya Rasulullah, (adakah anda maksudkan) orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, ”Siapa lagi?” (Riwayat al-Bukhaari and Muslim). Rasulullah s.a.w juga bersabda, “Barangsiapa meniru suatu kaum maka ia adalah salah seorang dari mereka.” ~Fatwa Islamiyyah, 1/115

Pada awalnya, pahit untuk saya menerima kebenaran ini tapi setelah difikir-fikir kembali, saya memandang ini bukanlah suatu halangan total untuk berkongsi kasih sayang dan tanda ingatan. Ini tak bermaksud kalau hari lahir ibu atau ayah jangan “wish”, malah ini adalah jalan untuk memberi lebih dari itu. Penghargaan, do’a dan hadiah boleh dan seharusnya diberikan bila-bila masa, tidak tertumpu kepada hari-hari tertentu sahaja. Kalau inilah yang kita amalkan, tidak akan ada lagi pertanyaan seperti, “Ni mimpi ape pulak peluk-peluk ummi ni?” atau “Eh, hari ni birthday kita ke?”.

A friend once said:
Detik, jam, hari, bulan, tahun berganti
Dan bumi pun terus berputar...
selama itu banyak manusia2 baru yang lahir ke dunia,
banyak pula yang pergi meninggalkan kita.
Yang paling beruntung di antara mereka adalah yang paling memanfaatkan waktu mereka yg terbatas di dunia ini dengan beramal dan bersyukur, berkongsi kebahagiaan serta kepedulian dengan sesama, tak henti berjuang demi keyakinan. Mereka kelak akan meninggalkan dunia tanpa penyesalan...
Always give your best, Cherish your day!

Rujukan: http://www.beautifulislam.net/halalharam/birthdays.htm
http://www.turntoislam.com/forum/showthread.php?t=2386
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-
Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503547996


P/S: Sekiranya ada rujukan yang diyakini bersumberkan dari sumber yang tidak sahih, silakan ditegur ye.

IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

Take The Treasures


This world is a field to work for the hereafter. Rasulullah (Sallallaahu Ãlayhi Wasallam)'s Ummah has been sent in this world for a very great object.
The example of this world is like a king who sends a few people into his treasure room saying that shortly he will send them out, so at that time whatever they will be possessing will be their property.
Inside the treasure room, on one side there are heaps of gold and silver, on another side are lying pearls and jewels, then at another place in the room, delicious food and soft beds are arranged.
Now some people think that the king may send them out any minute. They quickly gather the gold, silver, pearls and gems. They feel they will go out from there and organize the food and beds for themselves afterwards.
There is another group of people who think that they have just arrived. They feel, 'Let us enjoy the food, then lay down to rest. After that we will take from the treasures. There is ample time.' So they eat, sleep and pass their valuable time without taking from the treasures.
Suddenly the king sends everyone out. Now those who had collected the valuables can enjoy their lives eating and sleeping while those that wasted their time and did not accumulate anything will begin to regret.


~excerpts from http://www.beautifulislam.net/halalharam/birthdays.htm

Monday, January 19, 2009

WE WILL NOT GO DOWN!

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Tuesday, January 13, 2009

Krisis Gaza Kian Tegang


Ayat 82 Surah Al-Ma’idah : ”Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.”

27 Disember menyaksikan perang di Gaza bermula. Darah panas Israel yang membuak-buak tak tertahan lagi dengan terjahan roket dari tentera Hamas singgah di tanah mereka. Selama lebih satu dekad, perang yang turun naik kini memuncak dengan tindakan nekad Israel menyatakan perang mati-matian terhadap Palestin. Mereka menyusun beberapa fasa bermula dengan fasa pertama: Serangan Udara. Selama 6 hari, Israel melancarkan bom dan tembakan secara rawak dari udara menggunakan helikopter. Pada 3 Januari 2009, fasa kedua : Serangan Darat dilancarkan. Kereta-kereta kebal dan tentera Israel berbondong-bondong melangkah masuk ke tanah Gaza dan menanam peluru ke dada wanita dan kanak-kanak Palestin. Seperti yang dijangkakan, bukan hanya Hamas yang menjadi mangsa serangan Israel, tetapi rumah-rumah penduduk, ambulans, masjid malah universiti dijadikan sasaran peluru dan bom mereka. Pada 6 Januari, perang ini mengejutkan dunia apabila sebuah sekolah di bawah seliaan Badan Bersatu (United Nations) di Jabalya menjadi tempat berlabuh bom Israel. Akibatnya, 43 orang dengan sebahagian besar terdiri dari murid-murid sekolah tersebut meninggal dunia, 100 lagi cedera. Seluruh dunia mengecam tindakan Israel yang dianggap tidak berhati perut itu dan menggesanya menghentikan serangan terhadap orang awam. Israel memberikan alasan bahawa serangan itu ditujukan kepada dua orang tentera Hamas yang dikatakan didapati berada berdekatan sekolah tersebut.

