Thursday, July 23, 2009

My Latest Remedy

Assalamualaikum everybody!


Lame tak post something...I'm sorry, I do wrote a few articles, poems and some extraordinary experiences remarks, but I haven't manage to finish them yet. (~.~)

I see now I have higher expectation towards myself as a writer, at least much more than I was in the last few months. There are a lot more requirements I demand from my writings to be published as a post in my blog. I am my own editor. Well, that's how a writer usually works when it didn't involve money in the process.

Actually I want to share a nice radio channel I found out from my roomate, Kak Kawtsar which is called Radio Nasyid. Click here to listen to it.

Untuk yang tinggal kat Malaysia, korang mesti tengah gelakkan aku kan. Sangatlah ketinggalan zaman. Well, better late than never. It's best now, but just better later.

Ape yang aku suka kat radio ni adalah:

1. Seperti IKIM.fm, it contains nasyid only! Takde lagu-lagu lagha yang melalaikan and the nasyids range from the most classic until the latest one!

2. Takde bicara-bicara DJ, takde omelan-omelan yang tak perlu (no offence to all the DJs out there!). Di sela-sela lagu nasyid diisi dengan ceramah, tazkirah, mutiara kata dan sajak2 kerohanian!

3. It's 24 hours! Suitable for students who cannot or forced not to sleep! Good news for Makassarian yang radio die sume tido kul 12/1am! At last we have a fren to accompany our lonely and long nite... \(^_^)/

4. It's made in Malaysia! Oh, you don't know how pleasant it is to listen to something 'close' to your ear and heart! It's a very effective remedy for a homesick people like me!

Ok then, take a listen to it while I finish my Dermatology assignmentSSSSS! ~then I'll continue on my unfinished blog posts, okay?
See you later my friends!

IMAN NAILAH 2009

Thursday, July 9, 2009

Erti Syukur


Ada yang menumbuk dari dalam dada kiriku. Aku melihat jam. Sudah lebih lima minit dan dari tadi hitungannya tidak kurang dari 120 kali seminit. Tiap nafas yang kuhirup terasa berat dan pekat. Aku tak merasa lemah. Aku merasa takut. Adakah ini denyut jantungku terakhir? Cepatnya tak ku cuaikan. Ia masih tekun mencari udara. Mindaku yang harus tegar dan istighfar. Bukan layu dan kaku. Keliru menjengah saat doa dan pinta mendayu, - berhenti? Atau jangan berhenti, sampai mati?

Udara yang ku hirup masih segar dan menghidupkan. Indah dunia pun tidak pudar, tetap saja mengulit hati yang kelabu, dan sinar mentari setia memancar senyum, kenapa kini semua tampak begitu berharga dari setengah jam yang lalu?

Erti syukur. Tak ramai yang mengerti. Perlu jadi sekarat untuk mengerti. Perlu muflis untuk mengerti. Perlu kematian untuk mengerti. Mahalnya harga sebuah syukur.


IMAN NAILAH 2009

Friday, June 26, 2009

Kalian Bertengkar, Mereka Tepuk Tangan

Orang Luar : Hahaha...

Orang-orang : Kenapa?

Orang Luar : Tak sangka ada orang bodoh macam diorang ni!

Orang-orang : Suke sebab orang lain bodoh?

Orang Luar : When people around you look stupid, you’ll look brilliant.

Orang-orang : Siapa diorang?

Orang Luar : Adik-beradik dua orang tu laa…

Merekalah si kakak; Indonesia dan si adik; Malaysia. Mereka selalu bertengkar dan cemburu terhadap diri masing-masing, tapi kenyataannya mereka tak dapat berpisah. Mereka perlukan satu sama lain.

Sejak zaman perjuangan mendapatkan kemerdekaan lagi, adik-beradik ni dah mula bertelagah. Si kakak kata, jangan pergi, yang adik nak bawa haluan sendiri. Si pengadu domba mula memasang jarum dan jerat, akhirnya si adik pergi membawa diri. Kakak marah, tapi apa boleh buat. Dasar adik keras kepala.

Hidup diteruskan. Mereka berhubung lagi masa ke masa, kadang saling tolong-menolong, bertukar cerita dan bersatu pendapat, tapi seperti ada kerenggangan bila mengingat sejarah masa lalu.

