Sunday, January 4, 2009

TV dan Saya



Nak tau tak? Saya peminat filem dan drama no.1! Walaupun saya seorang exco IPEM (Ikatan Penulis Mahasiswa Malaysia di Indonesia) tapi saya lebih banyak menonton dari menulis. Tentulah lebih banyak juga dari membaca. Pokoknya saya lebih suka lihat benda bergerak dari yang statik. Saya lebih suka benda yang bergerak dari mata saya yang kena gerak kiri ke kanan. Tak tahulah kenapa, tapi memang diciptakan dari azali oleh Allah yang Maha Kuasa, segar je kalau tengok TV, dan sekejap je boleh terlelap kalau tengok beribu-ribu huruf yang disusun berbaris-baris. Agaknya kena buat Ikatan Penonton pulak ni.

Saya menonton bila-bila ada masa lapang. Macam hobilah. Tapi tak boleh sebut hobi jugak sebab kadang-kadang takde masa pun saya adakan jugak sebab terlalu senangnya menonton. Saya pun tak ingat sejak bila saya mula menonton, tapi sejak saya boleh ingat, saya dah menonton. Tanpa sedar, saya dah jadikan TV sebagai kawan baik saya. Cakaplah cerita apa, kebanyakan saya dah pernah tengok walaupun jarang-jarang beli videotape (kalo sekarang CD), apalagi ke panggung wayang. Orang pun aneh, cakap je cerita apa, semua saya tau. Bila tanya tengok kat mane, saya cakap kat TV lah! Seperti makanan, filem atau drama ni pun saya tak memilih. Bagilah apa jenis bahasa dan genre, saya tengok je. Mungkin sebab tulah saya terer jugak bahasa cina, korea, hindustan and of course English! Hehe

Saya tak sedar sejauh mana ‘kawan baik’ saya ni dah mempengaruhi hidup saya selama ni. Saya masih attach dengan dia dan walaupun pernah berjauhan seketika (di asrama atau di universiti) lepas tu senang-senang je kami jadi ‘dekat’ semula. Hebat betul TV ni kan? Saya rasa bukan saya sorang je yang ada TV sebagai kawan rapat, mungkin berjuta-juta orang di dunia. Mungkin awak juga.

Tiba-tiba hari ni saya mempersoalkan semula, apa ‘kawan rapat’ saya dah bagi kat saya? Adakah apa yang ‘kawan baik’ saya bagi tu baik?
Jadi saya pun mula ’melihat’ apa yang ‘dia’ paparkan hari ni.

Hiburan.

Mak dan ayah saya selalu membebel, TV ni kotak bodoh, tak habis-habis benda yang sama, nyanyi sana-sini, tayang benda tak senonoh dan macam-macam lagi. Saya pun mengiyakan dalam hati, tapi tak taulah kenapa tak pernah berganjak dari kaca TV. Paling-paling pun ganti siaran. Mereka pun tak pernah buang TV tu. Malahan beli yang lagi besar dan besar. Supaya lebih jelas, terang dan nyata. Kenapa yer?

Sebenarnya TV ni takdelah 100 peratus teruk dan tak berfaedah. Kalau takde TV camne nak tau ade tsunami kat Acheh, Obama jadi presiden kulit hitam pertama dan US, dan Israel bom lagi kubu Hamas di Palestin? Ok, memang ada surat khabar dan radio, tapi tak terkesan laaa... Aiman pun jadi tak kisah... 


Satu lagi yang terkesan, time saya darjah 2-3 dulu, ade satu channel: TV2, memang khas channel pendidikan dari pagi sampai petang. Nak kata best takdela best pun. Bosan pun ada. Skema la paling tepat. Tapi sebab sikit sangat pilihan saluran yang ada time tu, terpaksalah tengok jugak. Yelah, kate kawan baik, best tak best mesti kena bersama, tak gitu? Channel ni ajar sume la, dari Bahasa Melayu sampai Kemahiran Hidup. Fuuh, macam buku teks ditukar jadi movie laa...boleh bayang?(rasenye korang pun mesti dah penah tengok, jadi tak perlu bayang-membayang ni). Dalam bosan-bosan tu, adalah yang best jugak macam satu slot Bahasa Inggeris, pasal sorang mat saleh, berangan jadi spy. Ada juga slot Kemahiran Hidup ajar pasal kemahiran di dapur. Die tunjukkan sorang anak perempuan tengah bantu emaknya memasak di dapur. Masak ape? Masak nasi. Sebelum masak buat ape? Cuci beras. Ingat lagi mak die pesan jangan cuci banyak kali sangat, nanti hilang zat karbohidrat dia. Tu jelah yang teringat dan terkesannya. Maybe daya ingatan pun tak berapa kuat.

