Kita selalu mendambakan yang indah dan selesa. Senang dan gembira. Tapi hidup selalu menafikan harapan, kerana selalunya kita punya pengharapan yang tak seiring kenyataan. Kita tahu hidup itu ibarat roda, hidup penuh liku dan cabaran, tapi kenapa bila datang susah dan payah kita mengeluh dan merudum jatuh?
Orang yang berjaya bukanlah yang paling banyak cabaran dan kesusahannya, kalau begitu orang miskin, tukang buruh dan pesakit kroniklah yang harus berada di puncak. Tapi yang memanfaatkan kesusahan dan cabaran itulah orang yang benar-benar berjaya.
Di saat kesibukan yang mencengkam, melelahkan jasad yang sungkam, aku menemui manfaat kesusahan. Baru, baru inilah aku menyedari rahsia sang pejuang. Mereka bukan pelajar ilmu kebal, bukan juga peminum tongkat ali atau kacip fatimah, belum tentu juara maraton 20km, tapi merekalah yang mencari bahagia di celah kusut dan beban.
Rasulullah saw, idola semua idola (bukan idola cilik ye), merupakan orang yang paling hebat memanfaatkan segala ujian dan kesulitan hidup baginda. Baginda memang diizinkan Allah seorang yang ma'sum, tapi baginda mengaplikasikan konsep 'maintain and improve' berbanding 'inherit the goods'seperti kebanyakan manusia. Kenapa Rasulullah sangat sabar? Bukan kerana baginda diciptakan mempunyai sifat sabar yang luar biasa, tapi kerana baginda melatih dirinya dengan setiap cubaah yang diberikan. Ketika rumah baginda dilempari najis, baginda memilih untuk mendapatkan pahala kesabaran, sekaligus mengagumkan para musyrikin serta menarik hati mereka ke arah Islam.
Dan barulah aku rasakan kebenaran dari sabda Nabi, sesungguhnya solat itu adalah istirehat, bila kesibukan melanda, waktu yang sedikit itu aku dirikan solat dengan penuh ketenangan. 5 minit yang singkat itu terasa sungguh menyegarkan, otot-otot yang kelelahan terasa kembali cergas, minda yang kusut dan hati yang sungkam kini semangat. Rupanya inilah kebahagiaan sejati. Seandainya aku tak merasai keletihan mental dan batin ini, adakah aku akan merasakan ketenangan sejati itu?
Betapa Maha Pengasihnya Tuhanku, Dia sentiasa pastikan ada insan yang membimbing dan menyokongku bila saja aku merasa perlu. Kadang hati tidak kuat menahan sakitnya cemuhan dunia, kembalilah kepada yang tersayang kerana cinta mereka bukan tiruan. Aliran kasih Allah, seperti embun yang menitis di pipimu. Sangat berharga dan bermakna.
Kesulitan hidup itu lumrah. Jadi tempuhilah rimba dengan bakul di tangan, buat mengutip buah di perjalanan, jangan cuma digigit serangga dan ditimpa hujan, sampai sesat tanpa haluan.
Rimba tebal bakal disinggah, Ramadhan yang penuh berkah. Sediakan dirimu dengan kekuatan dan stamina, dan mari manfaatkan!
*Sedang melalui masa-masa penuh cabaran, tulisan ini sebagai peringatan buat diri yang sering lupa dan kelelahan. Terima kasih umi, abah, babal dan sume yang memberi kekuatan. And for u who reminds me that patience is a part of me. :)
-IMAN NAILAH 2010-
9 comments:
nice entry.aku pun tgh having a hard time jugak nih.tapi aku kurang kuat ar.entry yang bagus S.I.L (mesti kau tau ape perpanjangan dia) haha
Seems like everybody is having a hard time recently. Yakin jela Allah mesti menguji sesuai dgn kemampuan seseorg.
S.I.L? No idea at all..ape tu?
aku penah panggil ko dgn gelaran ni.dah ada idea?haha.mdh2an aku mampula.not strong enough.
Pnah ye? Lupelaa.. Ape ek?
S.I.L = Si Iman Lucu? Striver In Life? Shakespear in Love? Hehe
si iman lemah lol
sis in law haha bocor rasie ko pis...feels as if the world lights up being mentioned in this blog...:)
(^_^)
haha senyum lebar ko iman yerk.haha
i did nothing. semoga Allah's bless always upon us.tq jugak iman.sbb...sbb n for everything!
Post a Comment