Kakak yang awalnya senang dan teguh, tiba-tiba krisis ekonomi melanda dan efeknya cukup besar buat si kakak. Si adik juga terkena tempiasnya, tapi tidak tau kenapa dia bangkit kembali, dan malah lebih berjaya dari kakaknya. Adik makin lupa diri, malah terkadang menganggap kakaknya lebih rendah dari dirinya.

Akhir-akhir ini bara lama menyala kembali. Hal-hal kecil saja dapat menimbulkan rasa marah si kakak yang sensitif. Maklumlah, orang agak berumur memang begitu. Si adik pula acuh tak acuh, menganggap kakaknya cuma membesar-besarkan kerana cemburu dengan dirinya.

Pulau Ambalat, Lagu Rasa Sayang, Manohara, sedikit demi sedikit semakin memanaskan dada si kakak. Sudahlah dia lupa diri, nak ambil pula yang dia tinggalkan dulu. Padahal bagi si adik, itukan memang miliknya dari dulu. Lagipun, kakak dah ada banyak pulau, kenapa kisah sangat pasal yang satu (Ambalat) ni?

”Manohara..”, kata si adik, ”alah, itukan masalah rumah tangga orang. Tak payahlah kita masuk campur…”.

“Eh, masalahnya raja kamu tu mendera rakyat kami!” sangkal si kakak.

Akui saja. Kalau ada rakyat kita dibunuh di negara orang lain oleh rakyat negara tu, kita juga akan berang. Tapi itu kes bunuh, memanglah patut. Cuma dalam kes ni, si adik kenalah faham, kakak awak ni sensitif. Si kakak pun, janganlah sebab nyamuk seekor, langsung kelambu dibakar. Cuba bawa bincang.

Kalian adik-beradik, macam mana benci dan banyaknya dendam, air dicincang tak akan putus. Sedar tak yang semua ni hanyalah propaganda luar yang mau kalian bercerai-berai supaya tak lagi bekerjasama, sebagai satu rumpun Melayu dan sebagai saudara seIslam. Sebab mereka tau kalianlah yang paling kuat. Malaysia merupakan salah satu negara Islam termaju dan Indonesia pula negara dengan penganut agama Islam yang paling ramai di dunia.

Hilangkan salah faham dan iri hati. Jatuhkan ego dan rasa lebih baik. Kalian asalnya sama. Harusnya kalian lebih memahami kerana asal yang sama, sifat yang mirip, dan pegangan yang satu.

Mari raikan PERSAMAAN untuk PENYATUAN.
Jadikan PERBEZAAN serta PERBEDAAN suatu KEKUATAN.

Catatan penulis : Saya menggunakan perkataan ’kalian’ dan bukannya ’kita’ walaupun saya sebahagian dari ’kalian’, sebagai cara menunjukkan sifat neutral dan tidak berat kepada mana-mana pihak. Sebagai warganegara Malaysia yang menuntut ilmu di Indonesia, saya merasa terpanggil untuk menyeru penyatuan dua negara yang saya cintai.

IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

Monday, June 22, 2009

Masalah Selain Cinta


Tak habis2 lagu cinta.

Punyalah banyak topik nak bincangkan…cinta jugak dia nak jadikan lagu.

Teman tapi mesra, aku mau mendekatimu, apakah dia pujaan hatiku, ku yakin kaulah yang satu...

Cintaku bukan cinta biasa, aku akan tetap setia, kau saja dalam hatiku, aku mencintaimu apa adanya…

Aku cinta padamu, aku rindukanmu, aku mahu bersamamu, akan kugenggam tanganmu selalu, kuperlukan belaianmu…

Cinta itu indah, warna-warna cinta, bagai dalam syurga dunia,

Aku bosan denganmu, kita tak serasi lagi, cintaku rapuh, maafkan aku tak lagi mencintaimu...

Ayuh selingkuh, ada yang lebih ku cinta, kutunggu jandamu, selingkuh itu asyik juga ya...

