Monday, August 31, 2009

Last Minute Desperado


“Iman, takde surat masuk IKM. Ibu A suruh bawak rapor hari Isnin.” Farzaana memberitahuku.

Ape? Dia nak tengok jugak nilai tingkat 5 semua lengkap baru die bagi masuk? Nape yang lain lepas je masuk tingkat 6 walaupun rapor tak lengkap lagi? Habislaa camni…

Empat lagi bagian takde nilai ni. EMPAT! Kardiologi, Jiwa, Kulit Kelamin dan Radiologi. Untuk pembaca sekalian, kat sini aku sertakan alasan aku kenapa aku tak dapat2 lagi nilai dari bagian2 ni:

KARDIO : Firstly lengkapkan logbook, lame sebab kena tunggu sorang doktor tu selesai cuti bersalin.

JIWA : Nilai dah masuk, tapi kena amik kat fakultas. Memang salah sebab time pegi fakultas mesti lupe bawak rapor.

KULIT KELAMIN : Berapa kali naik UPF cari Kak N (secretary bagian), selalu takde. Memang takde rezeki laa..

RADIOLOGI : Ya iyalah, ujian referat pun belum. Mane nak dapat nilainya?

Gamble betul masuk IKM ni. Dahla dah beli tiket balik Msia masa minggu penelitian. Confident je, ni kalau tak dapat masuk, burn jela tiket tu??? (T_T)

Ligat otak berfikir. Ibu A just nak tengok dah lewat semua bagian je kan. Tunjuk jela logbook sebagai bukti. Boleh kot…?

Hari Isnin aku pegi fakultas awal sket; pukul 8 pagi. IKM kan pukul 9 baru start. Menjenguklah ke kantor Ibu A. Rupanya dah ada juga beberapa student local dah menunggu nak amik surat masuk IKM. Sekalilah.

Ibu A pun tanye, “Nak ape?”

“Nak surat masuk IKM, bu…” kata kawan2 Indonesiaku (setelah ditranslate ke dalam BM).

“Dah selesai rapornye?” tajam mata Ibu A melihat buku rapor kuning kat tangan aku.

“Sudah bu…” jawab mereka berdua.

“Saya belum bu… tapi..”

Belum sempat keluar 1001 alasan, muka Ibu A tiba-tiba kelihatan sangat menggerunkan. Ilusi optik je tu, sebab dah start menggelabah. Tau salah.

Kawan-kawan Indonesia aku dah settle, nama dah masuk surat. Kawan-kawan aku lagi tiga orang ni mane tak datang-datang? Jadi masuk tak ni?

“Kitorang kat bagian Kulit ni, tunggu rapor.” Syira, Farzaana dan Ili pun senasib dengan aku.
Tapi nasib aku lagi buruk, sebab Syira ngan Ili tinggal amik nilai kulit je. Farzaana pulak dengan masalah tak dapat lagi tandatangan Dr. S untuk nilai Jiwa.

Aku tercegat kat depan Ibu A, then cuba nak tunjuk logbook (yela, kalo tak penat je den bawa 3 buah logbook yang cantik-cantik belaka ni…), tapi belum sempat keluar dari beg die dah geleng kepala. Die nak bukti LULUS, bukan dah lalui je. Adui…

Sambil tercegat(mengenang nasib), aku sempat minta nilai Jiwa kat Bapak R. Alhamdulillah, selesai satu.

At last Ibu A suruh aku buat surat keterangan sebagai bukti dah lulus kat bagian-bagian yang belum dapat nilai. So kite review balik:

JIWA : Alhamdulillah, dah dapat.

KARDIO : Tak payah sebab kalau tak lewat lagi pun takpe.

Jadi, tinggal Kulit dan Radio!Aku berlari balik ke bilik, buat surat, print, pegi naik ke bagian Kulit kat UPF. Ternyata teman2 aku bertiga masih tercongok menunggu di depan ruangan Kulit. Kak N tak dapat dikesan keberadaannya.

