Friday, April 23, 2010

Betapa Lemahnya Iman Ini


Susah hidup di zaman ini.

Banyak orang jahat,

sedikit orang baik,
hampir pupus orang beriman.


Bukan senang nak jaga iman di uzurnya alam. Yang batil dianggap normal, yang baik dianggap aneh. Yang menegakkan yang benar biasanya kalah. Yang menang adalah suara-suara ramai.
Demokrasi dan majoriti memegang cemeti.

Tak salah demokrasi, tak salah majoriti, selagi yang banyak itu benar. Tapi di akhirulzaman ini, kebanyakan manusia itu layaknya kanak-kanak belum mumaiz. Kalau belum masih boleh diselamatkan, tapi nampaknya seperti tidak pernah dan tidak akan.

Sejarah beberapa dekad menunjukkan betapa kita di penghujung jalan. Kita melalui titian rapuh tak berpegangan. Kita berjalan tanpa panduan, kita bergerak tanpa haluan, kita berpecah saling berlumba menuju arah yang tak jelas tujuan. Kita sesat.

Na'uzuibillah, semoga bukan kitalah 'kita' itu.

Sesungguhnya lemah jiwa ini berdiri di tengah dunia yang hampir hancur dengan makhluk-makhluk di dalamnya melata tanpa arah, penuh alpa dan dosa. Lelah melihat dosa, resah melayani rasa, hampa menyusuri arus manusia.

Aku takut disoroti lampu noda sampai silau pandangan dan akhirnya buta.
Lemah, ya aku lemah kerana aku insan biasa.

Aku meminta agar Allah mengurnia keteguhan yang tak terharga menghadapi arus dunia demi satu; SYURGA.

-IMAN NAILAH 2010-

5 comments:

Anonymous said...

knape fontnya byk sgt berubah2..ye, utk emphasis ..but, pening sket nk membacanya

emann said...

ooo... mungkin x sesuai. Eksperimental yang tak menjadi... :)

the dr said...

tu la iman ko yang nama iman pun bleh lemah ni kan plak aku yang xde perkataan iman kat nama aku lagila lemah giler.haha.tapi dunia dah nak kiamatla.tgk kat europe punya debuvolcano.jangan itu jadi petanda kiamat sudahla.

emann said...

takde kaitan ngan name kot. :)

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut karena perbuatan tangan manusia, sehingga mereka merasakan (akibat) dari sebagian perbuatan mereka yang Allah (timpakan) kpd mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar). Ar-Ruum:41

san said...

itu mmg petanda kiamat pun...tak perlu jgn dah