Thursday, September 24, 2009

How to Make People Misunderstand You


I’ve been involved in a lot of misunderstanding, and lately it has become one of my specialties. Either I made other people misinterpret what I meant or I’m the one who got the wrong idea. It keeps on happening.

So these are the steps on HOW TO CAUSE A MISUNDERSTANDING:

1. Use gestures and signs instead of words and sentences.

2. Use one or more messenger(s) to form a message chain instead of informing straightly to the person himself.

3. Use short-forms, unfamiliar words or much better; a different language.



4. Practice whispering in public.

5. Instead of mentioning the exact time or the name of a place and/or a person, replace them with much more common phrase like “that place” or “usual time” or just “him/her”.

6. Assume people will always understand what you say.

7. Never use emotions. Ever.

8. Always use one-way communications. E.g. SMS instead of call, emails instead of chatting, notes instead of face-to-face interaction.

9. Always takes what people say, especially jokes, seriously.

10. Stick to assumptions. Don’t ask.


Conclusion:
Misunderstanding is an ACCIDENT that CAN BE PREVENTED.

It may not take lives like what accident between vehicles usually did, but it can break a heart and that is unnecessary for something that could be avoided.


-IMAN NAILAH 2009-

Saturday, September 12, 2009

Sekali Lagi


Wahai penceroboh hati

Baik-baiklah menyelongkar atma

Kerana ia pernah luka

Sepurnama daku jahit kembali


Wahai pencuri jelingan

Peliharalah mataku hitam

Yang dulunya menadah secangkir dusta

Supaya tak putih lagi dan berkaca


Wahai pemanah jiwa

Tembuslah di kamar bahagia

Tenanglah di situ ke akhir denyut

Kerana sekali-

Sekali saja lagi ia sudi diisi.


Terik Makassar~

IMAN NAILAH 2009

Thursday, September 10, 2009

Bila Student Medic ke Kilang Kapal...

~090909, Rabu, 19 Ramadhan 1430H~

Hari ni hari kedua kami ke kilang kapal.

Apa kaitan pelajar perubatan dengan kapal?

Untuk minggu kedua di IKM, kami dihantar ke tempat-tempat perusahaan untuk melakukan "Walk Through Survey", untuk memantau proses kerja dan persekitaran tempat kerja, adakah menepati aspek keselamatan dan kesihatan kerja (K3) yang telah ditetapkan.

Semalam kitorang dah dibawa ke seluruh kawasan kilang bahagian produksi dan perbaikan kapal. All can I say is; something new!

Besarnya kapal~


Guni-guni ni berisi pasir quarza yang dijemur, kemudiannya digunakan sebagai 'kertas pasir' untuk membersihkan karat pada permukaan kapal. Menarik kan? Kalau tak datang tempat ni mesti tak tau fakta ni...


Ada banyak 'spiderman' kat kilang ni rupenye~


Woww-wee... kakiku yang besar dan lebar tiba2 kelihatan comel di sisi rantai kapal ni... Buat rantai kunci beskal konfem takde orang berjaya curi~ haha

Overall itulah yang kitorang dapat semalam.

Hari ni, pagi-pagi lagi Farzaana, Syira, Ili dan aku sekali lagi bertolak ke Jalan Urip Sumoharjo dengan menaiki pete-pete 05.
30 minit kemudian, kitorang sampai ke tujuan untuk tunggu Nila(teman Indonesia) menjemput kitorang ke PT. Industri Kapal Indonesia dekat Jalan Galangan Kapal. Dalam pukul 9.30 kitorang sampai ke destinasi.


Semua dah ada, sekali lagi kitorang yang terakhir sampai(semalam pun paling last sampai). Semalam dah abis round satu kawasan perusahaan, hari ni akan lebih kepada pengkhususan. Beberapa orang je akan dibenarkan naik ke atas kapal, depends dari laporan "walk through survey" masing2. Tak disangka-sangka orang-orang terpilih tu adalah kitorang berempat dari Malaysia. (^_~)V

Berlatarbelakangkan bangkai kapal yang tak siap~

Pak Isa (petugas yang mengatur kitorang kat situ) pun memberikan amanat untuk kitorang berempat, briefing sikit pasal tour kitorang.

Ir. Isa a.k.a Pak Isa yang baik dan tidak sombong (^_^)

"Hari ni saya tak dapat bawak korang ye, sebab saya kena bawa kawan-kawan awak yang lain. Jadi korang amik surat ni (sambil menghulurkan surat kepada aku), bawak ke "dok terapung" kat hujung sana, jumpe Pak Dalle. Nanti dia bawak korang naik kapal."

