Monday, January 12, 2009

CINTA


CINTA

Cinta bagai ombak.

Ia berdesir keras,

Buat kau kagum padanya,

Ia menyentuh jejarimu,

Dan kau terpana,

Kau mendekat,

Dan kau hanyut bersamanya,

Ia melambung tinggi,

Kau pun terhempas ke pantai.


Cinta manusia itu ombak.

Ia singgah sekejap di kakimu,

Dan ia hilang lagi.




IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

Tuesday, January 6, 2009

A ROSE and an IRIS

A Rose and an Iris

for my believing Mother's patience

for my brothers homeless for twenty years

for every village in my Home Country
for every destroyed house

for every fortified Citadel

for every Poet under siege

for every colored Rock

for every heart beating with Love for all the places

for every heart hating the treacherous dogs

a Rose...

and a thousand Irises !

Bassem Al-Nabrees - Palestinian Poet






Sunday, January 4, 2009

TV dan Saya



Nak tau tak? Saya peminat filem dan drama no.1! Walaupun saya seorang exco IPEM (Ikatan Penulis Mahasiswa Malaysia di Indonesia) tapi saya lebih banyak menonton dari menulis. Tentulah lebih banyak juga dari membaca. Pokoknya saya lebih suka lihat benda bergerak dari yang statik. Saya lebih suka benda yang bergerak dari mata saya yang kena gerak kiri ke kanan. Tak tahulah kenapa, tapi memang diciptakan dari azali oleh Allah yang Maha Kuasa, segar je kalau tengok TV, dan sekejap je boleh terlelap kalau tengok beribu-ribu huruf yang disusun berbaris-baris. Agaknya kena buat Ikatan Penonton pulak ni.

Saya menonton bila-bila ada masa lapang. Macam hobilah. Tapi tak boleh sebut hobi jugak sebab kadang-kadang takde masa pun saya adakan jugak sebab terlalu senangnya menonton. Saya pun tak ingat sejak bila saya mula menonton, tapi sejak saya boleh ingat, saya dah menonton. Tanpa sedar, saya dah jadikan TV sebagai kawan baik saya. Cakaplah cerita apa, kebanyakan saya dah pernah tengok walaupun jarang-jarang beli videotape (kalo sekarang CD), apalagi ke panggung wayang. Orang pun aneh, cakap je cerita apa, semua saya tau. Bila tanya tengok kat mane, saya cakap kat TV lah! Seperti makanan, filem atau drama ni pun saya tak memilih. Bagilah apa jenis bahasa dan genre, saya tengok je. Mungkin sebab tulah saya terer jugak bahasa cina, korea, hindustan and of course English! Hehe

Saya tak sedar sejauh mana ‘kawan baik’ saya ni dah mempengaruhi hidup saya selama ni. Saya masih attach dengan dia dan walaupun pernah berjauhan seketika (di asrama atau di universiti) lepas tu senang-senang je kami jadi ‘dekat’ semula. Hebat betul TV ni kan? Saya rasa bukan saya sorang je yang ada TV sebagai kawan rapat, mungkin berjuta-juta orang di dunia. Mungkin awak juga.

Tiba-tiba hari ni saya mempersoalkan semula, apa ‘kawan rapat’ saya dah bagi kat saya? Adakah apa yang ‘kawan baik’ saya bagi tu baik?
Jadi saya pun mula ’melihat’ apa yang ‘dia’ paparkan hari ni.

Hiburan.

Mak dan ayah saya selalu membebel, TV ni kotak bodoh, tak habis-habis benda yang sama, nyanyi sana-sini, tayang benda tak senonoh dan macam-macam lagi. Saya pun mengiyakan dalam hati, tapi tak taulah kenapa tak pernah berganjak dari kaca TV. Paling-paling pun ganti siaran. Mereka pun tak pernah buang TV tu. Malahan beli yang lagi besar dan besar. Supaya lebih jelas, terang dan nyata. Kenapa yer?

Sebenarnya TV ni takdelah 100 peratus teruk dan tak berfaedah. Kalau takde TV camne nak tau ade tsunami kat Acheh, Obama jadi presiden kulit hitam pertama dan US, dan Israel bom lagi kubu Hamas di Palestin? Ok, memang ada surat khabar dan radio, tapi tak terkesan laaa... Aiman pun jadi tak kisah... 


