Saturday, April 11, 2009

Joget Pemilu


Dua minggu yang lalu, aku sempat terbeliak melihat sebuah iklan di saluran terkemuka TV Indonesia. Bukan tak biasa disaji dengan dangdut dan joget di kaca TV, cuma jadi luar biasa bila menyedari yang mempromosi itu bukanlah syarikat-syarikat telekomunikasi atau sabun cuci, tapi sebuah promosi parti. “Marilah mengundi parti kami!”. Rupanya agenda politik yang cuba disampaikan di sebalik gadis montok yang menyanyi dan berjoget di tengah ramai. Alangkah ruginya si pembuat iklan, sudahlah lagunya aneh dan murahan, tak ada pula kata ‘undi’ atau ‘parti’ sampai kami pun sempat terpinga-pinga sepanjang lima detik iklan berjalan, tertanya-tanya, “Iklan apelah pulak ni…?”.


Lebih tiga tahun di Makassar, baru kali ini aku betul-betul mentertawakan bangsa ini. Apa memang baru sekarang mereka menjadi sangat lucu?


Maaf, terlalu kasar agaknya bila menggunakan kata ‘ketawa’.

Bukan tak simpati, malah empati. Empati melihat anak-anak jalanan yang tak pasti masa depannya, si tukang beca yang berpanas dan lenjun demi sesuap rezeki, dan si penderita kanker yang tak punya wang untuk membeli ubat pelancar buang air.

Ahh, terlalu sedih mengenangkan mereka tapi tak mampu berbuat apa-apa.


Cuma mengetawakan segelintir manusia yang terlalu larut dengan keinginan sampai buta dengan keperluan dan kebenaran.


Liputan berita menayangkan sekitar kempen yang berlangsung di seluruh Indonesia. Masih itu-itu juga. Kalau tak dijaja dengan perempuan berkemban bergoyang sakan, lagu-lagu cintan dari band-band ternama jadi bahan tarikan. Tak jauh beza pun dengan konsert di kampus-kampus, cuma kali ni ada pemimpin dan calon-calon parti ikut berjoget di atas pentas. Sambil joget sambil baling duit. Terlompat-lompatlah pengikut setia mereka di bawah berebut wang. Mereka yang kelihatan sangat riang dan bangga menyarung baju sedondon warna parti, menari terhinjut-hinjut mengikut rentak lagu dangdut. Bila selesai perhimpunan, si anak muda yang semangat mengibar bendera parti ditanya apa manifesto para calon, dia hanya tersengih seperti kerang busuk.


Beberapa hari sebelum pilihanraya Indonesia berlangsung, hati ini resah.

Resah dengan nasib anak-anak muda yang terus lemas dalam hiburan. Resah dengan masa depan negara yang majoriti rakyatnya muslim.


Normal kan, bila kita tertanya-tanya siapa yang bakal memegang pemerintahan di negara tempat kita mencari ilmu?

Normal kan bila kita peduli dengan nasib orang-orang seagama kita?

Yang tidak normal bila rasa peduli hilang untuk agama dan negara sendiri.


Kadang pelik dengan orang yang tak kisah dengan politik.


Takpe kalau ada alasan yang kuat.

Takpe lagi kalau tak faham. (It’s not the first priority. I get it.)

Takpe juga kalau tak sempat. (Mungkin sibuk urus suami dan anak-anak 12 orang).


Tapi ada yang nampak dan rasa sengsara, tapi malas dan berputus asa. Sedihnya bila ada sesetengah orang boleh ber’shopping’ di Bandung di hari pilihanraya, bila ditanya kenapa tak pergi mengundi, jawabnya: ”Tak dapat surat undangan mengundi”. Hmm...


Tahun ini 44 parti disorongkan kepada rakyat. Pilihlah!


Penuhlah jalan raya dengan poster-poster pilihanraya. Ada 44 parti, satu parti ada sampai 10 orang calon. Hasilnya dari 1001 wajah dengan beragam gaya dan janji, rakyat jadi pusing nak pilih yang mana. Susah-susah sangat, kita bercuti ke Bandung jelah!


P/S: Sebenarnya nak post entry ni a few days before pemilu, tapi takpelah...just to make a point, even at the wrong time.


