Sekilas melihat kes Dato' Z yang bakal meletakkan jawatannya keluar dari PKR, ini seakan lakonan ulang suatu babak yang pernah kita lihat lebih sedekad lalu yang terjadi di antara Tun Dr. M dan Tan Sri AI. Cuma kali ini Tan Sri AI bertukar peranan, dari si 'pengkhianat' menjadi yang 'dikhianati'.
Kali ini juga lakonan Dato' Z tak berapa menjadi untuk menandingi 'kehangatan' babak terdahulu kerana kurang plot yang lebih mengancam. Kalau dulu AI dilucutkan jawatan, Datuk Z terpaksa melucutkan sendiri jawatannya kerana AI kurang responsif, tak seperti Dr.M. Kemudian Dato' Z mencuba lagi dengan menyuarakan segala keburukan atasannya (seperti mana AI menyemarakkan semangat menentang Dr. M), namun sekali lagi AI bukanlah Dr. M, dan dia berdiam diri tanpa membuat tuduhan-tuduhan berbaur seksual dan menjijikkan.
Boleh jadi ini bukan percubaan menandingi mana-mana babak, tapi sekadar kebetulan yang sudah menjadi ketetapan Tuhan untuk sama-sama kita renungkan. PKR tidak suci, dan Dato' Z tidak 100% salah. Adakah ia untuk menunjukkan kelemahan PKR? Ya mungkin, agar mereka membuka mata bahawa mereka bukanlah di kerusi yang selesa hanya dengan 5 negeri (4 sekarang) di bawah pemerintahan mereka. Ada yang perlu dikaji dan diperbaiki seandainya mereka betul-betul masih berpegang dengan visi keadilan mereka. Jangan sampai jadi "Parti Khianat Rakyat" sudah...
2 comments:
barangkali pkr sudah mula dicemari dgn penyertaan org2 yg berjuangan untk kepentingan diri..perjuangan bukan lagi untuk agama..perjuangan yg tdk berlandaskan al quran dan sunah tidak akan ke mana..wallahualam~~ apa2 pon,semoga kemenangan akan berpihak pd yg benar jua..
ini adalah risiko yang harus ditanggung PKR bila membuka keahlian tanpa tapisan sama sekali.
InsyaAllah perjuangan yang telus akan dibantu Allah.
thx mardhati sudi singgah :)
Post a Comment