Satu lagi yang terkesan, time saya darjah 2-3 dulu, ade satu channel: TV2, memang khas channel pendidikan dari pagi sampai petang. Nak kata best takdela best pun. Bosan pun ada. Skema la paling tepat. Tapi sebab sikit sangat pilihan saluran yang ada time tu, terpaksalah tengok jugak. Yelah, kate kawan baik, best tak best mesti kena bersama, tak gitu? Channel ni ajar sume la, dari Bahasa Melayu sampai Kemahiran Hidup. Fuuh, macam buku teks ditukar jadi movie laa...boleh bayang?(rasenye korang pun mesti dah penah tengok, jadi tak perlu bayang-membayang ni). Dalam bosan-bosan tu, adalah yang best jugak macam satu slot Bahasa Inggeris, pasal sorang mat saleh, berangan jadi spy. Ada juga slot Kemahiran Hidup ajar pasal kemahiran di dapur. Die tunjukkan sorang anak perempuan tengah bantu emaknya memasak di dapur. Masak ape? Masak nasi. Sebelum masak buat ape? Cuci beras. Ingat lagi mak die pesan jangan cuci banyak kali sangat, nanti hilang zat karbohidrat dia. Tu jelah yang teringat dan terkesannya. Maybe daya ingatan pun tak berapa kuat.

Berapa tahun lepas tu, TV pendidikan tu dimansuhkan. Lama-lama saluran tu bermutasi jadi yang sekarang ni: TV hiburan. Korang pun boleh tengok sendiri kan. Tak faham jugak apa objektif dan matlamat kerajaan dengan saluran TV yang dipegang oleh mereka ni. RTM (Radio Televisyen Malaysia) yang dimaklumi dengan gaya skema dan old-fashion ni mula terikut-ikut gaya saluran TV swasta yang memang dah established dengan pembawakan yang fresh and moden. Akhirnya matlamat dan identiti hilang. Akhirnya semuanya mencanang dan mengagungkan hiburan. Saya agak bahagia dengan kehadiran saluran baru dari syarikat Media Prima, TV9. Walaupun kadang-kadang agak sekuler, tapi itu adalah percubaan terbaik (setakat ini) untuk sebuah saluran umum di Malaysia untuk menyampaikan bahan-bahan berfaedah kepada masyarakat. Kalau yang berbayar, banyak je lagi yang lebih fokus dan berfaedah, contohnya Discovery Channel dan Astro Oasis. Ada juga satu saluran yang pernah saya tonton waktu di Madinah, kalau tak silap nama salurannya Peace Channel, cukup indah dan damai dengan tayangan ceramah dan diskusi Islam. Hiburannya bercorak lagu-lagu pujian kepada Allah. Rasa nikmat sangat waktu di sana. Subhanallah...!

Semenjak bermastautin di Indonesia, TV agak jauh dari kehidupan seharian saya. Pertama sebab memang takde TV kat bilik. Yang kedua sebab dah ada laptop yang lebih dari cukup menggantikan peranan TV. Dan yang ketiga sebab bile try tengok, rase meluat dan menyampah. Menjengkelkan kalau bahasa Indonesia. Kenapa? Sebab akhirnya saya sedar ada lagi negara lain yang lebih mengagungkan hiburan daripada tanah air saya. Maafkan saya Indonesia, tapi anda sendiri mengakui fakta ni kan? Buktinya, pagi-pagi, instead of airing programs like Malaysia Hari Ini atau Selamat Pagi Malaysia, dia buat program yang jemput artis dan band2 terkenal, buat request lagu, bincangkan gosip dan tangga lagu. Setiap hari akan ada program informasi gosip dan selebriti, hampir setiap jam. Mungkin sebab Indonesia ni sangat banyak orang, jadi dia boleh buat rancangan gosip setiap hari, dan setiap satu program dengan durasi satu jam boleh korek sedalam-dalamnya hanya pasal satu isu gosip. Bayangkan tentang satu selebriti potong rambut baru saja pun dia boleh buat cerita! Kalau sinetron dan drama-drama tak payah cakaplah, segala jenis benda mengarut keluar. Ular gergasi, naga, katak ajaib, pari-pari, macam-macam ada mengalahkan Astro. Sinetron cinta yang klise berlambak-lambak sampai nak termuntah rasenye menonton. Ceritanya mesti bertajukkan nama heroinnya yang sangat baik hati dan naif, selalu ditindas, miskin, takde parent atau anak tiri, banyak orang yang nak kat dia, ramai juga yang jeles dan dengki, akhirnya dia end-up dengan lelaki kacak yang kaya dan bertemu dengan orang tuanya yang sebenar yang juga orang kaya. Caaapek deh!