Aku harap Kak N sudi tandatangan surat keterangan ni. Surat keterangan untuk bagian Radiologi sape pulak nak tandatangan? Dah pukul 9.30 pagi. Sempat ke ni?

Akhirnya Kak N datang juga! Selesailah nilai Syira dan Ili. Farzaana still tinggal Jiwa. Aku mintak Kak N tandatangan, die kate tak mainla surat-surat keterangan kat kulit. Nak nilai, amik rapor. Ooooh…takpelah kalau begitu..

Akhirnya aku nekad amik kertas pengumuman nilai kat luar, terus gi fotostat (habis fotostat saya kembalikan ke tempatnya ye…) Tu jela jalan terakhir yang boleh diharapkan, sebab kertas tu dah siap ada tandatangan KPM Bagian Kulit, cuma tak taulah Ibu A terima tak sebab tak penah2 orang guna cara tu. (Jangan tiru ye…) Ya Allah, permudahkanlah…

Selesai di kulit, kitorang bergegas ke fakultas. Rupanya Ibu A dah print surat tu. Meaning, nama kitorang berempat belum masuk dalam surat. Aduh, stress tingkat tinggi! Syira n Ili pulak setia tunggu kitorang selesaikan nilai, padahal diorg dah settle, boleh je kalau nak masuk dulu. Thanks ye…!

Kak Hanis membawa berita gembira kepada Farzaana : Dr.S ada kat fakultas! Dia pun berlari dapatkan tandatangan. Alhamdulillah, sekarang tinggal mintak kat Bapak R.

Aku dah pasrah… Nampaknya aku sorang jela yang tak dapat masuk ni. Dah terbayang, burnlaa tiket Rp1,5 juta tu. Hmmm….

Ya Allah, datang lagi dugaan bulan puasa: nilai Jiwa Farzaana tak masuk lagi. Padahal dia masuk lagi awal dari aku. Call sane sini, akhirnya tak dapat jugak. Sian Farzaana. Akhirnya kitorang pasrah je bagi apa yang ada.

Masa Ibu A belek rapor kitorang satu-satu, rasa sejuk, berdebar macam nak dapat result SPM. After diinterogasi dan dijeling2 sket, akhirnya dia bagi rapor suruh fotostat. Maksudnya : kitorang diterima masuk IKM.

KITORANG BOLEH MASUK IKM???!!

Rasa nak menangis pun ada. Sket je lagi Allah uji, nangis dah kot. Subhanallah, Alhamdulillah!


Moral of the story:

1. Jangan tangguh! Bile ada masa, terus lengkapkan apa yang perlu. Dari tandatangan, logbook, diskusi, exam pun! Kalau memang nak relax-relax bolehla kot, tapi kalau nak grad cepat, selesaikan je sume selagi boleh. Kita tak tau bila kita akan busy dan bila orang yang kita berurusan akan busy.

2. Sediakan rapor lebih dari satu. Terima jela, sistem kat sini memang agak lambat. Jadi nak taknak, kena bijak sket. Kalau ada satu je, nak tunggu die terperap kat satu bagian boleh sampai satu bulan. So belilah 2-3, supaya semua boleh diperap secara serentak. (^_^)

3. Ini untuk yang belum masuk koas atau tengah bagian awal2, kalau dapat susunlah bagian secara bijak. Consider ketepatan waktu suatu bagian untuk keluarkan nilai. Contohnya Radiologi dan Anak: sangat lambat keluarkan nilai. So letaklah bagian2 ni awal2 supaya ada masa nak settlekan nilai. Bagian2 macam Interna dan Jiwa yang cepat bolehlah letak belakang2 sket. Tapi benda ni tak fix, depends on penguji dan faktor2 lain juga.

4. Takde apa yang pasti. Kadang ada benda yang kita tak boleh nak ubah. Contoh macam kes nilai Jiwa Farzaana, patutnya dah keluar, tapi takdir Allah, tersekat pulak. In my case pulak, kitorg dihalau (atau bahasa lembutnya tak diterima masuk) ke Kulit sebab terlambat 5 minutes. Jadi pasrah dan redha dengan apa yang terjadi, InsyaAllah itu yang terbaik untuk kita.