Dok terapung? Yang hujung tu kan? Confident je ni...

"Hati-hati ye! Saya doakan kalian selamat pergi dan selamat pulang!"

Kitorang sengih je. Antara excited dan menggelabah.

And now, the journey begins!

Inilah...barisan kita, yang ikhlas mendata~


Meniti titi besi yang dah berkarat. Tersalah pijak ~nahas!


"Kalau naik tau, kapal ni adalah saudara tiri dari Titanic yang karam tu~" kata Pak Tahir.
"Oooo...
" (o_o)


Calon doktor berlagak jadi engineer~


Farzaana dan Ili; nampak je cool, tapi menggigil kepala lutut tahan gayat...hehe


Tengah seronok bergambar, tiba-tiba seorang pekerja mendekati kitorang.

"Kalian anak Malaysia toh?"

Kitorang mengangguk perlahan. Macam boleh agak je pasal ape ni...

"Kasitau pemerintah kalian, jangan bikin begitu sama orang Indonesia!"

Terpaksalah senyum tak bersalah. Kitorang tunduk je. Takut jugak. Tak pasal-pasal die tolak kitorang ke laut...ade jugak headline gempar besok pagi kat Berita Harian... (*_*)


Ooops~

"Kalo saya kepalanya di sini, saya nggak ijinkan kalian masuk ke sini!".

Marah betul bapak tu...

Nasib baik sampai situ je. Pastu die terus pegi. Pak Tahir cepat-cepat suruh kitorang tinggalkan tempat tu. Nasib baik Pak Tahir baik...


Pesanan Pak Tahir: Kalau boleh pakailah bahasa Indonesia waktu kat luar, walaupun sesama Malaysia...supaya tak nampak sangat ke-Malaysia-an tu...
Betul betul betul!


Haa, sekarang kite ke kapal kargo pula...


Syira: Pak, selamat ke tangga berkarat ni?
Pak Tahir: Err...selamat kot...
Farzaana: Kot??! Aku dah naik baru nak cakap... Erk~


Ili: Cepat sket amik gambar...melecur jugak tanganku yang mulus ni~


Jangan tiru aksi ini... sangat menggayatkan...


Akibat terlupa bawak antis - inilah hasilnya~


Kasut sape paling 'bersih'???


Okay, dah kul 12...tak larat dah ni... jom balik~


Conclusion: We enjoyed our time!

Terima kasih semua!


P/S: Photographing this whole trip was awesome! No need for post-editing, the lighting was great, the scenery was amazing, the people were all spontanious~ I enjoyed it so much that I prefer taking pictures than being in the pictures! For a long time, I'm really back into photography... waiting for more adventure and beautiful experinces to be captured!


PT. Industri Kapal Indonesia, Makassar
-IMAN NAILAH 2009-

Sunday, September 6, 2009

Mencari Yang Lebih Baik dari Seumur Hidupmu


Sepuluh akhir Ramadhan adalah di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Tidak perlu ada kesangsian tentang wujudnya Lailatul Qadar karena firman Allah:

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apabila yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lalilatulqadar. Lalilatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar.” –Al-Qard : 1-5

Diriwayatkan oleh Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut tentang empat orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah swt lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Lalu Jibrl datang memberitahu kepada Rasulullah bahwa Allah swt menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al-Qadr dan Jibril berkata kepada Rasulullah anugerah Allah ini adalah lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan dan ini menjadikan Rasulullah saw dan para sahabat amat gembira.

Kata Aisyah r.a: “Nabi saw apabila masuk 10 terakhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah.” ~Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”

Diriwayatkan sebuah hadith oleh Abu Hurairah r.a bermaksud: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan solat dan berbagai jenis ibadah yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.”

Diterangkan dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a: “Biasanya Rasulullah saw berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadahpada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding masa yang lain.”

Dalam hadith yang lain Aisyah r.a juga meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.”

Ada hadith yang mengatakan bahawa Lalilatulqadar pernah ditemui dalam zaman Rasulullah saw pada malam 21 Ramadhan dan ada juga pada malam 23 Ramadhan dan 27 Ramadhan, namun bila sebenarnya malam Lailatulqadar adalah rahsia Allah. Hikmah di sebalik rahsia tersebut adalah agar kita mencari dan menghayati 10 malam terakhir Ramadhan dengan amal ibadah yang sesungguhnya.

~Kejarlah yang pasti~

-IMAN NAILAH 2009-