Jadi TV secara tak langsung adalah media penyebar doktrin hedonisme (mengagungkan hiburan) dan hidup serba hedonisme ni dah terlalu lama kita anut tanpa kita sedari. Sekarang dah sedar, cuba nak lari? Susah. Saya jamin memang susah. Sebab tu Allah bagi kemudahan kat kita umat Nabi Muhammad untuk dapatkan pahala. Sebab senang sangat nak dapat dosa. Tepat sangatlah Allah tu Maha Adil dan Maha Tahu. So bila dah tahu ni nak buat apa? Buat masa sekarang kita boleh:

1. Make the right choice:

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.”
- Al-Ahzab : 36

2. Know the limit:

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas.” Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
- Huud : 112

3. Ask for His guidance:

“Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
- ‘Ali-Imran : 147

4. Find other alternatives

Come on…there’s no excuses in this. You know you have many other things you can do other than sitting in front of that television!

TV dan kawan-kawannya seperti radio, telefon bimbit, komputer, internet dan banyak lagi betul-betul menguasai dunia kita.

Jangan biarkan ia menguasai kita.
Kuasai mereka.

Sebab tu saya cadangkan, mereka yang berbakat dalam bidang multimedia, gunakan bakat anda untuk memanipulasi media-media ini. Betul tak? “Betul betul betul!” kata Upin dan Ipin yang merupakan satu contoh terbaik proses penguasaan media ni. Sekarang, cara dakwah dah sangat versatile, so kalau kreatif buat movie, buat movie bermanfaat dan bermesej baik. Kalau terer bercakap, jadi DJ yang pandai menarik minat orang mendengar. Simple and applicable.

Pernah tengok tak iklan terbaru kementerian kesihatan yang promosikan gaya hidup sihat? Iklan dia ada lukisan kartun yang sangat biasa, ada callouts ”Saya tak merokok”, “Saya tak minum arak”,“Saya makan makanan seimbang” dan sebagainya kat tepi kartun tu. Bawah sekali tulis “Tirulah cara hidup saya!”. Memanglah simple and applicable, tapi jujurnya – tak menarik langsung! Tolonglah, janganlah bazirkan duit rakyat yang banyak pada iklan lima saat yang tak berkesan langsung. Jadi saya menyeru kepada yang kreatif, salurkanlah bakat anda pada tempat yang ketandusan idea tapi ada mesej yang baik. Ingatlah, ilmu dan bakat tu Allah yang bagi, kat mane kita salurkan akan dipersoalkan balik.

Baru-baru ni berlangsung Minggu Penghayatan Islam untuk komuniti mahasiswa Malaysia di Makassar anjuran persatuan berwajib di situ. Walaupun tak terlibat secara langsung dan takde pun kat situ waktu ia berjalan, dari apa yang saya dengar, minggu tu memang best dan mengesankan. Banyak program dijalankan dengan matlamat memupuk penghayatan Islam dalam diri ahli komuniti. Banyak pertandingan dianjurkan dan lebih menjurus ke arah seni Islam. Kemuncak die, Malam Kesenian Islam berjaya menarik minat majoriti mahasiswa Islam Malaysia di Makassar. (Untuk maklumat terperinci lawati www.pkpmimakassar.blogspot.com). Jelas Islam ni penuh seni dan seni Islam tu sangat indah. Kesenian Islam diterima dengan baik di situ, kenapa di pentas yang lebih besar, tidak?

Saya mengimpikan ’teman baik’ yang jauh lebih baik dari sekarang. Kalau ade peluang “Golden and Hedges – Realize Your Dream”, tulah yang saya minta. Tapi tak semudah tu. Kita semua mesti berjuang untuk itu bermula sekarang. Itupun angan-angan korang jugak kan? Saya impikan ’teman baik’ ni bukan untuk saya, tapi untuk anak-anak dan generasi seterusnya. Saya tak sanggup berikan mereka ’kawan baik’ macam apa yang saya dapat sejak dulu.



IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

Tuesday, December 23, 2008

Memorable Paed-tric...



Nine weeks seems too long when you are in it... finally it's over...(phew!)


Looking back...