Berapa tahun lepas tu, TV pendidikan tu dimansuhkan. Lama-lama saluran tu bermutasi jadi yang sekarang ni: TV hiburan. Korang pun boleh tengok sendiri kan. Tak faham jugak apa objektif dan matlamat kerajaan dengan saluran TV yang dipegang oleh mereka ni. RTM (Radio Televisyen Malaysia) yang dimaklumi dengan gaya skema dan old-fashion ni mula terikut-ikut gaya saluran TV swasta yang memang dah established dengan pembawakan yang fresh and moden. Akhirnya matlamat dan identiti hilang. Akhirnya semuanya mencanang dan mengagungkan hiburan. Saya agak bahagia dengan kehadiran saluran baru dari syarikat Media Prima, TV9. Walaupun kadang-kadang agak sekuler, tapi itu adalah percubaan terbaik (setakat ini) untuk sebuah saluran umum di Malaysia untuk menyampaikan bahan-bahan berfaedah kepada masyarakat. Kalau yang berbayar, banyak je lagi yang lebih fokus dan berfaedah, contohnya Discovery Channel dan Astro Oasis. Ada juga satu saluran yang pernah saya tonton waktu di Madinah, kalau tak silap nama salurannya Peace Channel, cukup indah dan damai dengan tayangan ceramah dan diskusi Islam. Hiburannya bercorak lagu-lagu pujian kepada Allah. Rasa nikmat sangat waktu di sana. Subhanallah...!

Semenjak bermastautin di Indonesia, TV agak jauh dari kehidupan seharian saya. Pertama sebab memang takde TV kat bilik. Yang kedua sebab dah ada laptop yang lebih dari cukup menggantikan peranan TV. Dan yang ketiga sebab bile try tengok, rase meluat dan menyampah. Menjengkelkan kalau bahasa Indonesia. Kenapa? Sebab akhirnya saya sedar ada lagi negara lain yang lebih mengagungkan hiburan daripada tanah air saya. Maafkan saya Indonesia, tapi anda sendiri mengakui fakta ni kan? Buktinya, pagi-pagi, instead of airing programs like Malaysia Hari Ini atau Selamat Pagi Malaysia, dia buat program yang jemput artis dan band2 terkenal, buat request lagu, bincangkan gosip dan tangga lagu. Setiap hari akan ada program informasi gosip dan selebriti, hampir setiap jam. Mungkin sebab Indonesia ni sangat banyak orang, jadi dia boleh buat rancangan gosip setiap hari, dan setiap satu program dengan durasi satu jam boleh korek sedalam-dalamnya hanya pasal satu isu gosip. Bayangkan tentang satu selebriti potong rambut baru saja pun dia boleh buat cerita! Kalau sinetron dan drama-drama tak payah cakaplah, segala jenis benda mengarut keluar. Ular gergasi, naga, katak ajaib, pari-pari, macam-macam ada mengalahkan Astro. Sinetron cinta yang klise berlambak-lambak sampai nak termuntah rasenye menonton. Ceritanya mesti bertajukkan nama heroinnya yang sangat baik hati dan naif, selalu ditindas, miskin, takde parent atau anak tiri, banyak orang yang nak kat dia, ramai juga yang jeles dan dengki, akhirnya dia end-up dengan lelaki kacak yang kaya dan bertemu dengan orang tuanya yang sebenar yang juga orang kaya. Caaapek deh!

Jadi TV secara tak langsung adalah media penyebar doktrin hedonisme (mengagungkan hiburan) dan hidup serba hedonisme ni dah terlalu lama kita anut tanpa kita sedari. Sekarang dah sedar, cuba nak lari? Susah. Saya jamin memang susah. Sebab tu Allah bagi kemudahan kat kita umat Nabi Muhammad untuk dapatkan pahala. Sebab senang sangat nak dapat dosa. Tepat sangatlah Allah tu Maha Adil dan Maha Tahu. So bila dah tahu ni nak buat apa? Buat masa sekarang kita boleh:

1. Make the right choice:

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.”
- Al-Ahzab : 36

2. Know the limit:

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas.” Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
- Huud : 112

3. Ask for His guidance:

“Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
- ‘Ali-Imran : 147

4. Find other alternatives

Come on…there’s no excuses in this. You know you have many other things you can do other than sitting in front of that television!

TV dan kawan-kawannya seperti radio, telefon bimbit, komputer, internet dan banyak lagi betul-betul menguasai dunia kita.

Jangan biarkan ia menguasai kita.
Kuasai mereka.