5. Don’t take things for granted. Aku ingat bila orang lain lepas masuk tingkat 6 walaupun rapor belum lengkap, aku pun lepas jugak. Yela, at the end memang lepas, but with a price. Rasanya aku dapat masuk ni pun sebab ni bulan Ramadhan, berkat do’a dalam keadaan yg sangat desperate, akhirnya Allah makbulkan. Alhamdulillah.

6. Lepas ni rajin2lah bawa ole2 untuk petugas2 fakultas, WS maupun Rusun sekalipun. Pokoknya siapa2 jelah yang selama ni sentiasa ada untuk memudahkan tugas kita. Kita rasa itu memang tugas diorang, tapi apa salahnya berikan mereka penghargaan. Bukan nak bodek atau nak suap, tapi untuk bentuk hubungan baik dengan mereka. Tanda terima kasih tau, bukan: “Haa, aku dah bagi sebalang kuih raya, jangan tak bagi aku masuk bagian pulak!”

That’s all, my two cents!


~IMAN NAILAH 2009~

Saturday, August 29, 2009

TANYALAH HATI...


Kenapa membaca Al-Qur’an selama 30 minit terasa sangat lama,
Tapi bila berborak dan bergosip, tak terasa pun 30 minit berlalu.

Kenapa solat tarawih lapan rakaat terasa begitu melelahkan,
Tapi shopping sampai keliling mall empat tingkat tak penat pun?

Kenapa untuk diam dengar ceramah/tazkirah di surau terasa begitu mengantuk,
Tapi untuk main facebook sampai jam 3 pagi, segar je rasanya?

Kenapa untuk luangkan masa sekejap untuk berzikir setelah solat sangat susah,
Tapi untuk DVD cerita korea boleh marathon dua hari tak tidur?

Kenapa untuk buka puasa boleh habis RM20/Rp50ribu sekali makan,
Tapi untuk kotak infaq dan pengemis jalanan, RM2/Rp5ribu pun berat nak dikeluarkan?

Kalau di bulan Ramadhan penuh ganjaran ni pun kita susah nak buat kebaikan,
Apa lagi di bulan2 lain yang ada syaitan berkejar-kejaran untuk menghalang kita?


Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuk dosa-dosanya yang terdahulu." (Muttafaq 'alaih)

Wallahu’alam.


IMAN NAILAH 2009

Monday, August 17, 2009

Peluang


Tingkat satu bakal aku tinggalkan dua minggu lagi… (insyaAllah).

Cukupkah ilmu yang aku kutip selama setahun ini?

Setiap kali selesai satu bahagian, aku akan bertanya, layakkah aku lulus di bahagian tersebut? Apalagi bila A yang tertulis dalam ‘report card’ kuning itu, aku merasa malu dengan diri sendiri. Sesungguhnya aku benar-benar tidak layak.

Sistem pendidikan di Fakultas Kedokteran Hasanuddin sudah setara dengan sistem di kebanyakan institusi pendidikan perubatan ternama lain di seluruh dunia. Lima tahun dibahagi menjadi dua fasa, tiga tahun di fasa teori dan selebihnya di fasa klinik. Tempoh ini, bila dibandingkan dengan tempoh pengajian para perintis bidang perubatan, sangatlah singkat. Menurut sejarah, doktor-doktor seawal abad ke-18 menutut ilmu perubatan selama sekurang-kurangnya 10 tahun untuk benar-benar layak merawat pesakit.

Tiga tahun berkuliah, tak banyak yang aku kutip. Semuanya berlalu seperti debu yang berterbangan. Samar-samar dan tak kecapaian. Aku sempat menyalahkan jurusan perubatan yang tak pernah aku minati. Aku menyesali kebodohan dan kelalaianku itu.