Kamar I yang bucuk...tak caye tryla dtg pagi2...huhu




Stone desk @ meja batu... tempat koas2 anak meronggeng...





Pasien baru?!! TIDAAAAK!!!





PICU... anda tidak mahu masuk ke sini...sama ada sebagai pasien maupun dokter...




Tezar Tilawah, my patient who came with diarrhea and GI disorder...very spirited 6 months old boy... his struggle to live come to an end after 3 weeks in the PICU... May his soul rest in peace with Him...



One week of extreme exhaustion in RSIA Siti Fatimah...tanak ulang dah...huhu






A week full of tension and stress in RS Labuang Baji... aku disuruh mengulang seminggu di sini... are u serious? I can hardly get through that one week, let alone 2 weeks!!






My first large-sized baby! 4,4kg... chubby + gendut + bondeng... GERAM kan kan kan?




Smallest baby I ever seen with my bare eyes... teka berapa kilo? 0,5 only! Yes...500gram!!! He lived for a few days... sgt susah utk die bertahan sbb most of his organs tak matang lagi...


Innalillah...





Teman2 koas yang besh... sume senyum lebar sbb ni malam last kat anak! :D

Kite kongsi sumenye... ilmu, keje, happy, sedih...walaupun kadang2 ade yg lari (including me), we get through it all together! Thanks and sorry for everything!

My appreciation to all the doctors... I mean ALL, termasuklah yg marah2, yg cuek, yg bg keje byk2... sumenye sangat berharga utk dilupakan... semuanya ada hikmahnya masing2... dan juta2 terima kasih kat doktor2 yg byk ajar saya yg sgt lambat loading...huhu byk tolong saya...hehe terutama dr. Hery S yang caring, dr. Anince yang precise dan loving, dr. Sa'diyah yang suke mengajar, dr. Suhendra yang sporting, dr. Selvi pembimbingku, dr. Indra yang funny, dr. Neneng yang tekun, dr. Ryzqo yg besh...sumenye...kalian takkan sy lupekan!


Also to all my patients...u r my inspiration...to study more... to do things right... to be more careful, to be more human, to be more thankful Allah, to live life to the fullest!

I admit, I do love paediatric...I hope I can learn more, but I won't repeat it again...

Once is enough... Allah knows...


Goodbye Paeds Department! (for now...)


Monday, December 22, 2008

Pahlawan Uhud


Di tengah ‘kesibukan’ sebahagian besar dari pasukan pemanah mengumpulkan harta-harta peninggalan tentera musuh, Khalid bin Al-Walid mengambil kesempatan menggempur kembali tentera Muslim di kaki Jabal Uhud. Pasukan Muslim menjadi kucar-kacir, akibatnya mereka tidak dapat melawan tentera musyrikin secara teratur seperti yang dirancang. Keadaan sangat buruk sehinggakan ada yang tertikam sahabat sendiri. Rasulullah SAW pula terdedah kepada ancaman musuh, terutama ibn Qamiah yang bersumpah tidak akan pulang dari Uhud tanpa membunuh Muhammad.

Tiba-tiba meluru seorang sahabat dengan senjata melindungi Rasulullah SAW. Beliau menyeru sahabat-sahabat yang lain untuk turut melindungi baginda di tengah kekalutan itu. Kedengaran pekikan angkuh dan rakus ibn Qamiah mencari Nabi Muhammad SAW. Tanpa baju besi, sosok ini lantas berdepan dengan ibn Qamiah yang ternyata memiliki perlindungan dua lapis baju besi. Dengan tenaga dan pertahanan yang tidak standing ibn Qamiah, tikaman hinggap di tubuh beliau berkali-kali.

Melihatkan keadaannya yang luka dan tidak bermaya, Rasulullah SAW segera menjerit ke arah anak-anak beliau, “Wahai anak-anak Ummu Umarah, awasi ibumu! Ibumu! Bantu dia segera!” Sepantas kilat anak-anaknya datang menyelamatkannya dari terus dicederakan ibn Qamiah, dan Musa’b ibn Umair segera menerpa ke arah ibn Qamiah untuk menghalangnya. Alangkah terkejutnya ibn Qamiah apabila mengetahui bahawa orang ditentangnya tanpa baju besi itu adalah seorang wanita . Hentakan dan terjahan Musa’b bin Umair bagai buku bertemu ruas, menyebabkan ibn Qamiah lari menyelamatkan diri. Rupanya Ummu Umarah hanyalah salah seorang dari muslimah-muslimah yang turut serta ke medan perang untuk bertindak sebagai jururawat.

