Saturday, November 27, 2010
Saturday, November 20, 2010
PKR Tergugat?
Sekilas melihat kes Dato' Z yang bakal meletakkan jawatannya keluar dari PKR, ini seakan lakonan ulang suatu babak yang pernah kita lihat lebih sedekad lalu yang terjadi di antara Tun Dr. M dan Tan Sri AI. Cuma kali ini Tan Sri AI bertukar peranan, dari si 'pengkhianat' menjadi yang 'dikhianati'.
Kali ini juga lakonan Dato' Z tak berapa menjadi untuk menandingi 'kehangatan' babak terdahulu kerana kurang plot yang lebih mengancam. Kalau dulu AI dilucutkan jawatan, Datuk Z terpaksa melucutkan sendiri jawatannya kerana AI kurang responsif, tak seperti Dr.M. Kemudian Dato' Z mencuba lagi dengan menyuarakan segala keburukan atasannya (seperti mana AI menyemarakkan semangat menentang Dr. M), namun sekali lagi AI bukanlah Dr. M, dan dia berdiam diri tanpa membuat tuduhan-tuduhan berbaur seksual dan menjijikkan.
Boleh jadi ini bukan percubaan menandingi mana-mana babak, tapi sekadar kebetulan yang sudah menjadi ketetapan Tuhan untuk sama-sama kita renungkan. PKR tidak suci, dan Dato' Z tidak 100% salah. Adakah ia untuk menunjukkan kelemahan PKR? Ya mungkin, agar mereka membuka mata bahawa mereka bukanlah di kerusi yang selesa hanya dengan 5 negeri (4 sekarang) di bawah pemerintahan mereka. Ada yang perlu dikaji dan diperbaiki seandainya mereka betul-betul masih berpegang dengan visi keadilan mereka. Jangan sampai jadi "Parti Khianat Rakyat" sudah...

Monday, November 15, 2010
Di Antara Langit dan Bumi
Kita di atas awan
menikmati pelangi
kita berbaringan
sambil menyanyi
yang kelihatan
hanyalah siang hari
kita tak merasa titis hujan
atau hangat mentari
kita mendengar tangisan
sayu pun mengerumuni
menghantar doa dan kemarahan
kita tetap diam di sini

tatkala hangat menjadi bahang
dan bintang berjatuhan
kita bertempiaran lari
debu dan tanah bertemu badan
akhirnya kaki pijak di bumi
rupanya bingit kedengaran
hanyir darah memenuhi
pemandangan
ngeri
menyelongkar secangkir iman
masihkah sudi
menelan
tajamnya duri
menikmati pelangi
kita berbaringan
sambil menyanyi
yang kelihatan
hanyalah siang hari
kita tak merasa titis hujan
atau hangat mentari
kita mendengar tangisan
sayu pun mengerumuni
menghantar doa dan kemarahan
kita tetap diam di sini

tatkala hangat menjadi bahang
dan bintang berjatuhan
kita bertempiaran lari
debu dan tanah bertemu badan
akhirnya kaki pijak di bumi
rupanya bingit kedengaran
hanyir darah memenuhi
pemandangan
ngeri
menyelongkar secangkir iman
masihkah sudi
menelan
tajamnya duri

syukurlah bila di awan
berjuanglah bila di bumi
indah dan susah adalah ujian
tuah orang beriman
ganjaran menanti
berjuanglah bila di bumi
indah dan susah adalah ujian
tuah orang beriman
ganjaran menanti
-IMAN NAILAH 2010-
Wednesday, November 3, 2010
Ketulusan Hati

Korang mesti tau lagu ni kan? Baru-baru ni tiba-tiba ia jadi dekat di hati saya. Perhatikan liriknya:
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu...
Dengan alunan merdu suara Anuar Zain yang membuai di telinga dan susunan lagu yang membelai jiwa, saya kira pertama kali mendengarnya saja boleh buat korang setuju dengan saya.
Tapi cuba ubah cara pandang objek yang menjadi subjek cinta dalam lagu ni. Jadikan mu menjadi Mu, ya ubah yang dipuja sebagai Yang Maha Esa, Pemilik Segala Cinta.
Cuba dengarkan dan hayatinya dengan Dia sebagai fokus makna, air matamu akan terbit tanpa dipaksa-paksa.
Inilah ketulusan hati yang sebenarnya.
-IMAN NAILAH 2010-
Subscribe to:
Posts (Atom)