Berita 1:
KUALA TERENGGANU: Seorang penduduk Kampung Banggol, Setiu dekat sini, terkejut menemui kepala bayi yang sudah berulat ketika mahu membuang sampah dalam sebuah tong berhampiran rumahnya, awal pagi semalam.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata lelaki itu terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu selepas menemui kepala bayi berkenaan.
Beliau berkata, kepala bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Setiu untuk pemeriksaan forensik.
“Berdasarkan keadaan kepala bayi yang sudah berulat, bayi itu dipercayai sudah mati lebih seminggu," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Berikutan penemuan itu, polis menahan suri rumah berusia 41 tahun di sini, jam 3.30 pagi semalam, kerana disyaki melahirkan bayi berkenaan dan membuangnya.
Berita 2:
SELAYANG: "Abang merayu meminta kami tolong carikan tangan kirinya ditetak hingga putus. Saya tidak dapat membantunya kerana terlalu takut dan menangis apabila melihat darah keluar dari tangannya yang cedera itu terlalu banyak seperti air paip," kata S Vinisha, 16.
Vinisha adalah adik kepada Tinish Raj Moses, 17, iaitu pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16, Rawang, yang putus pergelangan tangan kiri akibat ditetak sekumpulan 30 samseng yang menyerang mangsa ketika menghadiri majlis ulang tahun rakan mereka di Taman Masalam, dekat Rawang, malam Sabtu lalu.
Berita 3:
KUANTAN: Lelaki warga emas berusia 61 tahun yang disyaki merogol seorang murid perempuan Tahun Lima beberapa kali sejak setahun lalu dengan memberinya upah RM5 hingga RM10, ditahan di sini, petang kelmarin.
Lebih malang lagi, kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun turut mendakwa dirogol seorang lelaki dikenalinya sebelum menerima upah antara harga RM5 hingga RM10 dan mendakwa wang berkenaan diambil ibu tirinya.
Ibu tiri mangsa, Noraini Yusoff, 40, sudah dipenjara 20 bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan mendera mangsa ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 28 Oktober lalu.
Semua berita ini saya dapatkan dalam satu surat khabar dalam satu hari sahaja. Tak perlu banyak mencari.
Kekerasan terjadi di mana-mana, setiap masa, kepada sesiapa saja.
Kita berdoa orang itu bukan kita atau orang terdekat dengan kita, tapi hakikatnya ada orang yang sedang menderita di luar sana. Berdoalah tidak ada sesiapa menjadi mangsa kekerasan dan tak berperikemanusiaan kerana efeknya besar. Seperti butterfly effect, ia akan semakin menyebar dengan berlalunya waktu. Seorang anak yang didera akan mengalami trauma mental yang parah sehingga akhirnya ada saja seseorang di sekeliling mereka menjadi mangsa tekanan yang disimpan sekian lama.
Saya pernah menonton rancangan “Caught on Camera” di saluran AXN Astro yang memaparkan rakaman CCTV di sebuah kedai 24 jam, aksi seorang laki-laki kulit hitam melakukan kekerasan terhadap seorang kanak-kanak berusia belum mencapai 2 tahun. Dari penjelasan video tersebut, lelaki bertubuh tegap berkenaan adalah penjaga dari anak kecil itu dan masuk ke kedai tersebut untuk membeli minuman. Sedang anak itu berjalan di depannya, dia menendangnya jatuh, kemudian dengan polos, anak itu bangun kembali. Sedang si kecil mendekati peti berisi minuman, lelaki itu membuka pintu peti tersebut yang menghentak kepala dan tubuh si kecil sehingga jatuh ke belakang. Si lelaki menjadi semakin rakus, dia mengangkat kanak-kanak itu, membuka seluarnya dan memukul punggungnya berkali-kali. Dari penerangan pengacara rancangan, kanak-kanak itu menangis tetapi lelaki itu tetap saja memukulnya. Setelah puas, lelaki itu terus berlalu pergi keluar dari kedai tersebut. Kanak-kanak yang malang itu terus mengekori lelaki itu sambil menangis. Rupa-rupanya kanak-kanak itu adalah anak kepada teman wanita kepada lelaki biadab tersebut. Hasil dari rakaman ini, lelaki itu dihukum penjara lima tahun atas kesalahan mendera. Lelaki itu mengaku bahawa dia juga merupakan mangsa dera sewaktu masih kecil.
Masih ingat lagu ini?
Terlalu IstimewaLagu : Azlan Abu Hassan
Lirik : Adibah Noor
Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa
Oh...
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan janganlah wanita-wanita mengolok-olok wanita lain boleh jadi wanita (yang diolok-olok) lebih baik daripada wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan julukan yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak taubat maka mereka itulah orang yang zalim”. (Al-Furqan 49:11).
Ditujukan buat semua mangsa kekerasan dan si keras hati di luar sana. Semoga ada bibit keinsafan InsyaAllah.
IMAN NAILAH 2009
No comments:
Post a Comment