Belum pun kecederaan Ummu Umarah lengkap dibalut oleh anak-anaknya, ibn Qamiah datang sekali lagi menerpa ke arah baginda Nabi SAW. Kali ini dia muncul bersama beberapa orang rakannya yang lengkap bersenjata. Ummu Umarah bingkas bangun untuk melindungi Rasulullah SAW bersama-sama anak-anaknya dan para sahabat lain. Sekali lagi, ibn Qamiah terpaksa akur dengan kekuatan pertahan tentera Muslimin melindungi Rasulullah. Sebaik ibn Qamiah dan kumpulannya mundur, Ummu Umarah longlai dan hampir rebah ke bumi. Rasulullah selai lagi berteriak ke arah anak-anak Ummu Umarah supaya menyelamatkan ibu mereka.

Ketika diusung oleh kedua-dua puteranya, Ummu Umarah yang sangat lemah sempat berkata kepada Rasulullah SAW, ” Doakanlah kami dapat menemanimu di syurga wahai Rasulullah.” Maka baginda terus mendoakan Ummu Umarah dan keluarganya, ”Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah Ummu Umarah dan seluruh keluarganya teman-temanku di syurga!” Mendengarkan doa baginda, Ummu Umarah mencapai bahu kedua puteranya sambil berkata, ”Aku tidak peduli apa pun yang akan menimpaku di dunia selepas doa ini.”

Nota kaki : Nama sebenar Ummu Umarah ialah Nusaibah binti Ka’ab bin Amru bin Auf al-Anshariyyah. Beliau pernah terlibat dalam ikatan setia Aqabah yang kedua. Beliau juga memikul tanggungjawab menyampaikan dakwah Islam kepada wanita Yathrib sebagai persediaan menyambut hijrah Rasulullah SAW.


~Diubahsuai dari artikel Potret Mujahidah, Majalah Anis Feb 2008.

IMAN NAILAH 2008
noradrenaline2001@yahoo.com

Our Time is Anytime



"Almost dying changes nothing,

DYING changes EVERYTHING."

~House M.D.

We are ALL dying...

but are we changing?

. . . . .

Sunday, November 30, 2008

Now I Know Why They Said It's...- Episode 2



1.45pm
Selamat datang ke Rumah Sakit Ibu dan Anak Siti Fatimah!

2.00pm
Muka Chwi sungguh berseri-seri waktu menyampaikan penjelasan tugas-tugas yang bakal dipindahkan ke bahu kami berdua (Ainul dan aku) selama seminggu ini. Ohoho…

2.30pm
Perawat di sampingku menyapaku sambil tersenyum.
“Akak yang gantikan untuk minggu ni ye?”. Aku tersenyum mengangguk.
Dia menyambung, “Kakak itu (sambil menunjuk ke arah Chwi) tak pernah tidur tau...!”
Ohohoho…


3.00pm
Sambil mengintai-intai 11 baby-baby yang bermasalah kat kamar bayi, aku still blur2 ape nak buat. Nak kate kena follow-up, satu je yg kena follow-up. Mane sibuknya? Santai je...biar betul...

5.00pm
”Meh makan...adik koas, dah pernah try kapurung?” perawat mengajak kami yang terpinga-pinga.
”Kapurung? Ape tu?”
Ternyata kapurung ni besh jugak! Habis 3 pinggan! Waduh2...asyiknye kalo macam ni terus!

6.00pm
Ada tiga partus! What??? Tiga sekaligus?
Ape patut aku buat??! Ohohohoho....(sambil berlari-lari ke kamar bersalin)

6.15pm
Aduh...camne nak pegang baby ni...mati anak orang karang...
Okay, timbang, ukur-ukur-ukur, suntik, bungkus, bagi die menyusu ngan mama die, dan tulis status yang panjang gile...
hmmm....
Caput succadenum?
Refleks moro?
Expiratory grunting?
H/L?
APA ITU???

Hari itu berjalan begitu perlahan….mcm orang bercinta, sehari bagaikan setahun! semuanya kelihatan sangat kabur.

From that nite and on, kami belajar satu-persatu perkara yang tugas perlu kami buat kat sini which consist of:


1 - Setiap pagi bermula jam 2 am kami kena tulis status semua pasien untuk follow-up esok harinya...