IMAN NAILAH 2009

noradrenaline2001@yahoo.com

7 comments:

lol said...

emotional..penuh dgn amarah

11 said...

old habits die hard kot sesuai untuk tren pilihanraya kat indonesia tu...dah sejak zaman berzaman disogokkan dengan budaya cam tu.boleh dikatakan golongan berpendidikan derang dah mendukung islam dan kebenaran.tapi, nak banding ngan tanah air tercinta malaysia, selalu rakyat disogokkan dengan penipuan lewat media massa.itu dulu, skang dah ada malaysiakini, harakahdaily, paling pon chedet.cc...tu pun masih x mampu menilai dan mengamati dunia politik.malaysia oh malaysia...antara buta mata dan buta hati.

the dr said...

malaysia dengan masalahnye dan indonesia dgn masalahnya.biarlah mereka dengan pilihan mereka yang salah dan merugikan mereka biarlah aku dengan pilihanku yang ulung diantara pilihan2 yang ada didunia ini, Berbasis ISLAM, selain itu.....
omong kosong semua.......

emann said...

to lol: emm, sepanjang saya menulis artikel ni, tak terlintas pun perasaan marah. yang ada cuma rasa sedih dan sinis. mungkin sinis yang anda maksudkan... tujuannya tak lain sebagai provokasi.

to 11: mungkin...saya pun baru kali ini memperhatikan gaya pilihanraya di sini. sbb tu terkejut kot. mungkin kalau org tgk gaya pilihanraya di malaysia ada juga yg terkejut, padahal kite rasa biasa je. agaknya kalau org indonesia baca ni, apa pandangan mereka ya? (curious...)

to the dr: Betul, yang penting pilihan kita betul dan kita terus perjuangkan matlamat kita. Cuma atas rasa prihatin, aku suarakan apa yang aku rasa tak sepatutnya terjadi...semua bebas berkomentar kalau ada yg tak setuju atau nak tambah...

kawtsar said...

assalamualaikum..

emann,artikel yg penuh ngan curhat yg seakan dah lame dipendam..2 skenario berbeza antara Malaysia n Indonesia..sangat berbeza sebenarnya..trend dan budaya hindunisme yg di"hidup"kan, di"subur"kan dan di"bajai" dengan baik di negara merah putih ni seakan dah sebati ngan jiwa penduduknya..krn itu golongan atas pun terpaksa mencelup budaya dan trend ni dalam kampen partai mereka..tujuannya hanya satu,nak tarik ramai (walaupun byk yg dtg hanya utk berhibur) sehingga politik negara ini seakan dicemari dengan unsur-unsur yang tak enak dipandang mata..

di negara tercinta,lain ceritanya..rakyat disogokan dengan media yang sangat2 tak adil!!seakan rakyat ni buta dan tak pandai menilai..hak kebebasan media mmg disekat sama sekali..skenario sebegini yang mencacatkan pentas pilitik negara..

2 warna politik "demokrasi" yang berbeza tetapi satu tujuan!!!

to be in the safe way..back to basic!!!Islam dah ajarkan cara berpolitik yang baik dan benar,so kenapa cari yang lain???Panduannya ada di seerah nabawiyah dan sahabiyah..Bersama Islam pasti menang!!insyaAllah

ps:dear,pjg sgt lah pulak ek??hihihi

Dr Amad said...

Indonesia...oh indonesia. Disatu sisi melihat seakan ketidakberdayaan bangsa ini bangkit,pabila bersahabat dengan aktivis dakwah,cukup optimis mengatakan

Harapan Itu Masih Ada

emann said...

to kawtsar: setuju sangat dengan akak. apepun back to basic. enrahla akak...sy rasa sy mcm ada tanggungjawab utk bantu bangsa ni walaupun bukan tanah tumpah darah saya. mmg sepatutnya kena ada perasaan macam tu kan, sbb kita saudara seagama, serumpun pula tu. mungkin bersuara lantang bukanlah kemampuan saya, cukuplah kalimat yg membuka minda.

to Dr Amad: Itulah yg kita takutkan. rasa putus asa dan tidak peduli lagi. InsyaAllah, tidak ada yg mustahil. kitalah yg mengubah nasib kita sendiri...
wallahu'alam.