Kenapa kita berpisah, aku tak dapat melupakanmu, sampai hati kau lukakan hatiku, hati ini menangis…

Memang banyak rupanya kita boleh cakap kalau pasal cinta. Sampai kiamat pun tak selesai. Tapi adakah tentang itu je kita nak bincangkan sampai kiamat nanti?

Punyalah banyak masalah. Kalau nak buat lagu pasal masalah, rasanya satu hari boleh cipta 20 buah lagu.

Masalah bangun pagi.
Masalah krisis air.
Masalah rokok.
Masalah pencemaran udara.
Masalah pemanasan global.
Masalah kebersihan alam sekitar.
Masalah macet.
Masalah tak tepat waktu.
Masalah rasuah.
Masalah kerosakan akhlak.
Masalah wabak H1N1.
Masalah di Palestin.
Masalah virus di komputer.
Masalah kemiskinan.
Masalah Manohara.

Sejengkel-jengkel aku dengan kes manohara, boleh tahan lagi kot kalau korang buat lagu tentang Manohara. At least, korang kaji dan fikir-fikirkan masalah ni. Bukan sekadar bergosip tanpa asas.

Wahai insan khalifah di dunia, tolonglah berfikir! Silakan guna minda anda yang sangat berkuasa untuk jadikan dunia ini lebih baik. Bangunlah setiap hari mencari suatu masalah dan cuba lakukan sesuatu untuk selesaikan. Sangat simple, for example:

Masalah utama : Pencemaran alam.

Huraian masalah : Terlalu banyak sampah di Makassar.

Penyebab : Orang buang sampah merata-rata.

Penyelesaian : Jangan buang sampah merata-rata.

What can I do : Lepas ni saya MESTI buang sampah di tempat sampah.

Mungkin kamu saja takkan dapat menyelesaikan masalah tersebut, tapi kalau semua orang berfikir seperti kamu, mungkin jumlah sampah dapat dikurangi sebanyak 10%.

Cukuplah, sudah-sudahlah berfikir tentang masalah cinta. Cinta yang teguh tak mengurangi jumlah rakyat yang menganggur, air mata kecewa akibat cinta takkan menemukan penawar penyakit infeksi H1N1.

Cinta memang indah, tapi indah bukan cuma datang dari cinta (manusia).

IMAN NAILAH 2009

noradrenaline2001@yahoo.com

Tuesday, June 16, 2009

Monyet yang Memakai Mesensefalonnya


Pada suatu hari, ada seorang pemburu sedang asyik menujukan senapang patahnya ke arah seekor burung yang cantik. Burung cantik itu sedang leka bertenggek di atas dahan pohon. Dengan begitu teruja, pemburu itu pun melepaskan tembakan. Rupa-rupanya bidikannya tidak tepat. Burung itu terkejut dan terus terbang melarikan diri. Peluru dari senapang pemburu mengenai seekor monyet yang sedang menyusukan anaknya di atas pokok. Terlepaslah si anak monyet dari pegangan ibunya dan jatuh ke tanah. Sang ibu monyet yang sedang berdarah merangkak-rangkak mendapatkan anaknya yang masih bayi. Ia terus menyusukan anaknya sampai ia menghembus nafasnya yang terakhir.

Komen:

Menurut Freud (pakar psikologi), mamalia mempunyai otak tingkat kedua setelah manusia iaitu mesensefalon yang mampu merasa kasih dan sayang biarpun tak mampu berfikir. Berbeza dengan tingkat paling rendah yang dimiliki haiwan seperti buaya: batang otak yang hanya mempunyai daya "fight or flight"; hanya tahu makan, tidur dan mengawan. Monyet ini membuktikan teori ini benar bagi pihak mamalia, tapi tak begitu tepat bila melihat ada manusia yang sanggup membunuh manusia lain untuk makan. Kerjanya pembunuh upahan, atau memang seorang 'cannibal' yang kononnya tak mampu hidup tanpa daging manusia. Satu lagi contoh cliché adalah ibu yang membunuh anaknya. Sedih kan ia dah jadi suatu cliché, dah terlalu umum. Mungkin mereka hanya punya batang otak. Kasihan kan.
IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

Sunday, June 7, 2009

The Kite Runner; The Novel


“For you, a thousand times over,” Amir said to Sohrab. With that, Amir was the happiest man in the snowy park of San Francisco.