2 – Starting 5am after performing Subuh prayer, kami kena telanjangkan baby dan timbang mereka sume!!! Hehe But there’s a catch! Sambil telanjangkan, baby2 ni boleh jadi baru buang air kecil atau besar...huhu So kamilah kena bersihkan...ohoho Apepun depa tetap cute!!!

3 – Follow up! TNPS are modified to HrPS which stands for Heart Rate-Pernafasan-Suhu. Every baby tau! Tanye jugak dah brape kali buang air besar, warna apa, kencing smoothy tak(hihi), tengok tali pusat die basah atau kering and ada tanda2 inflammation tak…okay?

4 – Pastu around 8am doktor akan dating utk visite (ward round). Turun naik pusing-pusing…tulis resep(for medications) dan pengantar lab…anything the patients need, we’re here to serve!



5 – Back to kamar bayi, doktor akan isi status dengan instructions. Sambil tu kite buat jadual susu for all the babies kat kamar bayi. Jangan lupe berat badan baby, because the nurses need that to suit them with their milk!

6 – Sometimes kena buat parenteral feeding utk baby yang kena puasa. Baby ni dipuasakan sbb die sesak, distress pernafasan, cannot drink thru mouth. So alternatively, thru infuse. Makanan die ni consist of certain ingredients which have been calculated by the doctor. So keje kami adalah membuat parenteral food ni…senang? Bukan mcm buat air sirap tau…need full concentration and patience! Satu kesilapan can cost u a fortune! Seriously! (ada sejarah sebenarnye…) Wanna try? ohoho

7 – Sepanjang hari, we need to check at the labour room every half-an-hour for any spontaneous partus(normal labour) or sectio saesarian (operation labour). Pada hari2 santai, partus boleh menghantar sehingga10 bayi2 ke kamar bayi! Terima kasih doktor2 obgyn! ;)

8 – Sambut bayi, suction2, timbang dan ukur, buat APGAR dan BALLARD die (which are complicated to be explain here…next time maybe k…), resepkan neo-K (vit. K penting utk baby baru lahir utk cegah perdarahan) dan suntik intra-muskular, bungkus, bagi mak die utk menyusu! (Fuuuh…! Selesai satu baby!)

So basically itula keje wajib kami kat Fatimah. List di atas tak termasuk keje2 tambahan tak berbayar yang sebenarnye bukan keje kami. They are:

1 – Bagi baby minum susu. For newborn babies, sgt tak digalakkan bagi minum susu pakai botol susu sbb ini boleh ganggu pertumbuhan rahang depa, so kena bagi either using small spoo n or spoit (picagari). Tak tersangka, kesabaran yg tingi diperlukan utk menyempurnakan kerja ni hanya utk seorg baby. Apatah lagi 10 babies!!! Thank God I’m not a nurse!



2 – Menyambut bayi adalah keje seorg nurse kebidanan, not a co-ass. Tapi pernahlah satu hari, nurse2 ni tiba2 menghilang! So ape lagi, kamilah yg ditunjuk. Nasib baik dh pernah tgk byk kali sangat…so takdela kekok. Aku pakai apron, sarung tangan sterile, tadah sarung (kain batik), sambut baby, bersih dan keringkan, rawat tali pusat dan bungkus!

Some moments yang tak terlupakan:

1 – There’s one day, semua doktor residen anak ada exam nasional, so kami ditinggalkan tergantung tanpa tali! Kalau ada pape, all up to our heads and hands… Oh noooo!
Nak dijadikan cerita, hari tu lah yg paling hectic! That day lah ada banyak SC, time tulah ada patient gemelli (kembar) which is very prone to pathological condition due to their size and their mother’s strength to give birth to two babies… So there I am, waiting in full curiousity, what will happen to the babies? When the first baby is out, cepat2 kitorg bawa ke kamar bayi, suction, rangsang taktil…thank God after a few seconds die pun menangis…then baby kedua…after 15 minutes die still tanak kuar! Ibu…semangat bu! Kuat!!! Aku rase aku yg paling nervous dlm bilik tu sbb in my mind, kalau baby tu mati, I’ll be dead too! Huhu Alhamdulillah, again, after a long few minutes, the second baby keluar sendiri walaupun before that try pakai vacuum tak berjaya…at the end, both babies selamat dan sihat… :)