Allah masih sayang padaku. Dia memberikan peluang kedua dengan mengizinkan aku menjejaki satu dunia baru: alam clinical. Buat pertama kali, tak ada satu hari pun aku bangun dan merasa malas untuk belajar. Semangatku berkobar-kobar tiap kali ke hospital. Aku berusaha lebih banyak dari yang pernah aku usahakan di waktu perkuliahan dulu dan expectation pun melambung tinggi. A adalah matlamatku. Dulu waktu masih kuliah, aku tak terlalu peduli tentang hasil ujian kerana aku tau usahaku tak seberapa. Sekarang, semuanya berubah 180°, aku mahu excel!

Allah Maha Adil, sekarang aku mengerti bagaimana rasanya bila kita betul-betul berusaha tapi hasilnya tak setimpal yang diharapkan. Pilu dan sakit hati bertambah bila orang lain yang kita rasa tak maksimal, tapi dengan mudahnya menggenggam nilai A. Kerana aku yang dulu adalah yang dengan mudahnya lulus tanpa belajar, dan orang lain yang setengah mati malah terpaksa pasrah dengan nilai E.
Dua bahagian yang aku sangat-sangat gemari membalasku dengan sekadar B. Rasanya seperti surat cintamu yang kau tulis dengan penuh perasaan yang tulus dan sejati, dikarang dengan sebaik-baik kalimat selama berhari-hari, akhirnya dibalas dengan kata ala kadar seperti, “Terima kasihlah, tapi saya tak berminat.”

Retak pecahlah hati yang kaca, tumpahlah sudah air mata. Setelah melalui peritnya perasaan itu di tiga bahagian, kemudian barulah mata hatiku terbuka. Akhirnya aku sedar, ini semua ketentuan-Nya dan itulah yang terbaik untukku. Memang, untuk berbicara itu mudah tapi untuk benar-benar meyakini dalam hati, rupanya perlu ujian seberat ini. Ikhlas mula meresap, syukur mula merimbun.

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah!

Sesungguhnya cukup beruntung dapat menjadi diriku dan mendapatkan semua yang telah aku dapatkan. Betapa tak terkira mereka yang diuji lebih-lebih berat dari seluruh hidupku ini. Astaghfirullahal’azim…

Dengan setahun lagi berbaki, mampukah aku mencipta seorang doktor yang dapat berbakti kepada orang tua dan keluarga, berbudi kepada manusia, semata-mata demi keredhaan-Nya?

Dan tak cukup diberikan peluang kedua itu, peluang kebelasan kalinya Allah berikan untukku mengecap nikmat Ramadhan tahun ini, jika panjang umur. Ia bakal bertandang ke rumah hujung minggu ini. Seperti memasuki bahagian baru, aku harus berkobar-kobar melalui 'bahagian' ini. Di sini, letakkanlah matlamat setinggi langit kerana tak seperti manusia, Allah tidak pernah mengecewakan. Terpulang kepada kita, mau atau tidak mau.

Iman, jangan jadikan peluang ini seperti fasa teorimu yang kau lewatkan tanpa hasil. Jangan sampai bila ia selesai, kau menoleh ke belakang dan menyesal kerana tak mengutip peluang pahala yang begitu berharga.

Bayangkan satu bulan saja dapat menebus hutang-hutangmu selama puluhan tahun ini. Satu bulan saja dapat menyucikan hatimu yang hitam pekat. Satu bulan saja dapat menjadikan rumahmu di neraka dipindah ke syurga.

Peluang ini mungkin yang terakhir buatmu. Rebutlah!


”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.”

Ertinya : Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai.
( Doa para salafusoleh sebelum memasuki bulan Ramadhan.)

Selamat mensyukuri dan menggali Ramadhan! Teruskan perjungan jihad menuntut ilmu di mana saja anda berada!

P/S: Buat umi abah dan adik2 tersayang – Izzah di Pennstate(jangan sedih tau), Adib di Seremban, Iffah yang bakal menghadapi UPSR dan PSRA(all the best ya!), dan Afiq comel, selamat menyambut Ramadhan! Buat Nyai di Kampung Baru KL dan nenek di Kuala Linggi Melaka, semoga sihat selalu. Maafkan dosa-dosa Iman selama ini. Semoga Allah terus memberkati kita semua. Amiin.