The theme of the pleasure of giving is one of the best message delivered in “The Kite Runner” wrote by Khaled Hosseini. Friendship, love, guilt, fear, betrayal and salvation, hope and faith, cruelty and punishment are the other themes brought by the author. In the beginning, we were introduced to the main character Amir, an Afghan who migrated to the U.S, struggling with the guilt he hides for more than 25 years. With the call from Rahim Khan, a long time friend from Kabul, we were brought back to his childhood life where he live with his wealthy father and two loyal servants of a Hazara man name Ali and his son, Hassan who becomes his only best friend.

He treats Hassan like his toy, he plays with him and become the place he shows his compassion. As they play and grow together he learns how he like the company of Hassan, but in the same time he envy him for having the potential his father hopes in a son. He craves for his father’s affection, wanting his attention all for himself. One day, his fear made him betray Hassan and he made his only best friend leave with his father, not knowing that that would be the last time they see each other.

The story returns to the present and the image of that day still clear as the river. His cowardice has now become a big stone that covers his guilt. He’s now already an adult with a beautiful wife named Soraya, a good life as a writer and most important far from his long left but unforgettable sin. Now he was asked to go back to the place he most feared, to face it all again.

“There is a way to be good again”, said Rahim Khan. That sentence brought Amir back to Kabul, thinking he is visiting a sick old friend. Then everything gets 360 degrees when the truth is revealed. Hassan had been killed and he left a son. Now he has to retrieve the son from the Taliban whom had dominated the Afghan society. He hesitated and gave excuses, but the biggest truth is then revealed – he and Hassan are half-brothers.

How it ends? You have to read it yourself. The book had been first published in 2003 and the film adaptation had been made in 2007 if I'm not mistaken. Comparing both, I say the book maybe should just stay as a novel. There's no way the film can match up as emotional and as beautiful as the book. No offence to the film-maker, it's just that the story is so rich, cutting and simpling it up makes the story lose it's strength point.

I see Khaled Hosseini’s great quality is in the way he describe every plot of his story. He made believe like we are really experiencing the conflict, feeling all the emotion and the intensity. The characters were well built, as we get to know every person in depth without exaggeratedly described. I can easily absorb the development and the climaxes of the story even though many flashbacks technique were used in the book. Maybe in some plot can be easily predicted, but for me it still leaves a great impact.

I can say that the best persona of the book is the story itself. Maybe I rarely read novels, but I read short stories and watch a lot of movies. The story was extraordinary as it brought a simple theme but use a unique background and culture. Using a real current issue and event, the story seems real and poignant, yet it is so fresh; you had never heard something like it before.


-IMAN NAILAH 2009-

Sunday, May 31, 2009

Jangan Lepas Dulu...

Dia semakin jauh.

Semakin jauh dari gapaian tanganku yang basah ini. Licin, terlalu mudah dilepaskan seorang sahabat.

Dulu aku fikir kita masih ada tali yang mengikat, aku pula leka mengejar bayang-bayang di malam hari. Siang datang dan aku sedari tali itu tak lagi kupegang. Dia hilang.

Sungguh sayang, beribu kali sayang. Ini semua salahku.
Biar aku menangis dan merintih, susu dititik nila tak akan kembali putih.
Dia sudah dibawa angin lintang. Mampukah aku mengejarnya dan membawanya pulang?

”Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” (Al-Kahfi:104)

Na'uzubillah, mudah-mudahan aku dan sahabat-sahabatku tidak tergolong dalam golongan ini. Amiin.

IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

Saturday, May 23, 2009

It is a Matter of Time


Busy person doesn't have
time for tears

Wednesday, May 13, 2009

Minda, Memori dan Mood

Kenapalah susah sangat nak lupakan cinta pertama?

Jangan tipu, semua dari anda mesti ada cinta pertama, tak kisahlah cinta budak-budak tadika ke, cinta monyet ke, cinta sejati ke, asalkan pengalaman pertama kita merasa tertarik dengan seseorang berlainan jantina. Kenapa ya susah sekali melupakan cinta pertama walaupun dah lebih satu dekad ia berlalu? Mungkin rasa cinta atau suka tu dah takde lagi, tapi memori tu segar sentiasa.