2 – Melihat ibu2 yang bakal bersalin. Gelagat mereka: unforgettable! When people are in pain, they tend to do unimaginable things such as crying like a baby, making funny faces, and even being in a position which seems like a horse or a cow. Seriously…even it’s not supposed to be laughed at, it’s too funny! I’m sorry to that particular person for laughing at her, I didn’t mean to, but in an absent mind with a very exhausting body, we kind a searching for entertainment in everything. Our bad! Really sorry…

3 – Opposite to d above, it’s very warming and heart-felt to see a mother’s reaction looking at her baby for the first time…there’s no word for it…what I know is that they are the happiest person at that time…I hope one day I will experience something like that, the moment of my life…insyaAllah…

3 – My moments with the babies! I love everything about them! Their faces, their cries, their smells, their skins, their chuckles…owh, aren’t they the cutest thing?!!



As conclusion, I can say this might be the most exhausting week in my life!
Stressful, painful(literally) until it leaves a mark at my foot! (after that kaki aku sakit selama seminggu di LB, time cek doktor, doktor ckp aku maybe kena gout arthritis…how serious is that??)
Kat sane kitorg betul2 emotionally challenged! Bile2 je boleh rase nak mengamuk, rase nak nangis (dh nangis dh pun…), rase nak buat muke…tp alhamdulillah, Allah beri kekuatan di sebalik setiap kekurangan.
We become more mature, more stabilized in emotional control, smarter in making our choises; lepas ni jgn pilih Fatimah lagi!! huhu

RSIA Fatimah dah memahatkan kenangan signifikan dlm minda dan hati ini…I’ll use what it taught, I’ll leave what’s painful, I’ll keep what it gave as a unique present…

And now I know why they said it's STRESSFUL at pediatric department!

IMAN NAILAH 2008
noradrenaline2001@yhaoo.com

Friday, November 28, 2008

Susahnyer Tag Kali ni...

I've been tagged by Muhammad Shafiq Mansor!

Here are the rules:

1.List these rules on your blog.

2.Share 7 facts about yourself on your blog.

3.Tell 7 unspectacular quirks on yours.

4.Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to
their blogs.

5.Link the person who tagged you.

6.Leave a comment for each blogger.


Allrite...

7 facts about me:

1. My name is Nurul Iman binti Abdul Rahim. It's a common name in Malaysia, but seemed odd in the place I'm studying now. Everytime I pronounce my name, they'll repeat it as 'Imen' = 'E-men' and it ends up as 'Imeng'. They kept on saying it's a guy's name! So what? I like it!

2. I live in Shah Alam Selangor. I never live outside Selangor all my life except while I'm in Londang Matriculation and here in Makassar. So basically I'm a true Selangorian! Nyanyi sket..."Duli yang makan durian..selamat di atas pokok..." oops...that is THE OTHER version...sorry...my bad...

3. I'm a year younger than my academic level(at least for Msian level) just because I passed the PTS exam. So I got to 'lompat' from standard 3 straight to standard 5! No strings attached! hehe So people would say I seem more mature from my age...but what do u expect? I'm living a year older from my real age! But the great thing about it is I got to finish earlier than the people around me, and I'm still young when I marries! (what so great about that???)

4. I have a really nice family and I'm so thankful for it! It's just perfect as the way it is...I mean for us...for me at least...it's just beautiful how Allah had created everything so detailed and so harmony together...the goods and the faults, all created to be completed. :)

5. I love art...any kinds of art. I can judge what's nice, what's not, at least through my arty-eyes.(arty - is there such a word? whatever...)

6. I'm living with two beloved seniors. They're the best! Can't say more...it's just a great fate to end-up with them in this small home of ours.

7. I was born on January 25th, 1987 in Louisiana, USA, but lived there for only 1 year so i don't have the tiniest memory while I'm there.

7 unspectacular quirks on me:

1. I hate Medic! Is it too obvious? Hehe maybe I did hate it, but now after entering clinical life, it's a turning point in my life...i come to attach to it! I'm loving it!

2. I'm a very very forgetful person. So forgive me for forgetting ur birthday, or where u'r studying rite now, or even ur name! So sorry...didn't mean it...I'm trying my best to remember every detail...huhuhu

3. I'm a hopeless romantic. I hate to be one, but admit it...I am. huhu

4. I eat everything! (except for the harams of course!) U name it, I can insert it into my body, but of course I have some kind of appetite. I do choose, I do reject, but I can b DBKL(as my father name me) when I wanna be. (DBKL with all this bones? Are u kidding me???)