IMAN NAILAH 2009
noradrenaline2001@yahoo.com

Tuesday, August 11, 2009

D.E.P.R.E.S.I


Apa ertinya bila anda hilang nikmat dalam hidup?

Anda tak berghairah untuk melakukan apa-apa. Anda cuba lakukan sesuatu dengan semangat, anda pupuk rasa positif dalam diri anda, anda lakukan dengan bersungguh-sungguh, kemudian bila ia selesai, anda lesu dan tak bermaya. Tiada kepuasan.

Itulah yang saya rasakan sekarang. Saya tertekan kerana apa yang saya rasa saya suka , sebagai contoh menulis. Saya rasa malas untuk melakukannya dan bila saya sedang lakukannya, saya tidak optimal, dan apabila saya selesai melakukannya saya masih merasa ada sesuatu yang kurang. (Sebelum saya menulis artikel ini, saya dah menghabiskan masa berbelas-belas jam pada artikel lain dan hasilnya? Tiada yang memuaskan hati saya.)

Apa masalah saya sebenarnya?

Saya mencari di mana salahnya. Kenapa saya terlalu mudah bosan? Sekarang, clinical di bahagian Radiologi baru masuk hari kedua. Semalam, hari saya cukup membosankan. Pagi-pagi lagi, kami disediakan dengan penjelasan awal tentang bahagian tersebut. Biasanya saya enjoy dengan pengenalan awal macam ni sebab dia sesi kenal-kenalan, santai. Kemudian ada kuliah tentang subdvisi Thoraks. Lumayan, saya dengar dengan baik, apa yang doktor tanya saya respon dan cuba menjawab. Ni pun okay juga sebab doktor tak meleret-leret, banyak bagi cases, so kami pun terlatihlah. Kemudian Dr.Paralam pula beri bimbingan tentang radiologi jantung. Beliau best orangnya, bagus dalam mengajar dan interactive. Sesi ni pun saya bagi tumpuan dan saya rasa banyak ilmu saya dapat. Tapi tak tau kenapa, lepas tu saya rasa kosong. Saya rasa bosan sangat. Saya fikir, “Ha? Satu minggu kuliah je terus macam ni?”

Saya pun pelik dengan diri saya. Macamlah tak biasa kuliah dulu sampai 2 minggu straight. Maybe dah tak biasa kot. Saya pun mengomel sendiri. Petang tu kami pegi tengok-tengok doktor baca foto thoraks. Masa tu rasa quite okay jugak. Ni kot yang saya cari. Ni kot yang boleh buat saya rasa quite enjoy kat radiologi ni. Lepas tu pukul 4 petang, kami pun balik ke rumah. Kat rumah, perasaan stress timbul. Kenapa stress pula ni? Nak ape lagi Iman oii…?

Referat ke? Janganlah stress dulu, kan biasa hari ke2-3 baru start buat. Kenapa kat radiologi ni nak menggelabah pula? Takpelah, bagus jugak stress, jadi motivasi untuk buat referat cepat-cepat. Saya pun buka laptop, buka slide, buka internet untuk cari bahan referat. Baca-baca sikit, dah bosan dan tak bersemangat. Kenapa lagi ni?

Malam tu saya tidur awal. Nak bagi tenang sikit, set mind positif, sediakan diri yang bersemangat untuk esok.

Pagi yang indah, Alhamdulillah. Saya pun bersiap ke hospital, memasang niat untuk belajar kerana Allah, nak semangat untuk dapat ilmu. Sepanjang jalan saya bercakap dengan diri sendiri, “ Radiologi best! Radiologi best!”

Sampai kat bahagian radiologi, saya pasang senyuman manis supaya semua senang hati, saya pun senang hati. Saya berbual-bual dengan teman-teman, berbincang dan cuba membaca foto-foto radiologi. Alhamdulillah, sepanjang hari ini kelihatan lebih baik dari semalam. Saya belajar dengan aktif, cuba melihat proses pembuatan foto colon-in-loop, radioterapi, MRI dan macam-macam lagi. Hari ini pun ada tiga bimbingan doctor. Best dan menarik. Tapi bila saatnya nak pulang ke rumah… perasaan itu muncul lagi.