Tapi kenapalah susah sangat nak ingat apa yang aku baca malam tadi?

Padahal siap buat nota cantik-cantik, diulang satu muka surat 2-3 kali sampai nak termuntah. Kali ke-4 jadi tersengguk-sengguk. Tak memberi kesan langsung.

Ini adalah kuasa dari minda manusia.



Minda sangat kuat bila mana ada kesan emosi dirangkaikan dengan suatu episod memori. Bila perasaan atau mood tidak baik, apa yang kita cuba masukkan ke dalam otak kita seperti dipaksa-paksa. Sebagai contoh, ada tetamu nak menumpang tidur di rumah kita. Biar wajah tunjuk suka tapi hati menyumpah seranah, pasti tetamu pun rasa tak enak. Pasti tak lama dia nak tinggal di rumah kita. Begitu juga memori.

Saat jatuh cinta pertama kali, kita mengenal suatu bentuk perasaan yang sangat indah buat pertama kali. Memang, yang pertama kali itu adalah yang paling mengesankan. Waktu kita berdiri buat kali pertama, itulah yang paling membahagiakan buat orang tua kita. Waktu kita masuk sekolah buat pertama kali, itulah saat paling menakutkan/mengujakan buat kita. Waktu kita mendapat gaji pertama hasil titik peluh kita sendiri, itulah yang paling berharga biar cuma RM200.

Kesan, itulah yang membuatkan ia berbeza. Ketiadaan kesan membuatkan ia hilang begitu saja. Itulah masalah yang menimpa banyak pelajar dan mahasiswa yang kehilangan nilai dalam akademik. Ini bukan nilai gred atau pointer, ini nilai penghargaan dan kepentingan. Sejauh mana kita benar-benar menghargai ilmu dan memartabatkan kepentingannya? Majoriti belajar untuk memburu kedudukan dan harta. Belajar hanya untuk hasil A, supaya kesannya kita terlihat bijak dan akhirnya nanti mendapat tempat yang baik dalam masyarakat.

Mengaku atau tidak, itulah kenyataannya. Sistem pembelajaran membuat pelajar-pelajar menjadikan ilmu sebagai batu loncatan dalam mendapatkan keistimewaan, dan tidak lagi melihat betapa ilmu itu sendiri sangat istimewa. Buktinya, musim kegilaan belajar tiba bila musim peperiksaan sudah hampir. Jadi belajarnya cuma untuk memenuhi kesesuaian dengan pembuat soal. Belajar soalan-soalan tahun lalu, soalan-soalan ramalan, semuanya tertumpu kepada soalan peperiksaan. Nantinya peperiksaan selesai, mungkin pelajar puas bila soalan ramalannya keluar dalam peperiksaan.

Benar, itu memang cara belajarnya untuk skor dalam peperiksaan besar seperti SPM, PMR, dan peperiksaan-peperiksaan nasional yang lain. Salahnya bila A saja yang dibawa pulang waktu mengambil keputusan peperiksaan, ilmu-ilmunya berciciran tak dapat lagi dikesan.



Happy learning


Kata Dr.Iqbal Basri, seorang residen di bahagian neurologi (saraf), kita akan sangat mudah mengingati sesuatu apabila dipersiapkan mood yang baik sewaktu belajar. Caranya banyak, tapi yang paling baik adalah dengan menyukai ilmu itu dari awalnya. Bila suka, akan ada perasaan yang bermain dengan fakta-fakta yang kita terima. Saya pernah merasakan pengalaman ini sewaktu mempelajari ilmu kardiologi beberapa minggu yang lalu.