5. Some survey said I'm a judgemental person. Am I? Mybe I am. My best friend agrees with this. huhu

6. I've a lot of traumatic events in my life. I've my eyebrow stitched, I knock my forehead until it form a concave on my frontal bone, my face once swollen until I can hardly open my eyes, I let my feets get poked by hundreds of sea-porcupines spikes, and many more unfortunate events...

7. Ape lagi ek? Hmmmmmm....well, actually I'm a heart-breaker. I don't wanna be, but it's just written in my fate. I hope I don't have to do it again...

7 people I'm tagging:
Kak Najwa, Maimanah, Muh. Idris, Kak Halaa, Nurul Izzah, Addin, Maisarah.

:)

Now I Know Why They Said It's... - Episode 1


The tension starts to rise around me...

Fourth week of pediatrics, my first perception was so wrong.

It was MIX subdivision, consist of Nephrology(kidney), Neurology(nerves) and Nutrition. This week there are 11 co-ass(med students) submitted in this subdivision, and that number is more than enough to handle the only two patients of Nephrotic Syndrome.

So I took it for granted.


I came later than usual, about 20 minutes later that we're supposed to be.

I spent most of the times in the co-ass room, the discussion room, the canteen, the policlinic and other places rather than the second floor's 'meja batu'(co-ass’ station).

I read for a glance about Nephrotic Syndrome and Acute Nephritic Syndrome, but didn't make the time to read the patient's status.

At that point, I started to hate MIX subdivision for being so boring and giving less motivation for me to study. I need something adventurous, something much more demanding, and much more interesting to pump my excitement to learn.

Then on Thursday afternoon while hanging around at the 'meja batu', suddenly Dr. Hery came and asked us about our patient. He asked us, but his eyes are focusing on me. I felt cold. My mouth made some move, but there's no sound coming out. Other people kept on answering the questions for me. It was not obvious, but it's so embarrassing for me. It's too disappointing.

He left after giving some advice to study and learn the patients' status. That was like an alarm waking me up. I NEED TO STUDY!!!

With the new spirit burning inside me, I went home and planned to study. I made a simple slide for the next day's presentation, and that night I brought my laptop to my night-shift on-call, with the intention to study.

Again, I was asked to be in PICU (Pediatric Intensive Care Unit) for the 5th time, this week only. FYI, being in PICU means there's no sleep while you're in there. Rest is possible if there's no patient to be follow-up every 15 minutes which is very uncommon. So taking care for PICU patients at night-shift is actually a nightmare for most of us. But as a co-ass, what else can you ask for?

While in there, I managed to study a few slides and learned a lot from a nice discussion with Dr. Hery. At 2.30am, I left PICU to exchange shift and move to follow-up in Lontara 4(the 3rd class pediatric ward). I planned to study the nephrology patients but I don't seem to have the time with all the follow-up and the decreasing of the waking mind.

At 6.30am, I left to clean and change for office hour.

Now I'm starting to feel the pressure. This morning it was planned that I need to present the presentation about Macronutrient which I have the slightest idea of it. Moreover, I heard the doctor that will be the moderator likes to point to anybody to answer any question. Having the thought of it only made me feel nauseous. I keep on reading the nutrition book my friend brought, trying to memorize every important detail.
There’s:
essential amino acids,
non-essential amino acids and
conditionally-essential amino acids.
So essential amino acids needed to be taken because they’re not produced in the body, while the non-essentials are.
But what does conditionally mean???
And there’s phenylalanine, arginine, glycine, glutamine, lycine…
But which is which???

At the same time, I realized that the residents will ask about the mix patients. So I tried to read the status but my mind felt too saturated. NS and ANS become too confusing.
NS have proteinuria.
ANS can too.
But NS's is massive.
How would I know if it's massive or just more???

The more I read, the more confused I became. : (

Then suddenly we had ward round for mix patients. This time, I was the focus of arrows. The questions were all aimed to me, and I hesitated. I managed to answer some, but failed at most.

Oooh...this is bad.

Tomorrow I'll be going to Rumah Sakit Bersalin Fatimah, and I know too less to be near ready.

Now I'm too tired, but I really need to study.
Oooh...only Allah knows how sleepy I am rite now.
I know what I need. I need sleep.


IMAN NAILAH 2008

noradrenaline2001@yahoo.com