Ya Allah, kenapa perasaan aku macam ni? Aku ada buat salah dengan orang ke? Ada orang yang tak senang dengan aku ke? Saya penat rasa macam ni.

Mungkin saya perlu recharge battery.

Physical, mental and soul.

Oh, memang physical lemah sebab takde selera makan. Sejak sakit minggu lepas, nafsu makan turun mendadak. Senaraikanlah apa saja yang sedap-sedap, tetap rasa plain je. Takde pun terliur, walaupun ada orang try nak goda dengan triple choc fudge, double cheese burger, nasi uduk BTP, spaghetti meat balls, maupun JCo. Apa-apa jela, saya minta maaf, taste bud saya dah jadi tebal dan saliva saya dah kering. Hari ni pun saya cuma minum Nescafe mocha tanpa rasa nikmat, minum dalam masa tak sampai satu minit. Perut lapar, tapi bila bayang makanan perut rasa penuh.

Kawan-kawan semua marah. Dahlah memang kedengking, malas makan, nanti malnutrisi sape yang susah. Memang betul apa diorang cakap, tapi tak tau nak buat macam mana. Bila fikir yang sedap sikit macam KFC ke, terfikir duit pulak melayang. Banyak sangat considerationnya.

Mental…hmm, am I mentally exhausted or mentally ill? Rasanya cek MMPI(tes psikologi) hari tu normal je. Takkan dalam sebulan dah boleh berubah personality dan mental state kot? Bila tengok balik ke belakang, rasa macam tak pernah rasa macam ni. Pernah rasa stress, tapi bukan bosan dan kosong sampai menjadikan diri stress. Dulu kalau bosan, tengok movie kat laptop atau blogging atau main fs/fb dah cukup untuk mengubati. Sekarang lepas tengok dua tiga CD, makin rasa bosan dan menambah sakit kepala.

Mungkin perlu banyakkan lagi ibadah. Memang, kebetulan tengah ‘cuti’ memang hati lebih senang rasa kosong. Dari tadi pagi, kewalahan juga saya berzikir untuk mencari ketenangan. Saya salahkan diri saya. Mungkin faktor ikhlas dan khusyuk tu takde. Mungkin banyak sangat dosa yang belum ditebus dengan taubat dan amalan kebaikan.

Tapi saya seperti tahu apa faktor di sebalik tekanan perasaan ni. Saya sedang menghidap suatu penyakit kronik yang cuma satu ubatnya.

Chronic Home-sick.

Ia dah berlanjut sejak tiga bulan lalu dan saya simpan sampai bernanah dalam hati.

Salah haribulan boleh jadi sirosis hepatis~ atrofi hepar (hati mengecut).

Saya rasa sangat nak balik, and then dikejutkan dengan berita kematian yai (datuk), mungkin saya terbeban dengan itu. Beban demi beban, akhirnya saya ‘malas’ untuk pulang kerana takut dengan kenyataan bahawa yai sudah pergi. Bila saya pulang dia sudah tiada lagi. Bila saya pulang saya takut saya akan jumpa nyai buat kali terakhir dan Allah akan ambil dia pula selepas itu.

Ini memang tak rasional, kerana rasional saya sudah ditekan dengan rasa stress dan rindu yang bertumpuk-tumpuk.

Saya gunakan alasan malas nak mengurus dokumen pulang, nak kejar habis koas, nak jimat duit sebagai alasan tak mau pulang. Padahal saya mau sekali pulang. Saya mau bertemu ummi dan abah, adik-adik, nyai yang semakin sakit…semuanya. Tapi saya hanyalah seorang yang bodoh membiarkan semua rasa tenggelam dalam kesibukan yang akhirnya tidak lagi sibuk dan membuat saya hilang tujuan untuk hidup. Kerana saya lari dari tujuan utama untuk hidup(selain Allah) iaitu keluargaku.


~IMAN NAILAH 2009~

Makassar, Sulawesi Selatan.