Tidak sampai dua minggu, lebih 700 nyawa telah terkorban dan kurang 10 daripadanya adalah rakyat Israel. Perang masih berlanjut, walaupun pelbagai usaha untuk menghentikan atau sekurang-kurangnya mengurangkan kesengsaraan rakyatnya telah diusahakan oleh pihak-pihak ketiga. Sekatan bekalan makanan, ubat-ubatan dan segala keperluan asas melalui udara, laut dan darat menjadi strategi penting Israel dalam melemahkan lawan mereka. Dalam masa 5 hari sahaja, rakyat Palestin sudah merasai penderitaan yang dimaksudkan. Pada 7 Januari, Israel bersetuju menjalankan genjatan senjata selama 3 jam yang dinamakan ’Humanity Corridor’ sebagai tanda kemanusiaan terhadap rakyat Palestin supaya mereka dapat mendapatkan keperluan asas hidup dalam waktu singkat tersebut. Tak seideal namanya, ruang kemanusiaan kelihatan terlalu minimal untuk sekadar ’hidup’. Dari memandangnya sebagai mendapat 3 jam yang tenang, ia seperti mengambil 21 jam dari 24 jam. Bagaimana sebuah lori minyak boleh menyelesaikan perjalanan yang seharusnya mengambil masa 7 jam dalam hanya 3 jam? Ia seperti memberikan satu ’tupperware’ penuh udara, ia tidak akan cukup untuk anda bernafas. Atau seperti memberikan kad ATM untuk akaun bank yang tiada simpanannya, tampak pemurah, tapi tiada gunanya. ’Humanity Corridor’ ini hanya bertahan selama beberapa hari.

Tunjuk perasaan berlangsung di seluruh dunia dengan bermacam suara. Dari majoriti yang menentang peperangan dan kekejaman yang berlaku, banyak yang simpati dan menyeru penghentian serangan terhadap Palestin, tidak kurang yang menyokong tindakan terkutuk Israel. Pertubuhan Badan-badan Bersatu yang merasa bertanggungjawab menghentikan perang ini mengadakan banyak pertemuan dan rundingan dengan pihak Israel dan Hamas, namun tidak banyak yang mereka sumbangkan. Usaha perdamaian melalui orang tengah Perancis dan Mesir juga tidak berhasil malah perang menjadi semakin tegang. Kedua-dua pihak tidak menunjukkan sebarang tanda untuk mengurangkan tekanan terhadap pihak musuh.

Kini ia mencecah hari ke-17, 919 rakyat Palestin terkorban, 40% darinya terdiri dari wanita dan kanak-kanak. Lebih 4000 lagi cedera. Tenaga medik sudah tidak menang lagi tangan dengan jumlah ini, bekalan ubat-ubatan semakin berkurang, dan hospital-hospital tidak mampu lagi menampung pesakit yang mengalir tanpa henti. Lebih buruk, sebuah hospital utama di Gaza terpaksa ditutup akibat runtuh. Kekurangan bekalan air, elektrik dan makanan semakin menyiksa rakyat Gaza. Israel mengakui mereka semakin menghampiri matlamat mereka, namun tekanan Israel terhadap Gaza semakin Israel terus membedil rakyat Palestin dengan pengemboman Zeitoun melalui udara mengakibatkan 30 orang maut. Beberapa buah rumah penduduk hancur dengan penghuninya meninggal akibat hentaman bom, perdarahan yang tak berhenti dan ditimpa runtuhan bangunan. Hati hancur mendengarkan kisah seorang remaja lelaki 16 tahun yang menyaksikan sendiri ibu dan 4 orang adik-beradiknya tewas di depan matanya. Bedilan ketiga yang singgah di rumahnya menyebabkan adiknya berdarah banyak tak berhenti. Kemudian letupan seterusnya meledakkan ibu dan adik-adiknya yang lain. Dia menceritakan kisahnya tanpa dapat mampu menahan air mata. Dia cuma seorang dari ribuan lagi yang mengalami nasib yang sama. Israel apabila ditanyakan tentang serangan-serangan ini, mereka mengangkat bahu kelihatan keliru. Sekali lagi, mereka menegaskan yang mereka tidak tahu apa-apa berkait serangan terbabit. Sepertilah kita semua bodoh.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya berkata mereka akan tetap tegar melancarkan roket ke Selatan Israel walaupun Presiden Bush sempat menggesa mereka menghentikan pelancaran roket sebagai satu jalan penyelesaian dalam menghentikan peperangan ini.

Surah Al-Ma’idah, ayat 42: Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram[418]. Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan), maka putuskanlah (perkara itu) diantara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu berpaling dari mereka maka mereka tidak akan memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) diantara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.

Saya tak mengerti apa sebenarnya yang dirisaukan oleh pihak Israel kerana di atas kertas lagi, mereka sudah menang. Mereka menguasai ekonomi dunia, mereka memiliki teknologi ketenteraan yang paling canggih, mereka mempunyai pengaruh besar dalam PBB dan memiliki sekutu-sekutu besar seperti Amerika Syarikat dan British yang akan menyokong san melindungi tindakan mereka. Jelas, kehancuran umat Islam adalah matlamat mereka. Bukan Palestin, tapi umat Islam. Kita. Dan kita merasa simpati dan sayu melihat saudara-saudara kita di Gaza. Memang rasanya tidak sama seperti ibu kota negara kita sendiri yang diserang, di mana kita merasa tidak aman, kita merasa seperti rumah kita yang hancur, kita akan menentang pihak musuh bermati-matian. Semangat nasionalisme mengalahkan semangat persaudaraan sesama Muslim, doa kita untuk mereka tak sepanjang doa untuk diri kita sendiri, tangisan kita tidak sesendu tangisan ibu Palestin yang kehilangan anak kecilnya, hangatnya tahi ayam lebih menyengat dari panas marahnya kita.

Sekarang kita kisah, kita baca, lihat dan bercerita. Sekarang kita marah, kita boikot. Sekarang kita simpati, kita sumbang. Jangan hanya emosi yang mengetuk kita. Kita punya ilmu dan paling penting kita punya kebebasan untuk bertindak. Bangkitlah! Bersatulah! Istiqamahlah dalam pejuangan ini! Ini seruan Allah kepada kita untuk bangun dan lakukan sesuatu. Biar sedikit, tapi bermakna.

Lawati laman web www.aljazeere.net/english untuk maklumat terkini tentang krisis di Gaza atau untuk pelanggan Astro, tekan 513 untuk siaran Al-Jazeera.

IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com