Assalamualaikum wbt~
Hello cyberworld! Online kembali (dengan komputer) setelah 4 minggu berhibernasi dari dunia internet.
Sejak 4 Januari 2010 saya stase Bahagian Bedah, mengerah segala tenaga, keringat dan darah (pesakit), harta dan wang rupiah demi menyelamatkan nyawa insan amanah Sang Pencipta.
Penat.
Sakit.
Sempat bengkak kedua belah kaki, sangat sakit bila berjalan. Sekarang masih ada rasa kebas-kebas di hujung ibu jari, tanda inflamasi(peradangan) belum benar-benar sembuh. Sabarlah kaki, inikan asam garam kerjaya penuh cabaran tapi mulia. Kejarlah pahalanya.
Belum reda sempurna bengkak di kaki, selsema dan batuk datang menjenguk. Nasib baik subdivision pertama di bedah anak atau pediatric surgery, salah satu subdivision yang paling relaks, walaupun masih ada tuntutan bangun tengah malam dan berlari ke sana ke mari. Lumrah belajar, mana pernah senang. Kuatkan semangat Iman!
Dugaan.
Bedah didominasi residen lelaki. Bahayanya kalau tak kuat iman boleh tergoda atau digoda. Jujur saja, kalau 24 jam 7 hari kerja dengan orang yang sama tak mustahil ada yang tersangkut. betulkan niat, jangan lupa doa banyak-banyak semoga perjalanan di bedah ini suci dari anasir dosa dan maksiat.
Ilmu.
Terlalu kaya dan sarat, tak tergendong dan terkumpulkan dalam waktu yang sedikit. Apa lagi kerja 'tahpape' berlambak-lambak, antara lain mengumpulkan data pesakit yang hampir 50 orang semuanya, dari hasil laboratorium, foto dan ubat-ubatan, semuanya mesti yang terkini. Sudah itu ditaip, diprint dan disebarkan untuk doktor-doktor tersayang. Apa yang kita dapatkan? Ada, tapi DAPATkanlah, jangan cuma buat kerja buta-buta, nak dapat gelaran RAJIN atau nak tunjuk tanda kepatuhan kononnya. Kuncinya: jangan malu BERTANYA.
Pesanan ini disampaikan dari lubuk hati yang masih waras mengingatkan jasad yang kelelahan, TETAP SEMANGAT!!!
-IMAN NAILAH 2010-
10 comments:
Salam perjuangan...
sudah lama tak singgah menjenguk senior seperguruan...
sama posting dengan kak halaa ek?
teruskan perjuangan anda...:)
Ganbatte kak Iman~!
Kuatkan semangat, insyaAllah izzah selalu doakan kak Iman kat sane, doakan Izzah di sini juga...
Love u...miss u...(^_^)
masih sempat mengungkapkan kata2 di dalam blognya biarpun betapa banyak tugasan yag perlu diselesaikan..semoga tabah menjadi pejuang agamaNya...
salam..
dear,mmg itulah lumrah sepanjang jadi coas kat Bedah..mmg sangat capek ngan all those things yg non sense..mungkin dari satu segi nampak sgt kt ni dikerahkan mcm hamba..sampai bengkak2 kaki,sakit,demam..ilmu yg dapat tak sebanding ngan ape yg kita buat..but,at other side..kita blaja utk jadi lebih sabar,sabar n sabar..blaja utk mandiri n blaja utk tolerate ngan sahabat2..ape yg penting,walaupun semuanya nampak negatif..kita kena gali n cari jugak positif side..
alakullihal,i enjoy my time kat bedah..wlpn macam-macam 'cerita'n 'cubaan'(u know what i mean )..one more thing,jgn sia2 masa kat bedah nih..grap something..at least nnt u wont regret..
salam sayang dr akak,
HO yang masih menganggur
luv u my dear
Adat menuntut ilmu, apalagi ilmu bedah.
i dah rindu bedah :(
doc. S, heehee.
btul btul btul.
kuatkanlah IMAN supaya tdak tersangkut kerana mereka semua juga sudah mempunyai istri dan keluarga :p
haha.
Dokter2 bedah kebanyakan BEST! ok. bye.
eh. good luck iman ;)
Cekalkan hati dalam perjuangan. Anak umi pastinya bagaikan Syaidatina Fatimah puteri Rasulullah yang sentiasa tenang, sabar, tabah dan bertambah imannya dengan setiap ujian dan mehnah yang dihadapi. DOA UMI BUATMU YANG SENTIASA DI HATI. love u forever.
Teruskan berkarya. Curahkan idea dan rasa untuk mengasah minda dan mendidik emosi agar tidak statik dengan perkara yang rutin dan biasa-biasa. Jadilah orang yang luar biasa untuk mencapai sesuatu yang luar biasa juga. Love to read your articles. Maybe I should find more time to write macam dulu-dulu.
LOVE U - umi
Assalamualaikum dari Bumi Tanta,
Apapun, semoga diberkati Allah dengan usaha anda.
salah ukhuwwah.
Post a Comment