Waktu itu saya betul-betul takde mood untuk belajar, saya mengantuk, bosan, tapi kerana sedar ujian akan datang beberapa hari lagi, saya paksakan diri untuk belajar. Memang pertama harus dipaksa sebab cinta itu belum ada kerana belum kenal. Jadi saya cari tempat yang paling sunyi, paling nyaman dan kondusif untuk belajar. Bersendirian, saya mulakan dengan doa sepenuh hati, berharap Allah memudahkan semua yang saya baca untuk masuk dan dapat kekal dalam minda saya, dan saya yakin tidak ada yang bakal saya perolehi tanpa izin dari-Nya. Lalu saya buka halaman pertama, satu persatu tentang proses iskemik hingga infark sel-sel jantung dibaca. Kadang saya baca dengan kuat, seperti bercerita kepada penonton yang ’invisible’. Kemudian saya sendiri yang mengangguk faham. Selama mungkin satu jam itu, saya sempat tersenyum dan bersedih, emosi saya betul-betul larut dengan ’cerita’ dari buku physiology Guyton itu. Selesai satu bab itu, saya merasa suatu perasaan yang bercampur – gembira, sedih, terharu dan macam-macam lagi. Kesan paling besar saya dapati waktu itu adalah merasa sangat kagum dengan ciptaan Allah yang terlalu sistematik dan sempurna, biar sekecil-kecil sel jantung, tidak ada yang melupakannya. Bila saja ia diancam, ada mediator, enzim, hormon, sel-sel lain datang membantu menyelamatkan hidupnya. Alangkah indahnya kalau kita sesama manusia begitu juga.

Syukur, Allah memberikan saya nikmat ilmu. Inilah nikmat ilmu sebenar. Bukan A, bukan pujian dari doktor spesialis, bukan juga gelaran doktor. Kepuasan itu datang dari persepsi kita sendiri, jadi sayang sekali kalau dari awal persepsi kita sudah salah. Ia seperti menipu diri sendiri, dan bila kita sudah menjadi menjawat suatu jawatan, kita bertanya-tanya di mana nikmatnya bila kita sudah berada di tempat yang mana kita impikan dari dulu? Nikmat sebenar adalah dengan mengamalkan ilmu yang sudah kita fahami dan memberikan kesan baik kepada orang lain.

Mood yang baik, tenang, dan keadaan sekitar yang damai betul-betul mempengaruhi minda kita. Lihat saja dari sejarah di mana Archimedes yang mendapat ilham ’Eureka’nya sewaktu sedang beristirehat di dalam tab mandi. Newton juga mendapat teori graviti dari buah epal yang jatuh di atas kepalanya sewaktu dia sedang santai-santai di bawah pohon epal. Rupa-rupanya Einstein pandai bermain biola. Mungkin saja mindanya yang sarat dengan ilmu itu banyak bercambah waktu dia sedang asyik menggesek biolanya!


Dalam Islam sendiri kita melihat bagaimana kekhusyukan dalam solat dapat membuka minda yang kusut. Perasan atau tidak, biasanya kita sering mendapat ilham atau teringat sesuatu saat sedang di dalam solat, kesan dari fokus dan kerehatan otak. Maka Allah mewajibkan kita solat agar minda kita mendapat rehat lima kali sehari dalam kekhusyukan yang mahal, kerana ia membuatkan kita mampu mencapai yang tidak terbayangkan. Subhanallah!


Ilmu sudah ada, kemahuan sudah ada, tapi mood pula susah dicari. Jangan beri alasan. Kenapa agaknya Allah ciptakan hari baru setiap hari? Supaya kita bisa melupakan semalam yang sungkam dan mencipta semangat baru!

Bersemangatlah!

............................................................................................
Terima kasih buat dr. Iqbal Basri yang banyak membuka minda dan dari beliaulah saya dapati banyak info untuk artikel ini.

IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

Saturday, May 9, 2009

Istimewa Buat UMI Yang Kucinta ~ Selamat Hari Ibu!

My mom (Noraini binti Ishak) n me 4 years ago~ tak same kan muke? huhu

Yang teduh dan rendang
Hijau dan tenang
Engkau tempat bertandang
Melabuh kaki yang pincang.
Engkau pemain layang-layang,
dan pemantun undang-undang
Tak pernah gersang sayang
Walau sampai ke petang.
Melayangnya helang
kilau rubi bak andang
dan teratai yang kambang
adalah datang-
dari ilmu sekarung gudang,
sabar seluas pandang,
dan kasihmu bak laut pasang.
Tiga kali nama diulang
di bibir junjungan terbilang
Dikaulah tempat berhutang
yang kunjung jelang dan dikenang.
(buat ummiku yang tak tergantikan, aku merindumu!)
7 Mei 2009
IMAN NAILAH 2009