Sebab tu saya cadangkan, mereka yang berbakat dalam bidang multimedia, gunakan bakat anda untuk memanipulasi media-media ini. Betul tak? “Betul betul betul!” kata Upin dan Ipin yang merupakan satu contoh terbaik proses penguasaan media ni. Sekarang, cara dakwah dah sangat versatile, so kalau kreatif buat movie, buat movie bermanfaat dan bermesej baik. Kalau terer bercakap, jadi DJ yang pandai menarik minat orang mendengar. Simple and applicable.

Pernah tengok tak iklan terbaru kementerian kesihatan yang promosikan gaya hidup sihat? Iklan dia ada lukisan kartun yang sangat biasa, ada callouts ”Saya tak merokok”, “Saya tak minum arak”,“Saya makan makanan seimbang” dan sebagainya kat tepi kartun tu. Bawah sekali tulis “Tirulah cara hidup saya!”. Memanglah simple and applicable, tapi jujurnya – tak menarik langsung! Tolonglah, janganlah bazirkan duit rakyat yang banyak pada iklan lima saat yang tak berkesan langsung. Jadi saya menyeru kepada yang kreatif, salurkanlah bakat anda pada tempat yang ketandusan idea tapi ada mesej yang baik. Ingatlah, ilmu dan bakat tu Allah yang bagi, kat mane kita salurkan akan dipersoalkan balik.

Baru-baru ni berlangsung Minggu Penghayatan Islam untuk komuniti mahasiswa Malaysia di Makassar anjuran persatuan berwajib di situ. Walaupun tak terlibat secara langsung dan takde pun kat situ waktu ia berjalan, dari apa yang saya dengar, minggu tu memang best dan mengesankan. Banyak program dijalankan dengan matlamat memupuk penghayatan Islam dalam diri ahli komuniti. Banyak pertandingan dianjurkan dan lebih menjurus ke arah seni Islam. Kemuncak die, Malam Kesenian Islam berjaya menarik minat majoriti mahasiswa Islam Malaysia di Makassar. (Untuk maklumat terperinci lawati www.pkpmimakassar.blogspot.com). Jelas Islam ni penuh seni dan seni Islam tu sangat indah. Kesenian Islam diterima dengan baik di situ, kenapa di pentas yang lebih besar, tidak?

Saya mengimpikan ’teman baik’ yang jauh lebih baik dari sekarang. Kalau ade peluang “Golden and Hedges – Realize Your Dream”, tulah yang saya minta. Tapi tak semudah tu. Kita semua mesti berjuang untuk itu bermula sekarang. Itupun angan-angan korang jugak kan? Saya impikan ’teman baik’ ni bukan untuk saya, tapi untuk anak-anak dan generasi seterusnya. Saya tak sanggup berikan mereka ’kawan baik’ macam apa yang saya dapat sejak dulu.



IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

8 comments:

Anonymous said...

haha... looks like ur best friend is different than mine... ermm... tak ingat langsung siaran2 yg iman highlight time kecik2 tu. gold and hedges mcm penah dgr, tp x ingat sangat... tak penah tgk kot...

neway, congrats iman, sbb dpt juara penulisan puisi MPI. terkejut ktorg waktu tau iman yg menang. hehe...

Anonymous said...

to kak halaa: sangat! hihi cuba la akak cite pasal buku2, mesti byk yg sy tak tau...huhu but now i'm trying to make them my best fren instead of tv...semangat!
e eh...judge pun terkejut? maksudnye ape tu...tiiit...hihi takdela gurau jer...alhamdulillah,menambah motivasi utk lebih byk menulis dan menghasilkan karya yg berkualiti...insyaAllah!

Anonymous said...

Just watch out for the misleading propaganda and "second hand" reality spread through TV... Really Contagious!

asan said...

tahniah2

Anonymous said...

BTP dah ade balik lah

Anonymous said...

to anonymous: yer? kat ne?

Anonymous said...

assalamualaikum...perihal siaran indonesia, walaupun masih mengagungkan hedonisme tapi dah ada penghijrahan ke arah nuansa islami dengan sinetron dan film2 kan?bandingkan pulak dgn malaysia yang semakin banyak reality show dan drama plak makin hari makin singkat dan ketat...mungkin sesuatu untuk kita renungkan bersama, bukan menyanggah sekedar melihat dari sisi berbeza...peace n out!

Anonymous said...

to 11: betul tu, mmg makin teruk tayangan kat channel2 msia. Kalau Indonesian TV, mmg ada juga yg bagus, mcm cerita tazkirah pg2"curhat dong!" tu, mungkin xbrape mengikuti TV indonesia, so agak biased komen sy tu. apapun, kita ambil ape yg baik dan tolak apa yg buruk. thx 11 cz share pandangan, kdg2 kita terlepas pandang certain thing yg kecil sbb dikaburi gambaran besar yg digembar-gemburkan. :)